Nampak menyelerakan dan sedap pula bila tengok orang tunjuk gambar dan video makan tiram mentah. Perah lemon atau limau nipis, sos, bawang goreng dan terus masuk mulut. Katanya rasa ’fresh’ sangat.
Bagi penggemar makan tiram mentah, tentu akan cakap sedap sangat dan rasa yang segar. Hebat dan nampak kebal, sebab makan mentah-mentah.Tapi bagi yang tak biasa makan, mungkin rasa pelik, payau dan boleh jadi rasa nak termuntah, maklumlah mentah lagi.
Masing-masing ada citarasanya tersendiri. Kalau tak boleh makan tiram mentah, masaklah dulu. Tapi buka itu persoalannya. Apa yang ditakutkan tiram itu boleh membuatkan keracunan makanan.
Tak salah pun nak makan tiram mentah tapi pastikan ia betul-betul segar kerana ada bakteria pada tiram ini yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Salah seorang pensyarah di sebuah politeknik di dalam Facebooknya membebel tentang tiram mentah yang dijual tanpa disejukkan yang boleh mengundang vibriosis. Ada yang komen, orang Malaysia ni kebal. Bagaimana dengan peniaga pula? Bebal!?
Bahaya ke tiram macam tu??
Tiram yang mentah ini boleh mengundang risiko keracunan makanan terutamanya bakteria Vibrio parahaemolyticus. Seharusnya tiram tadi perlu disimpan atau dipamerkan untuk jualan pada suhu sejuk atau sejukbeku bagi mengelak bakteria ini membiak.
Bakteria Vibrio parahaemolyticus ini asalnya dari laut. Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini adalah seperti makanan laut dan bercengkaran serta hasil laut seperti ikan dan udang. Ia sangat berisiko ketika memakan makanan ini secara mentah ataupun separuh masak.
Ads
Antara tanda dan gejala apabila kita terkena keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria Vibrio parahaemolyticus ini adalah seperti:
Cirit birit dan sakit perut Loya Pening kepala dan demam
Selalunya tempoh jangkitan tempoh bermula 4 jam – 30 jam selepas makan akan tetapi kebiasaannya 12 -24 jam selepas pendedahan kepada makanan tercemar.
Cegah Keracunan Makanan Dari Tiram Mentah
Bagi mencegah berlakunya keracunan makanan yang disebabkan oleh bakteria Vibrio parahaemolyticus ini adalah:
Simpan pada suhu sejuk atau sejukbeku Masak makanan laut dengan sempurna. Elak pencemaran silang antara makanan mentah dengan makanan yang telah dimasak. Basuh dengan air bersih makanan laut seperti tiram, kerang, ikan dan udang dengan betul. Asingkan penyimpanan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak.
Kita tak kebal, dan kita tak bebal..
Mingguan Wanita : Agak-agak apa rasanya ye. Nak cuba makan tapi macam tak mampu pula nak menelannya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Ads
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Daun kari memang sering digunakan dalam masakan. Namun selalunya setiap kali masak memang guna sikit je. Baki daun kari yang ada selalu cepat rosak dan kering kerana salah cara simpanannya.
Sebenanrnya ada beberapa cara untuk menyimpan daun kari ini agar tahan lama. Selain di simpan kering dalam peti sejuk beku. Boleh juga jemur, keringkan daun kari dan simpan dalam bekas kedap udara. Jadi bila nak gunakan ia lebih mudah, malah baunya juga kekal sama malah tahan berbulan-bulan.
Selamat duduk rumah. Tebang pokok kari daripada dibuang baik simpan. Jemur dah kering masuk toples (balang/telap). Nak masak cekup je, bau pun kekal sama.
Cara-caranya:
1. Cuci bersih daun Kari dan keringkan/jemur bawah cahaya matahari.
2. Bila dah kering boleh simpan dalam bekas. Bila nak masak ambil je.
Info Ekstra!
1. Cara ni juga boleh digunakan untuk daun limau purut, daun kunyit, daun kesum.
2. Jemur daun kari dengan ranting dan dahannya sekali, jadi daun-daunnya tidak berterbangan sewaktu dijemur. Bila dah agak kering, boleh lurutkan dari tangkainya.
3. Selain jemur bawah cahaya matahari, boleh juga bakar dalam oven sekejap. Lebih cepat dah mudah.
4.Bila isi/simpan jangan padat dan penuh. Kena longgar agar dia kering tapi tak busuk. Bila isi terlalu penuh daun akan rosak berbanding isi dengan ruang yang longgar daun jadi kering.
5. Daun kari yang telah disimpan dalam bekas, boleh diletakkan pada suhu bilik sahaja, tak perlu letak dalam peti sejuk.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi jika nak simpan daun kari, daun kunyit dan daun kesum agar tahan lama, boleh jemur dulu. Keringkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Baunya tetap sama macam fresh.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Pernah tak, tiba-tiba peti ais tidak sejuk. Mungkin gas habis kot. Terpaksalah panggil tukang baiki untuk masukkan gas. Tapi ada juga peti ais rosak atau tidak sejuk bukan disebabkan gas, maklumlah baru sahaja beli, tak sampai setahun pun.
Pening bila peti ais rosak sebab itulah tempat untuk mak-mak letak barang yang boleh bertahan lama. Kadang-kadang, tak berbaloi bila baiki kosnya agak mahal seperti harga beli baru. Rasanya baik beli baru daripada bayar upah baiki kan.
Sekarang, tak perlu risau, kalau ada peti rosak atau tak sejuk, cuba ikhtiar dulu. Modal nak beli barang pun hanya RM15 sahaja. Jimat berganda-ganda kalau panggil tukang baiki.
Boleh tengok perkongsian daripada Shahril M Sharip dan cara membaiki kalau peti ais kat rumah tidak sejuk.
Katanya,
“Tiba-tiba peti ais kat rumah jadi tidak beku dan perlu dibaiki. Alhamdulillah dengan modal RM15 sahaja, saya baiki sendiri. Itu pun pertama kali buat, banyak belajar an tengok dalam laman sosial.
Gambar cara membaiki pun ditunjukkan satu persatu.
MW: Moga memberi manfaat dan panduan untuk ayah-ayah baiki sendiri jika tiba-tiba peti ais tidak sejuk.
Tengok rumah orang, bukan main cantik langsir eyelet menutup pintu sliding rumah masing-masing. Elok je cantik tersusun. Rumah sendiri.. entah mana silapnya tak mahunya jadi cantik sekata. Sakit lak mata menengoknya.
Rupanya ada cara macam mana nak jadikan langsir jenis eyelet ni cantik tersusun dan tak menggelembung tak tentu arah. Ini tip DIY ‘curtain devider’ yang dikongsikan Lia Johari. Cuma guna cawan plastik saja.
Ini Cara Jimat DIY ‘Curtain Devider’ Langsir Eyelet
1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
Rujuk Stepnya Pada Gambar
Sebelum. Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress mak!
Guna plastik cup macam ni.
Belah dua cup guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cup.
Masukkan cup yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.
Done!
MW : Mudah sangat rupanya. Bolehlah mak-mak cuba ya.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...