Otak manusia mampu menyimpan jutaan maklumat. Namun untuk mendapatkan semula semua maklumat itu adalah hal berbeza. Bagi membantu proses mendapatkan semula maklumat ini, adalah penting jika otak mempunyai ingatan yang tinggi.

Berikut adalah senarai beberapa permainan yang boleh membantu menajamkan ingatan jangka pendek dan jangka panjang anda.

Teka Silang Kata – Hanya Jangan Terlalu Kerap

Teka silang kata masih kekal menjadi senaman untuk kognitif. Terdapat kajian menunjukkan hubung kait kuat antara tabiat bermain teka silang kata dan tertangguhnya permulaan demensia. Tetapi masalahnya dengan teka silang kata sebagai perangsang ingatan dan otak adalah anda mampu menguasainya dengan terlalu baik. Jika anda mampu meletakkan pen dalam masa paling cepat berkemungkinan anda tidak memberikan cabaran yang sepenuhnya kepada diri sendiri. Cubalah menukar teka silang kata dengan permainan pencarian ayat lain bagi memastikan otak sentiasa digunakan.

Main Susun Suai Gambar

Susun suai gambar adalah alat terbaik untuk menggunakan ingatan jangka pendek disebabkan otak anda perlu mengasing-asingkan pelbagai siri warna dan bentuk dalam usaha untuk menyusun semula gambar. Lebih banyak kepingan gambar, otak lebih susah untuk melakukan kerja. Tetapi hasilnya memberi kepuasan yang tidak terhingga. Meletakkan kepingan gambar pada tempat yang betul telah menunjukkan ia mampu menghasilkan dopamine, yang boleh membantu penumpuan. Jika kepingan gambar landskap dan haiwan eksotik membuatkan anda bosan, cubalah susun suai gambar yang lebih kecil. Terbalikkan kepingan gambar agar anda hanya melihat pada bahagian kosong sahaja. Dengan tidak ada lagi warna, anda hanya perlu bergantung pada bentuk kad sahaja.

IKLAN

Cari Permainan Video Yang Memaksa Anda Melakukan Pelbagai Tugas Dalam Satu Masa

Permainan video yang memerlukan anda memberikan tindak balas pada rangsangan sewaktu bermain boleh memperbaiki daya ingatan atau kebolehan untuk mengingat semula maklumat ketika anda sedang dalam usaha untuk menyelesaikan masalah.

Permainan Beg Pakaian

Jika anda berada dalam kumpulan, anda boleh berupaya untuk mengajak beberapa orang rakan untuk permainan ingatan meja bulat. Pemain yang pertama menyebut  apa barang yang disimpan dan kemudiannya menyimpan barang  dalam beg pakaian itu. Pemain seterusnya menyebut semula nama barang yang disimpan itu dan kemudian menambah satu lagi barang lain. Pemain seterusnya akan keluar apabila mereka terlupa apa barang yang disimpan dan terdapat dalam beg pakaian tersebut.

IKLAN

Penumpuan

Anda mungkin pernah bermain variasi permainan penumpuan sejak kecil. Contoh permainan ini adalah menggunakan kad. Anda letak sebarang kad dan terbalikkan muka hadapan kad itu. Kemudian anda terbalikkan kedua-dua kad pada masa yang sama, dan cuba untuk padankan set kad itu. Tetapi satu cara untuk memastikan senaman ini lebih menarik adalah cuba buat variasi spageti iaitu daripada anda susun kad dengan teratur apa kata cuba selerakkan kad itu. Ia akan membuatkan lokasi kad tersebut lebih sukar untuk diingat.

Permainan Dalam Bekas

Ajak kawan anda untuk mengambil satu bekas dan isi barang-barang di dalamnya secara rawak. Benarkan diri anda untuk melihat sekali imbas barang dalam bekas itu. Kemudian tutup bekas itu dengan kain. Cubalah ingat semua barang-barang yang ada dalam bekas tersebut. Permainan ini boleh juga dilakukan bersama ahli keluarga.

IKLAN

Sudoku

Permainan menggunakan nombor ini boleh memastikan otak anda mencuba mengulang semula tempat letak nombor dalam Sembilan kotak yang ada. Tetapi perlu diingat, dipercayai Sudoku lebih berkesan pada peringkat awal sebelum otak anda telah menyesuaikan diri dalam menyusun nombor-nombor tersebut. Jika permainan ini jadi bertambah mudah, sudah tiba masa untuk cuba permainan baru.

Catur

Catur adalah salah satu permainan intelektual penuh mencabar sekali walaupun pemain baru kerap bergantung pada ingatan jangka pendek dalam usaha untuk menganalisis papan dan merangka pergerakan seterusnya. Pemain lebih berpengalaman mempunyai strategi untuk ingatan jangka panjang mereka dengan mengubah senaman ini bagi mendapatkan maklumat untuk tempoh masa panjang.

Yoga Minda

Cuba ambil tangan kiri dan genggam penumbuk. Keluarkan ibu jari. Buat cara yang sama pada tangan kanan. Kali ini hanya keluarkan jari kelingking. Sekarang cuba tukar pula dengan keluarkan jari kelingking pada tangan kiri. Pada masa yang sama keluarkan pula ibu jari tangan kanan. Tak mudah kan? Koordinasi ini akan menguatkan perhubungan saraf yang sekali gus akan membantu dalam fungsi ingatan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI