Tidak dinafikan, ramai mak-mak di luar sana berhadapan dengan tekanan. Tidak kiralah sama ada bekerja atau bergelar suri rumah sepenuh masa. Masing-masing mempunyai ujian dalam hidup.

Setiap daripada kita pada mulanya mungkin dapat mengawal emosi, namun apabila setiap hari disumbat dengan pelbagai tekanan, akhirnya mulalah wanita menyalahkan itu dan ini jika dia merasa kekurangan.

Rata-rata mak-mak terkesan dengan kata orang sekeliling, perkara ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Oleh itu, cubalah untuk mengubah kata-kata dan cuba bertindak lebih positif.

Ikuti perkongsian, Saidatul Husna :

[ 5 Perkataan Toksik Yang Menjadi Racun Dalam Diri. Ubah Sekarang Sebelum Terlambat ]

Risau pula bila makin ramai wanita pm (private message) saya mengadu mereka kemurungan dan tekanan. Ada yang tertekan dengan keluarga, tempat kerja, anak anak, suami dan sebagainya.

Ada masa sedih juga baca sebab saya berharap Allah kurniakan jiwa yang lapang kepada mereka.

Saya faham, orang perempuan mudah rasa bersalah tanpa sebab, rasa rendah diri tanpa alasan. Cuma sedar atau tidak, kesan itu sebenarnya berpunca daripada tindakan kita memandang negatif banyak perkara dalam hidup.

IKLAN

Jadi saya merayu untuk permulaan ini, apa kata kita pilih untuk mula sayangkan diri. Seimbangkan kasih pada diri di samping kasih pada orang lain.

Ubah Pemikiran

Ubah pemikiran, ubah self talk pada yang baik baik sahaja. Contoh ubah self talk seperti perbandingan kata kata di bawah :

1) Negatif : Saya ni tak cantik. Tiada siapa nak tengok. Sudahlah gemuk, orang pula asyik ketawakan. Tak ada guna saya diet selama ni.

Positif : Pandangan orang tak penting, yang penting saya kena sihat. Pemakanan yang betul membuatkan saya cergas. Saya kena diet supaya berat badan ideal dan senang untuk beribadat.

IKLAN

2) Negatif : Saya tiada pengalaman buat tugasan ni. Saya ni penakut, mesti orang tak suka.
Positif : Saya yakin boleh buat tugas ini dengan cemerlang. Saya berani bertanya. Selama mana ada kebaikan untuk diri saya dan orang lain, saya sahut cabaran!

3. Negatif : Kalau saya ubah fikiran, semua orang akan kecewa. Nanti siapa nak kawan dengan saya.

Positif : Orang lain akan faham dan terima. Sekiranya mereka ikhlas, mereka akan bertahan dengan saya, sekiranya tidak, tak mengapa, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

4) Negatif : Saya paling tercorot. Mesti team kecewa teruk. Saya memang menyusahkan.

Positif : Team adalah tanggungjawab bersama. Seorang jatuh semua akan jatuh, seorang naik semua akan naik. Saya akan buat yang terbaik, yakin pada diri.

IKLAN

5) Negatif : Saya ibu yang gagal dan tidak berguna. Selalu marah anak anak. Selepas marah saya menyesal pula.

Positif : Saya ibu solehah. Saya rajin belajar ilmu kekeluargaan. Anak anak amanah Allah. Walaupun saya bukan ibu terbaik, namun saya usaha jadi baik dengan meminta maaf dan berterima kasih kepada anak anak.

Nampak kan perubahannya? Hanya perlu ubah kata-kata. Semua yang datang daripada pemikiran yang betul, Insya-Allah akan lahir tindakan yang betul.

Berhenti salahkan diri, belajar sayangi diri. Inilah yang dimaksudkan bila ada sayang, boleh beri sayang, nanti akan dapat lebih banyak kasih sayang.
Sangka baik dengan Allah. Live your best life, ubah dari impossible kepada i'm possible!

Gitu
Semoga bermanfaat! Bantu saya tekan butang share kepada wanita lain diluar sana ya. Mereka sangat memerlukan.

Sumber: Saidatul Husna

MW: Belajar untuk sayang diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Percayalah bila anda mula sayangkan diri sendiri, segala kata-kata negatif orang sekeliling tidak akan menjadi racun buat anda. Berubah sebelum terlambat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI