Bukan setakat panik, rasa tak cukup nafas pun ada bila anak yang kini darjah satu masih tidak boleh membaca dengan lancar. Paling teruk, kadang-kadang masih keliru dengan beberapa huruf yang seakan-akan seperti b atau d, m atau n. Hari ini pabila mak-mak luangkan masa ajar anak-anak membaca, ingatlah dia. Tetapi jangan terkejut esok dia mula lupa kembali.
Saya sendiri lalui benda yang sama, anak saya dihantar ke tadika setelah usianya mencecah lima tahun. Pernah juga disarankan teman-teman agar hantar anak-anak lebih awal agar dia terdedah dengan suasana pembelajaran dan bergaul dengan kawan-kawan. Tetapi kami laki, bini sepakat hantar sehaja bila dia sudah besar sikit. Empat tahun terasa begitu kecil anak kami.
Di tahun pertama, anak saya Syaqif masih gagal mengenal huruf dengan baik. Perkara ini langsung tidak memberi kesan kepada kami kerana kami rasakan dia masih kecil, tidak perlulah berlawan siapa pandai membaca dan sudah berapa buku dia habis baca.
Ketika di usia enam tahun iaitu tahun kedua di tadika yang sama, perkembangan Syaqif tetap sama. Dia agak ketinggalan kerana masih tidak boleh membaca dengan lancar. Ketika penilaian pertengahan tahun, kami dipanggil oleh pihak tadika, guru di sana sarankan kami lakukan lebih homework di rumah dalam membantu Syaqif cepat belajar membaca.
Katanya Syaqif agak “lambat” berbanding budak-budak lain. Biar pun agak sinis dan terkesan di hati saya, saya turutkan sahaja kata-kata cikgu. Setiap hari sebelum tidur, saya paksa dia mengenal huruf atau membaca. Ya, ketika kami membaca dia akan ingatlah. Kemudian setelah seminggu kemudian, dia jadi keliru.
Ads
Di sekolah bukan sekali, tetapi gurunya mengajar Syaqif membacanya secara personal agar dia dapat faham apa yang gurunya sampaikan. Usaha-usaha ini bukan berjalan sehari, dua, tetapi sepanjang tahun tetapi perkembangan Syaqif tetap sama.
Ads
Sebagai ibu sudah tentu saya rasakan saya seorang yang gagal kerana tidak mampu mengajar dirinya membaca dengan baik. Sedangkan ibu saya biar pun hanya lulusan SPM, mampu mengajar saya membaca dengan baik ketika masih kecil. Kadang-kadang terlintas di fikiran saya, mungkin aku perlu berhenti kerja dan beri fokus sepenuhnya pada dia. Angan-angan jelah.
Laporan sebuah akhbar baru-baru ini tentang peningkatan pelajar darjah satu tidak boleh membaca meningkat juga menambah panik di hati saya. Sudahlah Syaqif dah darjah satu. Hinggalah saya terjumpa sebuah artikel yang setiap ibu, bapa perlu positif dalam menerima kelemahan dan kelebihan anak-anak.
Ads
Dari situ, saya cuba muhasabah diri, sebaiknya saya perlu risau jika anak saya tidak mampu bergaul dengan rakan-rakannya di sekolah. Saya juga perlu risau jika tidak mampu uruskan diri apabila berada seorang diri. Saya juga perlu risau jika dia tidak boleh memberi respon pada saya setiap kali namanya dipanggil. Anak saya mampu buktikan dirinya boleh berdikari setakat ini.
Dia juga sangat teruja apabila hari sukan menjelma, nampak tak permainan dia yang tak sukakan waktu pembelajaran. Jadi setiap saat saya doakan dirinya agar diberikan kefahaman yang setiap perkara yang gurunya sampaikan. Semoga anak umi cemerlang di akhirat terutamanya dan juga dunia. Sayang anak-anak umi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kulit telur mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dalam menyuburkan tanaman dan pokok-pokok di rumah. Daripada dibuang begitu sahaja, kulit telur boleh dijadikan baja semulajadi dan mampu menguatkan untuk pokok. Namun ada caranya untuk buat kulit telur kisar ni, malah perlu ditabur pada pokok seminggu sekali.
Nak tahu caranya, fahamkan perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poadini sebagai rujukan;
Ini kulit telur yang telah saya tumbuk kasar.Basuh dulu bersih bersih luar dan dalam sebelum dikeringkan selama sehari.Selepas betul-betul kering baru ditumbuk.
Saya tak kisar halus supaya dapat menghalang serangga tanah daripada datang. Sakit kalau kene kulit telur yang tajam ni. Boleh juga dikisar sehingga halus supaya lebih cepat mnyerap ke dlam tanah. Dalam 8 biji telur jugak ni.
Banyak ni aje hasilnya.Hanya cukup untuk 3 pokok.
Kulit telur kaya dengan kalsium, fosforus,kalium dan magnesium yang dapat membantu.
Mengurangkan simptom bunga gugur.
Menguatkan akar.
Tangkai kuat.
Sebagai baja semulajadi.
Bunga lekat dan membentuk buah.
Menghalang serangga perosak.
Caranya :
Tabur keliling pokok seminggu sekali. Saya selalu tabur pada pokok cili dan tomato yang sedang rancak berbunga dan berbuah.Kesan boleh dilihat seawal 10 hari.
Mingguan Wanita : Menarik tip ni. Banyak khasiat kulit telur pada tanaman rupanya. Daripada dibuang begitu sahaja, elok tabur pada tanaman sebagai baja semulajadi agar pokok lebih subur dan masalah serangga perosak pun tiada.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Sakit mata pula bila tengok dinding rumah bertompok-tompok. Sedangkan baru beberapa tahun tinggal di rumah ini. Apa masalahnya sehingga keadaan ini berlaku.
Biasan tompok putih pada dinding rumah boleh nampak jelas di tepi bilik air. Bukan setakat tompokan tapi juga seakan kulat membiak di situ. Ada macam-macam petua yang digunakan untuk hilangkan tompok putih itu. Tap itak lama, ia akan muncul lagi.
Pada perkongsian Hussien Mhd, rupanya tompok putih ini adalah kapur pada dinding rumah. Ia muncul bila keadaan dinding lembap. Ada cara terbaik untuk bersihkan, dengan hanya guna 2 bahan saja.
Bila tunjuk gambar ni confirm mmg ramai tengah alami benda sama. Cat la tebal mana pon selagi tak fix masalah ni memang akan jadi lagi.
Hari tu ada viral cara pakai cuka tapi ramai komplen rumah akan bau masam busuk cuka tu and benda ni jadi balik lepas beberapa hari.
Ada juga yang kata tu cendawan kulat. Sebenarmya itu adalah kapur atau nama betul nya kalsium karbonat. Benda ini boleh jadi sebab timdakan simen dengan air. Biasa nya sebab dinding lembab..
Bagi sementara waktu, boleh saja pakai cuka untuk sementara waktu. Tapi rumah akan berbau masam..Jadi, untuk jangka masa panjang kenalah buat cara yang betul.
Hanya 2 Langkah Saja
Step 1 : Kena bersihkan dulu kapur tu guna dua bahan ni je iaitu ASID dan AIR
Asid tu boleh beli dekat shopee je senang asid (https://invol.co/cla0a3c)
Step 2 : bila kapur tu dah habis hilang, boleh terus seal dinding tu pakai ni pula.. water repellant..Boleh juga dapatkan di shopee (Water proof repellant : https://invol.co/cla0a4o )
Mingguan Wanita : Mudah-mudahan dengan cara yangbetul, tak adalah lagi tompok putih pada dinding rumah anda.
Bagi mak-mak yang mempunyai hobi menanam ini, mereka akan gunakan setiap ruang tanah yang ada di halaman rumah untuk bercucuk tanam. Paling penting tanaman yang ditanam sudah tentu untuk keperluan masakan hari-hari.
Untungnya, tak perlulah nak membeli, hanya petik sahaja. Berapa banyak nak guna bergantung kepada masakan. Jika beli, mahunya ada yang berlebihan hingga membazir pula kalau tidak digunakan.
Begitulah kalau ada ruang tanah untuk bercucuk tanam. Tapi bagaimana mak-mak yang nak menanam tapi tak ada tanah, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar dan apartment. Memang susahlah untuk menanam.
Jangan risau, masih ada peluang untuk mak-mak yang tak ada ruang tanah, perkongsian daripada Umie Watie boleh membantu mak-mak untuk bercucuk tanam. Jimat saja dengna hanya menggunakan tong polisterin.
Kali ini, Kakchik nak kongsi cara bercucuk tanam ala jimat dan sesuai untuk orang yang nak bercucuk tanam tapi tak ada tanah.
Kawasan rumah Kakchik semua sudah bersimen. Kalau nak tanam atas tanah memang alamatnya mimpi sajalah.
Tong polisterin tu Kakchik kutip di pasar saja. Ada bekas sayur atau ikan. Setakat ini bekas ini berkhidmat dengan baik.
Jom kita mulakan.
1. Buat lubang gunakan pisau saja.
2. Lubang tadi Kakchik tutup dengan bekas telur.
3. Kakchik bubuh daun kering seperti daun buluh yang sudah kering dari rumah mak. Kalau tak ada kakchik gunakan cocopeat.
4. Kakchik bubuh tanah 6 dalam 1 yang boleh dibeli dari kedai nurseri.
5. Atas sekali Kakchik bubuh tanah sawit bakar.
6. Setiap bekas kakchik campur jenis sayur. Tapi yang baru tu Kakchik bubuh sejenis saja.
MW: Kalau yang tak ada tanah untuk bercucuk tanam, boleh guna cara ini. Jimat pun jimat. Macam-macam jenis sayuran boleh tanam. Paling penting kena jaga dengan betul, barulah hidup subur.
Kisah pilu kematian di Jerlun apabila seorang isteri menjerit minta tolong dan dua jam memangku jasad suaminya tanpa kepala selepas pergaduhan tragis di sawah Kampung Pida 3, Jerlun.