Mak-Mak Boleh Makan Longan Jika Nak Kulit Cantik Bersinar

Share

Mak-mak boleh makan longan jika nak kulit cantik bersinar. Buah longan rasanya yang manis amat menyegarkan. Tidak hairanlah jika longan jadi kesukaan ramai. Dikenali dengan nama saintifiknya Dimocarpus longan, buah ini dikatakan berasal dari Asia Selatan.

Mak-Mak Boleh Makan Longan Jika Nak Kulit Cantik Bersinar

Buah longan juga merupakan sumber terbaik potassium, vitamin C, tembaga, magnesium, fosforus dan mangan.

Selain itu, di dalam buah longan juga terdapat vitamin B, termasuklah asid folik. Buah ini turut mengandungi polifenol antioksidan tertentu seperti corilagin, asid gallik, dan asid ellagic yang boleh meningkatkan kesejahteraan keseluruhan tubuh.

Mari kita lihat apa kebaikan buah longan kepada kesihatan dan kecantikan.

1- Buah Longan Untuk Penjagaan Kulit

Kehadiran vitamin C yang tinggi dalam longan amat baik untuk sintesis kolagen yang akan memastikan kulit tegang dan sihat. Antioksidan ini menyediakan perlindungan terhadap radiasi ultraungu dan membersihkan tekanan oksidatif dalam sistem tubuh. Dalam perubatan Cina, dikatakan sup longan adalah resipi yang terkenal dalam menambah sinar dan melembutkan kulit.

2-Antipenuaan

Longan dikatakan mampu membantu mengurangkan kedutan, bintik hitam, jeragat dan parut. Isi buah mengandungi vitamin B, vitamin C dan antioksidan yang memiliki sifat-sifat antipenuaan dan meminimakan kekeringan dan juga kulit merekah.

3-Merangsang Tenaga

Dikatakan dengan memakan buah longan mampu meningkatkan tenaga dan mengurangkan kelesuan.

4- Buah Longan Bantu Menentang Kegelisahan

Longan yang telah dikeringkan mempunyai kesan menenangkan dan telah digunakan untuk merawat kegelisahan dan rasa mengantuk. Dikatakan dalam perubatan Cina, teh buah longan yang dibuat melalui cara merendam kurma merah dan longan kering dalam air panas, mampu membantu mengurangkan kegelisahan. Ramuan yang sama ini boleh digunakan untuk memanaskan tubuh pada musim sejuk.

5-Merawat Insomnia

Terdapat kajian yang mendapati ekstrak buah longan mempunyai aktiviti anxiolytic iaitu memanjangkan waktu tidur . Isi buah dan tisu-tisu yang terdapat dalam biji longan dikatakan sering digunakan dalam perubatan Cina. Ia dijadikan tonik bagi menambah rasa tenang dan membantu tidur yang nyenyak.

6-Tonik Darah

Terdapat kesan sejumlah besi dalam longan yang dikatakan mampu membantu merangsang penghasilan sel-sel darah merah dan merangsang peredaran. Apabila peredaran darah berlaku dengan sempurna, ia dapat dibawa ke seluruh bahagian penting tubuh. Ini akan meningkatkan tenaga dan mencegah symptom-simptom anemia.

7-Merangsang Kehilangan Berat Badan

Berikutan dengan sejumlah kalori yang amat rendah dalam longan, ia dikatakan amat efektif digunakan dalam mengurangkan berat badan. Kepadatan zat ini dikatakan mampu membantu menekan selera makan.

8-Mengawal Tekanan Darah

Potassium yang terdapat longan dikatakan dikaitkan dengan merendahkan tekanan darah. Potassium adalah vasodilator yang bermakna ia boleh melepaskan tekanan dalam pembuluh darah dan arteri yang sekaligus akan melindungi sistem kardiovaskular dan mengurangkan risiko atheroskerosis, serangan jantung dan stroke.

9- Buah Longan Bantu Dalam Pencernaan

Buah longan kering mahu pun segar dikatakan mempunyai kandungan serat tinggi yang mampu membantu mengikat dan membentuk najis menjadi besar. Ini akan memudahkan najis untuk bergerak dan mencegah gejala-gejala sembelit, ketakcernaan, cirit-birit, kembung, kejang dan sakit perut.

BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

IKLAN