Mak minat Wan Sharmila, Shuib anggap rakan seni atau industri. Beberapa hari lalu berlegar kisah tentang hubungan Wan Sharmila yang didakwa begitu rapat dengan ibu kepada pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mak Minat Wan Sharmila, Shuib Anggap Rakan Seni

Keakraban Wan Sharmila dan ibu Shuib, Salamiah Jalani menimbulkan tanda tanya kepada netizen. Malah pada majlis tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah pada 8 Ogos lalu Wan Sharmila turut bertandang malah menerusi Instagram ibu Shuib kelihatan teruja dengan kehadiran pelakon wanita itu.

Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Shuib menerangkan dia hanya menganggap Wan Sharmila sebagai rakan industri.

“Kami pernah bekerjasama jalani penggambaran sekali Sepahtu Reunion.

“Mengenali dia secara peribadi, baik orangnya, comel, pandai bawa diri dan pandai jaga diri. Kawan industri saja, sekali dua saja pernah bekerja sekali.

‘Jadi ia lebih pada kawan macam tulah.

“Bukan kawan rapat atau selalu bekerjasama tak, tapi lebih pada kawan industri. Suka juga tengok dia sebab dia pandai bawa diri,” ujar Shuib.

IKLAN

Mak Minat Wan Sharmila, Shuib Anggap Rakan Seni “Suka Tengok Sebab Dia Pandai Bawa Diri”

Mak Teruja Kehadiran Wan Sharmila

Pada masa yang sama, Shuib juga akui ibunya merupakan peminat drama Melayu dan sangat meminati lakonan Wan Sharmila.

“Mak saya memang minat Wan Sharmila. Dia suka tengok Wan Sharmila berlakon. Mak-mak kita kan suka tengok drama sebelah petang, jadi dia memang suka Wan Sharmila.

“Kebetulan tempoh hari Makder (ibu tiri Siti Sarah) menjemput Wan Sharmila datang, jadi dia teruja nak jumpa dan pertama kali nak jumpa berdepan. Itu yang ada video dan gambar,” sambungnya yang meletakkan soal jodoh di tangan Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by salamiahjalani (@amy_salmi)

Baca Disini : “Suami, Cubalah Penuhi Permintaan ISTERI, Mungkin Ini Permintaan Terakhir..”- Shuib

IKLAN

Walau Penat.. Jam 2 Pagi, Shuib Bangun Masak Telur Mata Untuk Arwah Sarah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by salamiahjalani (@amy_salmi)

“Suka Tengok Wan Sharmila Ada Iras-Iras Talita” 

Menerusi ruangan komen ramai yang suka jika Wan Sharmila berjodohan dengan Shuib Sepahtu.

Mak Minat Wan Sharmila, Shuib Anggap Rakan Seni “Suka Tengok Sebab Dia Pandai Bawa Diri” Mak Minat Wan Sharmila, Shuib Anggap Rakan Seni “Suka Tengok Sebab Dia Pandai Bawa Diri”

IKLAN

Mingguan Wanita : Jodoh pertemuan di tangan Allah. 

Sumber : Harian Metro

Sumber Foto :  Instagram Amy Salmi

Instagram Wan Sharmila

Instagram Shuib Sepahtu

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI