mee rebus udang

Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Redzuawan Ismail,60 atau lebih dikenali sebagai Chef Wan. Air tangannya cukup terkenal di serata dunia malah ramai yang mengagumi kehebatannya yang lincah beraksi didapur. Rupanya, dalam banyak-banyak resipi yang beliau hasilkan, Mee Rebus Udang merupakan antara kesukaan maknya, Noraini Abdullah, 87 atau Che Ani.

Baru-baru ini, bapa kepada pelakon Serina dan Chef Riz ini, bermurah hati sudi ‘belanja’ resipi Mee Rebus Udang kesukaan ibunya buat pengikut di instagramnya, malah sudi berkongsi tip untuk menjadikan kuahnya bertambah sedap!

Meskipun tiada sukatan tertentu, resipi ini merupakan ramuan asas dalam membuat kuah Mee Rebus Udang yang mak-mak boleh cuba nanti.

Jom godek perkongsian oleh Chef Wan ini;

“Emak kata dia suka nak makan Mee Rebus Udang saya.Jadi saya menggunakan 1 kilogram Udang basah yang akan dikisar halus nanti bersama stock kulit udang, sebelum saya masukkan kedalam rempah-rempah yang ditumis wangi ini. Lalu saya masuk kan keledek yang kedua-dua ini dikisar halus.”

“Tambah beberapa asam keping untuk mengurangkan rasa ‘manis’ keledek dan udang.”

“Boleh juga seimbangkan kuah dengan garam dan gula melaka.Sayangnya saya hanya dapat sedikit keledek berwarna oren, jadi saya campurkan dengan keledek berwarna ungu dan keduanya dilenyekkan bersama.

IKLAN

“Sebenarnya saya suka gunakan kedua-dua jenis keledek ini, sebab kuahnya lebih cantik lagi warna tak la birat kan.”

“Udang yang besar sebagai hiasan pada mee rebus bila dah siap nanti.

Disamping itu, bahan-bahan sampingan bagi melengkapkan Mee Rebus pula seperti berikut;

1.Tahu goreng (dipotong kiub)
2.Hirisan Daun Sup dan Daun Bawang
3.Limau Kasturi/ Nipis
4.Bawang Goreng
5.Kentang rebus (dipotong kiub)
6.Cucur Udang (yang dibuat sendiri)
7.Optional saya suka buat sambal yang manis dan pedas.Jika ada Sotong kering lagi best.
8. Telur Rebus
9.Letak cili hijau lebih dan Limau kasturi dan bawang goreng baru ada power lagi.

IKLAN

Sementara itu, didalam video ini yang dikongsikan, bahan-bahan asas yang digunakan untuk menumis ialah cili merah, cili kering, bawang merah, bawang putih, udang kering, halia,serai dan lengkuas.

“Saya berharap agar resipi yang ikhlas diberikan ini akan menjadi sebahagian resipi koleksi Mee untuk apa majlis pun terutamanya kepada anak-anak muda yang baru belajar memasak.”

“Saya berharap, resipi ini seperti resipi-resipi yang ada didalam buku resipi masakan saya yang lain, yang akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan di meja makan anda.”

IKLAN

“Bila masak lebih selalu la rajin sedekah kepada jiran tertangga atau pun saudara mara yang tinggal berdekatan. Mudah-mudahan segala sedekah dan amal jariah kita mendapat keberkatan dari Allah.”

Emak kata dia suka nak makan Mee Rebus Udang saya. So i am using about 1 kg Udang basah yg akan di kisar halus nanti bersama stock kulit udang tadi sebelum saya masuk kan kedalam rempah2 yg di tumis wangi ini lalu saya masuk kan keledek yg kedua2 ini di blend halus. Add a few pieces of Asam Keping to cut down the richness of the keledek dan Udang itu. U still to balance the gravy with salt and grated palm sugar. Unfortunately i can only get sedikit keledek Orange ini so i combine them with the purple skin type too. Both will be mashed. I prefer to used both sweet potato orange color ini as the kuah cantik lagi warna tak la birat kan. The large prawn just to hias on the top of the Mee Rebus bila dah siap nanti. Accompanying my Mee Rebus is also the following condiments: 1. Cubes of Tahu goreng 2.Hirisan Daun Sup dan Daun Bawang 3.Limau Kasturi/ Nipis 4.Bawang Goreng 5.Kentang rebus cubed 6.My home made cucur Udang. 7.Optional saya suka buat sambal yg manis dan pedas.Jika ada Sotong kering lagi best. 8. Telur Rebus I hope this honest recipes will be part of your collections of noodles untuk apa majlis pun especially kepada anak2 muda yg baru belajar memasak. I am sure in years to come this recipe just like all my other cookbooks recipes will bring happiness and joy to your dining table. Bila masak lebih selalu la rajin sedekah kepada jiran tertangga atau pun saudara mara yg tinggal berdekatan. Mudah2an segala sedekah dan amal jariah kita mendapat keberkatan dari Allah. Selamat mencuba!

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Selamat Mencuba!

Kredit: Instagram _chefwan58

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI