Bawang merah dan bawang putih biasanya menjadi satu kemestian dalam apa juga masakan. Namun jika selalu bawang-bawang ini ditumis dan dimasukkan dalam masakan, apa kata ia dimakan mentah begitu sahaja.

Ini kerana sekumpulan saintis mendakwa amalan memakan bawang merah dan bawang putih mentah setiap hari mampu mengurangkan risiko kanser payudara wanita sehingga 67 peratus, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Penyelidik mengkaji tabiat pemakanan lebih 600 wanita di Puerto Rico di mana kadar kes kanser tersebut meningkat dengan mendadak sejak beberapa puluh tahun lalu.

Risiko Kanser Lebih Rendah

Mereka mendapati wanita yang memakan lebih satu hidangan sos sofrito, iaitu sos berasaskan bawang merah dan bawang putih mentah setiap hari mempunyai kebarangkalian dua pertiga lebih rendah membentuk kanser payudara.

“Bagaimanapun, memakan kedua-dua jenis bawang itu dalam pelbagai bentuk lain tidak memberi manfaat serupa seperti memakannya secara mentah,” lapor kumpulan penyelidik tersebut.

IKLAN

Resipi sofrito berbeza-beza mengikut kawasan tetapi kebiasaannya mengandungi bawang merah dan bawang putih mentah di samping tomato, lada dan daun ketumbar.

Makan Bawang Merah, Putih Mentah Setiap Hari Kurangkan Risiko Kanser
Pelbagai jenis Sos Sofrito

Memakan kedua-dua jenis bawang itu secara mentah dianggap satu ciri penting dengan beberapa kajian terdahulu menggambarkan kandungan antioksidan yang melawan kanser dalam sayuran berkenaan akan musnah jika dimasak.

IKLAN
Makan Bawang Merah, Putih Mentah Setiap Hari Kurangkan Risiko Kanser

Imej menunjukkan sel barah payudara yang dirakam dan diperbesarkan menggunakan mikroskop.

Kajian Universiti

Kajian itu dijalankan secara bersama penyelidik dari Universiti Buffalo di New York dan Universiti Puerto Rico.

“Walaupun keputusan kajian kecil itu sangat menarik, lebih banyak kajian diperlukan sebelum kita boleh membuat rumusan tentang kesan memakan bawang merah dan bawang putih mentah terhadap risiko kanser payudara,” tegas Pengarah Penyelidikan badan amal Breast Cancer Care and Breast Cancer Now, Dr. Simon Vincent.

IKLAN

MW: Meskipun masih diperingkat kajian, tidak dinafikan memang ada makanan tertentu yang mempunyai antioksidan tinggi dan mampu merendahkan risiko kanser. Sebaiknya amalkan gaya hidup sihat dan kurangkan makanan berproses yang boleh menjadi punca kanser.

Baca Disini: Ketuk Dulu Bawang Putih, Biar 10 Minit Sebelum Guna, Mujarab Cegah Kanser

Sumber:Kosmo, Daily Mail

Makan Bawang Merah, Putih Mentah Setiap Hari Kurangkan Risiko Kanser

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI