‘Mak Saya Tak Campur Tangan’ Fizo Omar Jawab Isu Anak Emak, Mentua Menantu Serumah

Dalam hubungan rumah tangga, hubungan mentua menantu antara yang selalu menjadi topik perbincangan hangat. Ada menantu direzekikan mentua yang baik, beruntung sekali mereka. Ada pula sebaliknya.

Hubungan mentua menantu yang kadangkala panas ini bukan saja jadi pada menantu perempuan. Menantu lelaki pun ada konfliknya. Cuma, lelaki ini tidaklah tunjukkan emosi mereka. Tapi, bila bertahun-tahun berlarutan, memang makan dalam dibuatnya.

‘Mak Saya Tak Campur Tangan’ Fizo Omar Jawab Isu Anak Emak, Mentua Menantu Serumah

Borak Kelamin (BK) kali ini menjemput pelakon Fizo Omar yang pernah melalui episod perpisahan dengan bekas isterinya, Mawar Karim. Kali ini BK mengupas dari perspektif Fizo Omar sendiri akan ungkapan ‘anak mami’ yang terkait dengannya.

Definisi itu terlalu subjektif.
Mak saya jenis orang tua yang tak campur tangan. Janji kita buat yang baik.”

Fizo menolak andaian segelintir netizen yang mengaitkan punca perpisahannya terlalu lebihkan mak sehingga ‘isteri’ rasa tersisih.

Tidak pernah keluar mana-mana kenyataan daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan ibu belah saya atau Mawar. Bila kami berdiam, maka banyaklah keluar macam-macam andaian.

Bagi saya tak perlulah saya menjawab. Biarlah ia jadi rahsia antara saya dan Mawar. Bagusnya saya dan Mawar, masing-masing mendiamkan diri. Terpulang pada orang nak buat andaian. Kerana kami lebih tahu apa yang berlaku.”

IKLAN

Mak Saya Tak Campur Tangan – Fizo Omar

‘Mak Saya Tak Campur Tangan’ Fizo Omar Jawab Isu Anak Emak, Mentua Menantu Serumah

Akui Fizo lagi, dalam hubungan rumah tangganya yang lalu, ibunya tidak sama sekali campur tangan dalam urusan rumah tangga anak dan menantunya.

Dia diam tak ambil tahu. Pada mulanya saya simpan, tapi bila duduk serumah ni orang tua, dia lebih makan garam. Lama-lama mak boleh tahu. Kalau boleh cuba elakkan.

Macam saya, saya cuba elakkan. Takkan bercerita. Sebab bila kita bercerita, kita tengah marah, semua tentang dia jadi tak betul dan semua berkenaan kita betul.

Jika perlukan seseorang untuk berkongsi rasa, biarlah reda dulu. Fikir positif baru boleh nak bercerita. Biar sejuk dulu.”

IKLAN

Maryam Faham Apa Yang Jadi Antara Ibu Dan Ayahnya

Akui Fizo, berpisah dalam keadaan dirinya dan Mawar mempunyai seorang anak, Wan Maryam sedikit sebanyak membuatnya ‘tersepit’.

Nak tak nak seminggu sekali kena jumpa.” Tidak mahu terlepas memikul tanggungjawab membesarkan Maryam, Fizo dan Mawar sama-sama berkorban.

Waktu awal perpisahan tidak mudah bagi Fizo. Ketika itu umur Maryam dalam setahun lebih. Bila tiba gilirannya menjaga. Hatinya bimbang. Takut tak dapat urus Maryam yang masih kecil dan masih menyusu.

Saya percaya satu, Allah izinkan benda ni berlaku. Allah aturkan.” Setiap kali dia perlu menghantar Maryam pada ibunya, dia akan jelaskan situasi pada anaknya. Dan begitu sebaliknya.

Lama-kelamaan, Maryam faham sendiri. Malah, amat memahami ibu dan ayahnya itu.

IKLAN

Fizo dan Mawar, mendirikan rumah tangga pada November 13. Dan selepas enam tahun bergelar suami isteri, mereka berpisah secara baik pada 10 Julai 2019.

Hubungan Mentua Menantu

Banyak lagi cerita rumah tangga yang Fizo kongsikan dalam Borak Kelamin. Dan ada suami yang meluah rasa makan hati apabila dipandang sebelah mata, tidak dihargai ibu mentuanya sendiri.

Dibanding-bandingkan dengan menantu lelaki yang lain. Sungguh! menantu lelaki pun ada terasa hati dengan ibu mentua. Cuma amat jarang mereka meluah kata.

Ini antara yang menarik dalam Borak Kelamin episod Trauma Mentua yang bersiaran jam 9 malam ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Sejuk perut ibu mengandung, Fizo Omar hadiahkan ibu basikal elektrik mudah ke surau.

‘Mak Saya Tak Campur Tangan’ Fizo Omar Jawab Isu Anak Emak, Mentua Menantu Serumah

Rancangan ini dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari pada setiap Isnin, waktu dan saluran yang sama. Boleh juga distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI