Makan Kerepek Memang Sedap, Rupanya Itu Penyebab Naik Berat Badan

Siapa yang tak suka makan kerepek? Boleh katakan semua gemar makan. Baik anak-anak mahupun mak ayah. Jadikan kudapan waktu santai. Rupanya makan kerepek dalam jumlah yang banyak boleh beri kesan pada naik berat badan.

Kerepek yang dihasilkan dari ubi, pisang malah kentang yang disukai ramai itu mengandungi sifat rangup, masin dan manis. Malah, boleh buat penggemar leka makan. Sedar tak sedar, boleh habis sebalang.

Kata Pengasas AF Fitness, Rohani Mat Yaman, kerepek ini dikategorikan sebagai makanan yang tinggi jumlah kalori.

Penggemar kerepek boleh ketagih engan rasanya. Apalagi kerepek yang sudah digoreng, dikeringkan dan ringan. Bila makan, kita sukar kenyang biarpun dah makan dalam kuantiti yang banyak.

 

IKLAN

Makan Kerepek Memang Sedap, Rupanya Itu Penyebab Naik Berat Badan

Ini Pendapat Yang Perlu Diperbetulkan Tentang Kerepek

  • Terutama bagi mereka yang mempunyai saiz badan yang besar dan berisiko mendapat penyakit.
  • Memang kita tak kenyang dengan kerepek yang ringan, tapi jumlah kalorinya sangat tinggi
  • Kerepek yang digoreng dalam minyak akan ditambah garam. Walaupun garam tak menambah kalori, ia boleh menaikkan berat badan.
  • Garam itulah nanti akan memerangkap air dalam badan. Kesannya, tak mustahil sebalang kerepek boleh naikkan timbangan berat hingga sekilogram keesokan harinya.
  • Dan kesan lebih ketara pada mereka yang malas minum air kosong. Lebih gemar minum minuman ringan, berkarbonat, bersusu dan bergula.
  • Jaga-jaga, bila depan mata dihidang kerepek dengan sirap sejuk, teh atau pun kopi. Dalam tak sedar, rupanya kalori kita sedang bertambah.

Kalau Sedang Diet, Elakkan Makan Kerepek, Sebabnya..

Percaya atau tidak, kerepek boleh jadi punca anda gagal dalam berdiet. Ini kerana,

Kaloro sebiji pisang = 90
Kalau dimakan 2 biji, anda tentu sudah kenyang.
Sebalang kecil kerepek perlukan kira-kira = 10 biji pisang nangka bersaiz sederhana.
Bila dah jadi sebalang kerepek, anda habiskan dalam masa 20 minit.

IKLAN

Kalori bagi tiga keping kerepek pisang = 30 kilokalori (KKAL)
Sekali makan = 50 keping kerepek (anggaran ambil)

Bayangkan kalori yang anda sedang ambil ketika itu.
Sebab itu, jika sedang berdiet elak simpan stok kerepek di rumah.
Baik pisang atau ubi yang sudah digoreng, nutriennya takkan sama seperti sebelumnya.

 

IKLAN

Makan Kerepek Memang Sedap, Rupanya Itu Penyebab Naik Berat Badan

 

Tip Kawal Diri Dari Makan Makanan Ringan

1. Minum air kosong setiap kali ada keinginan menikmati makanan ringan
2. Gantikan kerepek dengan buah-buahan
3. Jika teringin sangat, sukat jumlah yang diambil. Hadkan dalam kuantiti kecil, sekadar untuk rasa.
4. Lihat makanan ringan daripada perspektif negatif untuk mengurangkan keinginan seperti:
– Makanan ringan tidak mengenyangkan
– Ia adalah makanan tambahan yang tidak diperlukan
– Makanan ringan boleh dinikmati kemudian
– Ia tinggi kalori tetapi kurang zat
– Ia mengandungi banyak garam atau gula
5. Fokus kepada pilihan makanan sihat, yang menawarkan banyak khasiat
6. Jangan jadikan makanan sebagai saluran melepaskan tekanan
7. Rancang jadual pemakanan anda. Ini membolehkan anda ‘mengeluarkan’ makanan ringan dalam menu harian.
8. Buat aktiviti fizikal seperti berjalan atau senaman ringan setiap kali ingin makan.
9. Kaedah paling mudah, elakkan membeli makanan ringan.

Sumber/Foto : Harian Metro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI