Baik wanita bekerja mahupun suri rumah, perkara pertama yang diimpi-impikan adalah hidup tenang, hati bahagia. Sayangnya, dengan tugasan dan tanggungjawab yang bertimbun, tak mudah nak dapatkan semua itu.
Sebenarnya, boleh saja mak-mak. Cuma, kenalah tahu caranya macam mana. Tak perlu keluar modal besar-besar pun mak-mak, cuma duduk rumah saja dah boleh dapat. Haa.. hadamkan apa yang MW mahu kongsikan ini ya.
Pertama : Suka Atau Tak, Kena Dapatkan Juga Tidur 8 Jam Sehari
Memang tak mudah untuk mak-mak nak lengkapkan tidur 8 jam sehari. Lagi-lagi yang ada anak kecil ramai itu. Baru nak lelap, anak dah datang minta macam-macam. Boleh sebenarnya, ambil waktu senggang belah petang tidur sekejap dan sambung tidur malam hari.
Bila dapat tidur 8 jam sehari, emosi kita akan jadi lebih stabil untuk mulakan hari-hari seterusnya. Penting juga untuk anda tidur dan bangun ikut jam yang sama setiap hari.
Kedua : Aktiviti Fizikal 30 Minit Sehari
Sebenarnya mengemas rumah itu pun boleh jadi aktiviti fizikal yang baik. Ambil masa untuk buat ‘deep clean’ yang tentunya perlukan waktu yang panjang. Berjalan, mengemop malah menyapu, semua itu termasuk dalam aktiviti fizikal.
Kalau mak-mak bekerja, lebihkanlah berjalan di pejabat. Jika ada tangga, pilihlah untuk gunakan tangga berbanding lif.
Ketiga : Lebihkan Sayuran Dan Buah Dalam Diet Harian
Penting untuk mak-mak jaga pemakanan harian. Lebihkan buah dan sayuran hijau ya. Kurangkan lemak berlebihan dan makanan segera. Sebab, makanan segera sebegini akan menyebabkan mak-mak cepat jadi lemau malah boleh meningkatkan emosi dan hormon tak stabil dalam badan.
Ads
Makanan tinggi nutrisi akan buat mak lebih sihat dan cergas. Nanti, bila emosi stabil, perasaan nak marah-marah pun berkurang. Bila kita sihat, jadi ringan badan bila nak buat apa-apa. Anak datang merengek pun kita tak risau dah.
Keempat : Sentiasa Update Dengan Ilmu Kesihatan Diri
Suri rumah mahupun ibu bekerja, penting untuk ambil tahu soal kesihatan diri. Rupa-rupanya, dekat Malaysia pun dah ada pameran kesejahteraan dan kesihatan online untuk mak-mak gali ilmu sihat dan cantik.
Pameran Kesejahteraan Dan Kesihatan Online Pertama Di Malaysia #mywellfair ini boleh anda dapatkan infonya di mywellfair.com
Ads
Selama 3 hari, berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2020, mak-mak boleh dapat perkara-perkara hebat ini. Iaitu ilmu kesihatan menerusi seminar daripada pakar kesihatan secara online, berkongsi informasi dalam komuniti sihat anda .
Salah satu daripada program partners yang ada adalah #HeroesAtHome – sebuah inisiatif oleh perusahaan sosial Invigorate International yang bertujuan untuk memperkasakan ‘socialpreneurs’ atau usahawan sosial untuk menjana pendapatan secara proaktif dengan menawarkan kepakaran dan pengetahuan mereka kepada orang awam melalui bengkel digital.
Anda juga boleh nikmati ‘flash sale’ untuk produk kecantikan dan kesihatan, malah boleh buat ‘treasure hunt’ secara alam maya lagi.
Ads
Menariknya, ada juga ruang pameran alam maya untuk lebih 30 jenama kesihatan dan kecantikan yang menyertai pameran online ini.
Rugi sangat bila mak-mak dah tahu info ini tapi tak sertai pameran kesejahteraan dan kesihatan online pertama ini. Sebab, macam-macam ilmu boleh didapat di sini. Macam mana cara nak sertai. Ikut langkah demi langkah ini ya.
1. Klik butang pendaftaran di SINI.
2. Isi maklumat dengan lengkap dan hantar.
3. Tunggu sehingga anda dapat kod OTP di telefon bimbit anda untuk tujuan pengesahan.
4. Masukkan kod OTP pada kotak ‘pop-up’ di borang pengesahan.
5. Anda akan menerima emel pengesahan pendaftaran anda telah berjaya.
Jadi, apa tunggu lagi.. DAFTAR lah sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau anda salah seorang yang mengikuti kes Aisya atau nama penuhnya Nur Aisyah Hazmizan yang diculik hampir 15 jam sewaktu bersahur, ini sedikit luahan hati ibunya, Siti Noorfadilah Yusofe, 30 sekali gus menjawab semua pertanyaan dan 1001 komen netizen di laman media sosial.
Yes, saya sebagai mama Aisya pun tak dapat beri kenyataan lebih. Kita serahkan kepada pihak polis ya, mereka lebih layak jalankan tugas.
Percaya lah saya dan suami serta keluarga sangat terkesan dengan kejadian ini tapi siapa kita untuk lawan takdir? Saya tak pinta kejadian seperti ini berlaku. Anak-anak saya nyawa saya, janganlah hukum sebarangan dan janganlah membawang sebarangan.
Kenapa Tak Sedar Langsung Waktu Tidur
Untuk jawab soalan pakcik halia dan makcik halia. Ya, kami sememangnya dah kunci pintu.
Kenapa tak sedar ketika orang masuk rumah anak kena ambil? Saya tidur pukul 3 pagi, sepanjang bulan puasa saya jarang tido. Normal tido selepas subuh. Dan sebelum kejadian saya letih urusan kerja jadi mungkin saya benar-benar letih sehingga beliau ambil Aisya pun saya tak sedar. Yesss saya amat-amat menyesal tidur pada hari kejadian!
Tak Bergaduh Laki Bini Pun
Saya dan suami tidak bergaduh dan saya hanya ada SEORANG suami sahaja tiada istilah EX suami bagai. Dia suami saya sejak 12 tahun lepas dan dia kekasih hati saya sejak 15 tahun lepas.
Saya/suami suspek utama? Hanya tuhan sahaja tahu betapa sayangnya kami kepada anak-anak kecil. Jika bukan anak saya pun saya akan menangis kerana melibatkan seorang kanak-kanak. Kami adalah pencinta kanak-kanak bukan pendera kanak-kanak.
Moga dengan post ini buat anda berpuas hati dan nak tahu lebih lanjut boleh ke IPD muar tanya dengan polis yang bertugas ya.
Jika anda rasa anda hebat berspekulasi boleh suarakan kehebatan anda kepada pihak polis.
“Salam jumaat dari mama Aisya. Doakanlah Aisya kembali pulih dari apa yang terjadi, beliau masih trauma.”
Menjawab Soalan Kenapa Aisya Nampak Teruk
Ramai bertanya tentang Aisya. Saya menjawab semua persoalan anda disini. Sekejap lagi sembayang jumaat saya mohon doakan anak saya kembali sihat, hilang trauma yang dia hidapi kini dan hilangkan kesakitan yang di alami.
Alhamdullilah perlaku tak pukul Aisya dari xray yang dibuat. Tapi aisya jadi seperti ini kesan adari gigitan semut, nyamuk dan binatang-bintang kecil.
Gambar 1st keadaan aisya sekarang bibir dan sekitar mulut bernanah, mata keluar nanah, sekitar leher bernanah.
Alhamdullilah dia kembali kepada saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa, saya sangat beryukur.
Doa anda semua moga Allah membalas segalanya. Terima kasih kerana prihatin kepada kami.
Sedikit penjelasan dari pihak keluarga adik Aisya, moga orang ramai boleh stop kecam keluarga ini. Dari pihak team Mingguan Wanita sendiri, moga Puan Diela Yusofe tabah telan ujian dan didoakan moga adik Aisya cepat-cepat sembuh. Aamiin..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pihak polis terima aduan daripada penduduk bahawa ada bau kurang menyenangkan, wanita oku ditemui sebelah mayat ibu.
Sebelum menemui mayat warga emas ini, pihak berkuasa telah menerima aduan daripada penduduk setempat.
Terima Aduan Bau Kurang Menyenangkan
Polis menemui mayat seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Berjaya Kuala Pegang, Baling, kedah, semalam manakala seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dipercayai anaknya pula didapati lemah di sebelah jenazah itu.
Polis menerima aduan penduduk berhubung bau tidak menyenangkan pada jam 12.40 tengah hari dan menghantar anggota membuat pemeriksaan.
Wanita OKU Ditemui Sebelah Mayat Ibu
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, pihak polis menemui mayat warga emas itu yang dikenali sebagai Rusnah Abu Hadan, 61 manakala wanita OKU berusia 21 tahun itu didapati dalam keadaan lemah di sebelah jenazah.
Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai meninggal dunia lima hari lalu.
Polis juga menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Baling untuk tindakan lanjut berkaitan COVID-19.
Dihantar Ke Hospital
Shamsudin berkata, punca kematian belum diketahui dan remaja OKU itu juga dibawa ke Hospital Baling (HB) untuk rawatan lanjut.
“Jenazah telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk ujian COVID-19 dan mendapatkan punca kematian,” katanya dalam kenyataan.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang disebabkan terdapat sekatan merentas negeri, ramai anak-anak yang tidak dapat berjumpa mak ayah mereka di kampung. Sebenarnya bimbang berlaku di luar dugaan terutamanya mak ayah yang sudah uzur.
Minta nombor telefon tak dilayan, beri kad nama hilangkan! Akhirnya bertemu juga jodoh “pramugari” ini dengan “penumpang” pesawatnya selepas beberapa tahun berlalu.
Benarlah peribahasa Melayu, ikan di laut, asam di darat dalam periuk bertemu juga.
Biarpun pada awalnya pramugari ini seakan menjual mahal dan tidak ambil pusing, namun atas usaha penumpang ini akhirnya mereka disatukan sebagai suami, isteri.
Akhirnya Bertemu Juga Jodoh
Seorang pramugari jelita tidak menyangka bahawa jodohnya adalah seorang lelaki yang merupakan penumpang kepada pesawatnya, lapor laman berita Merdeka.com semalam.
Menurut video yang dimuat naik di akaun TikTok @putri.antris, pramugari itu berkongsi kisah cintanya dengan suami yang ditemuinya tiga tahun lalu ketika sedang bertugas.
Minta Nombor Telefon Tak Dilayan
“Dia merupakan penumpang saya tiga tahun lalu dalam penerbangan dari Banjarmasin ke Surabaya dan ketika itu, saya baru sahaja menjadi pramugari bagi penerbangan berkenaan,” kata Putri.
Wanita itu juga mendedahkan bahawa ketika itu, suaminya itu meminta nombor telefonnya sebanyak beberapa kali sebelum akhirnya memberikan Putri kad namanya.
Beri Kad Nama Hilangkan!
Namun, memandangkan penerbangan Putri yang seterusnya adalah ke Jakarta, kad nama itu tertinggal di sebuah laci dan Putri hanya menyedarinya ketika sudah tiba di Jakarta.
Akuinya, dia berasa biasa sahaja kerana baru dikecewakan oleh seorang lelaki, dan enggan mempunyai hubungan dengan lelaki lain serta hanya mahu fokus kepada kerjaya.
“Namun, dua bulan selepas kejadian itu, saya menerima mesej daripada dia (suami) menerusi akaun Instagram saya dan daripada situ, kami mula berhubungan sehinggalah dia akhirnya menjadi imam saya,” kata Putri.
Video tersebut ternyata menarik perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pelbagai komen.
“Memang benar ya jodoh itu tidak ke mana, walaupun tidak dicari tetapi jika jodoh itu memang untuk kita, ia akan tetap untuk kita,” kata seorang netizen.
“Masyallah terharu baca kisah kalian, semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah, aminnn, ” kata seorang lagi netizen.
“Apabila dua insan dijodohkan oleh Allah, walaupun di belahan Bumi sebelah mana pun akan disatukan,” kata seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Sekuat mana pun kita menolak, jika itu takdirnya ianya tetap akan berlaku atas kehendak Allah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.