
“Mak buang saya sebab cacat. Saya maafkan tapi tak mampu pandang muka dia lagi. Luahan seorang pemuda kelainan upaya di Tik Tok @c1ncau1 dikenali sebagai Zuki cukup membuatkan ramai yang menangis dan menahan sebak.
Zuki bukan nama besar. Bukan selebriti atau ikon motivasi. Tapi kisah hidupnya, cukup untuk membuatkan ramai menitiskan air mata.
“Mak Buang Saya Sebab Cacat
Dilahirkan dalam kekurangan hingga dibuang mak sendiri tapi kata-kata yang lahir dari mulutnya sudah cukup menggambarkan betapa kecewanya hati seorang anak yang dibuang mak sendiri ke rumah kebajikan hanya kerana kecacatan dialaminya.
Dia diasingkan dari menerima pelukan ibu sendiri hanya kerana sebab dirinya dilahirkan dengan kelainan upaya.
@c1ncau1 Luahan Hati Anak (OKU)..Di buang keluarga semenjak umur 7bulan kerana OKU.. #fyp #tiktok #fyoupage #fyou #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – اللغة الض – Sastra Kehidupan
“Mak ayah saya, dia dah buang saya. Saya dah maafkan tapi saya tak nak pandang muka anda lagi. Simple,” kata Zuki yang kemudian dilihat meminta maaf kepada individu yang menemubualnya kerana berkata begitu.
Mungkin kata-katanya dilihat agak tegas tetapi ia mungkin terzahir dari rasa kecewa yang dialaminya kerana tiada peluang membesar dalam kasih sayang mak ayah.
Dia membesar dengan luka yang cukup dalam. Luka yang tidak nampak secara fizikal tapi kekosonga dalam jiwanya. Walau sudah memaafkan ibu ayah yang membuangnya namun tidak mahu melihat insan yang melahir dan membawanya ke dunia adalah luahan dari lubuk hatinya yang dalam.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayi Berusia 6 Bulan Bergelar Yatim Piatu, Ibu & Ayah Terkorban Dalam Kemalangan

Bayi berusia 6 bulan bergelar yatim piatu, ibu & ayah terkorban dalam kemalangan jalan raya. Pada usia yang belum sempat mengenal dunia, seorang bayi kecil kini memikul takdir paling pilu iaitu diuji dengan kehilangan kedua ibu bapanya dalam sekelip mata.
Ketika tangannya masih mencari pelukan ibu dan hatinya belum pun sempat mengenal suara ayah, takdir pula memilih untuk memisahkan mereka. Nur Laylaa Batrysha berusia 6 bulan akan menumpang kasih sayang ibu saudara dan orang sekelilingnya selepas kedua ibu bapanya, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isteri, Nur Fatihah Othman, 28, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, semalam.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata nahas kira-kira jam 1.30 tengah hari itu membabitkan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak berkenaan, sebuah kereta jenis Toyota Vios dan lori.
“Kemalangan berlaku apabila Perodua Myvi itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah lori kelapa sawit tanpa muatan.


Yusof berkata, nahas itu meragut nyawa pemandu serta penumpang hadapan Perodua Myvi terbabit.
Beliau berkata, penumpang belakang yang juga bayi perempuan duduk di kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kereta itu pula cedera di kepala dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Bagaimanapun, pemandu lori berusia 47 tahun dilaporkan hanya cedera ringan, manakala lelaki berumur 46 tahun yang memandu Toyota Vios tidak cedera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak Kedua Baru Beberapa Bulan, Isteri Hamil Lagi, Bila Doktor Saran Rancang Kehamilan, Suami Pula Melenting Lebih

Ada suami yang begitu bangga jika dia miliki anak ramai. Sedarkah suami, penat isteri mengandungkan zuriat belum pun habis, dia perlu mengatur waktu mengasuh, membesarkan anak-anak yang berderet itu tanpa sokongan ‘ringan tulang’ dari suami.
Benarkanlah isteri merancang kehamilannya. Kikislah fikiran ‘isteri anda itu ibu cemerlang, super power tangan sotong yang boleh buat semua kerja dalam satu masa.’ Sebab isteri pun manusia. Bukan robot, bukan tukang gaji..
Bila mana Dr Farhanah Ibrahim temui pasangan suami isteri ini di kliniknya, hatinya terjentik mahu berkongsi. Lagi-lagi suami ini terlalu keras egonya sehingga menafikan hak isteri untuk merancang kehamilan.
Tiada Senyuman Di Wajahnya
Satu hari, sorang wanita datang klinik, katanya nak confirmkan pregnancy.
UPT dah buat, positive. Dia mai nak scan ja.
Masa dia masuk bilik, kakhana terkejut tengok seorang wanita yang pucat lesi, lemah tak bermaya. Mungkin dia mabuk teruk, kesiannya.
Dia datang ditemani suami. So suweet.
Lepas kakhana scan, tahniah!
Kandungan dah nak masuk 9 minggu!
Tapi kakhana pelik, tak ada senyuman di wajahnya.
Infact, dia nampak very unhappy.
Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru ~3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.
Si isteri terjelepuk lesu atas kerusi. Nampak riak kepenatan yang jelas di wajah.
Suami pula bersorak gembira “Kami kahwin baru nak masuk 4 tahun Dr, anak dah nak masuk 3! Alhamdulillah, rezeki.”
Kakhana senyum, “Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah bagi isteri rehat sekejap ya encik.”
Ada nada serius dalam gurauan.
Suami jawab “Eh, dia ni ibu cemerlang Dr, semua dia boleh buat. Mengasuh anak 2 orang tu pun dia yang buat sorang. Saya selalu tak ada Dr, outstation”.
Bangga betul suami dengan isterinya.
Alhamdulillah, pujian melambung untuk isteri mithali.
Si suami kerja menjaga keselamatan negara.
Jarang-jarang ada di rumah.
Ada Jelingan Di Hujung Mata
Kakhana pandang isteri, ada jelingan di hujung mata.
Dari helaan nafasnya, kakhana tahu perasaan si isteri bercampur baur. Faham sangat feeling tu.
Kakhana tanya, “Puan OK?”
Isteri just jawab, “Entahlah Dr, macam tak bersedia. Anak semua kecik-kecik lagi”
(Tak sikit isteri yang mai klinik nak minta gugurkan kandungan sebab terlalu penat emosi, letih jasmani, lelah rohani, tak bersedia nak menanggung jerit perih mengandung lagi)...
Kakhana pun pujuk, “Lepas yang ketiga ni, mungkin boleh ambik perancang. Kasi badan rehat sikit. Nanti bincanglah dengan suami.”
Isteri nampak berminat. Kakhana pun terangkan satu persatu.
Walaupun dia baru disahkan mengandung tak lepas pun lagi trimester pertama, tapi kes-kes tertentu kakhana akan ambik masa cerita pasal perancang keluarga di peringkat awal. Akhirnya dia hampir setuju dengan method IUCD.
Tapi suami pula tak sokong.
“Eh tak perlulah Dr. Isteri saya ni OK je Dr. Selama ni pun tak rancang, OK je dia. Nak masuk-masuk alat ni tak bahaya ke? Saya rasa tak perlu perancang la Dr. Sayang steady je, kan sayang?”
Eh eh eh.
Abam polis tak boleh ke baca bahasa badan dan riak wajah sang isteri. Aduhai janganlah syok sendiri abam…
#tepukdahi
Ambillah Perancang Walau Tanpa Izin Suami
Dalam merancang keluarga, mengasuh dan mendidik anak-anak, suami isteri perlu work as a team. Tak boleh salah satu bertepuk sebelah tangan.
Kakhana pernah dapat ibu yang dah 2 kali czer, baby baru 6 bulan dah mengandung. Sebab suami tak izinkan ambil perancang. Kat luar sana ramai isteri dalam keadaan tersepit.
Pendapat peribadi kakhana, dalam kes tertentu yang kandungan boleh mengancam nyawa isteri, ambillah perancang walaupun TANPA IZIN SUAMI.
Isteri wajib taat pada perkara yang tak bertentangan dengan agama. Bukankah agama tegah meletakkan nyawa dalam bahaya? Kalau mengandung tu boleh membahayakan nyawa si ibu, sedangkan suami tak izinkan ambil perancang, batal tak kewajipan mentaati suami saat itu? Hmmm #sistanyaje #BiarUstazUstazahVerify
Wahai Suami Fahamkan 5 Penjelasan Merancang Keluarga Yang Anda Wajib Hadam
(BUAT PARA SUAMI MITHALI)
1. MERANCANG KELUARGA ILMU YANG ANDA PERLU TAHU
Salah satu ilmu yang lelaki WAJIB ambil tahu bila kawin selain bab nafkah, penjagaan anak dan pengurusan rumahtangga, kena masuk sekali kesihatan reproduktif, ilmu asas fisiologi kehamilan dan penyusuan, dan tambah jugak ilmu perancang keluarga dari sudut sains dan islam.
Nak kahwin bukannya kena pandai syahadah, baca fatihah dan terer jadi imam je. Ilmu biologi pun penting jugak bang.
2. MERANCANG KELUARGA PERLU KERJASAMA KEDUA-DUA PASANGAN SUAMI ISTERI
Ada kes ibu berisiko tinggi tak nak ambil perancang sebab suami tak bagi, nak rancang sendiri. Tapi pihak suami tak boleh konsisten dan tak mampu beri kerjasama, asyik terbabas dek nak puaskan nafsu sendiri.
Yang menanggungnya isteri juga. Dari mabuk muntah dah macam mayat hidup, letih mengandung dengan segala risiko yang mengancam nyawa, sakit bersalin, cucuk spinal nak operate, kena jahit berlapis-lapis, pastu baby meragam dalam pantang, lelah menyusu lagi. Tu belum masuk nak mengasuh anak-anak kecik lain yang juga dahagakan perhatian.
Tak mustahil, ni boleh jadi punca isteri gila meroyan dan murung lepas bersalin (Postpartum Depression).
Parenthood itu pengalaman indah, tapi ianya tidak mudah. Satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat. Support suami juga sangat penting. Biarlah setiap kandungan itu benar-benar planned and wanted pregnancy.
3. MERANCANG KELUARGA BUKAN BERERTI MENYEKAT REZEKI
Tolong perbetulkan konsep ni. Yes betul, anak itu rezeki. Tapi merancang dan menjarakkan kehamilan tak bermaksud TOLAK REZEKI Allah. Rezeki perlu kita urus sebaiknya.
Macam duit, duit pun rezeki. Tapi kita boleh plan berapa RM nak sedekah, berapa RM nak bagi kat isteri, mak ayah, berapa RM nak masuk simpanan sendiri dan anak-anak, etc etc. Bukannya dapat duit habis berjoli sebab “duit kan rezeki”.
Sama juga, merancang dan menjarakkan kehamilan ni satu kaedah mengurus rezeki yang Allah bagi. Anak-anak memang rezeki, tetapi anak-anak pun amanah. Pendidikan, kesihatan, makan minum, didikan agama, semua tu nanti Allah akan persoal kat akhirat. Jangan lupa juga, kesihatan diri pun amanah. Sebaiknya ukurlah kesihatan, kemampuan, kesediaan diri sebelum mengandung lagi.
4. MERANCANG KELUARGA BUKAN MEMBUNUH
Lagi satu, ada juga yang takut berdosa sebab anggap kaedah perancang keluarga ibarat membunuh janin. Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Merancang ni kita mengelakkan persenyawaan dan mencegah kehamilan, bukannya menggugurkan kandungan. Janin tak terbentuk pun lagi, jadi tak timbul isu membunuh di sini.
5. MERANCANG KELUARGA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM
Kalau kesihatan isteri dah terjejas lepas bersalin, Islam tak larang family planning. Bahkan dalam kes berisiko tinggi, kaedah perancang keluarga sangat dituntut kalau kehamilan tu boleh mengancam nyawa si ibu.
Kehamilan, bersalin, berpantang & menyusukan anak bukan hal kecil. Allah sendiri mengiktiraf pengorbanan wanita dalam beberapa tempat dalam Al-Quran. Kesusahan atas kesusahan, wahnan ‘ala wahnin. Itu yang wanita alami.
Ada satu pasangan, baru kahwin lebih kurang 7 tahun, isteri dah megandung anak ke-5. Masa nak guna perancang, ramai suami “islamik” yang bagi bermacam dalil untuk melarang. Ada yang anggap ia menolak rezeki dan sebagainya. Masa pasangan ni dah hamil anak ke-5 dalam keadaan jarak anak-anak ~setahun sorang, tiba-tiba suami “islamik” tadi mula mencari-cari dalil untuk “menghalalkan” induced abortion (mereka nak gugurkan kandungan) atas alasan tak bersedia dan menjejaskan kesihatan isteri.
Wahai suami, dari awal lagi islam tak melarang kaedah perancang keluarga. Hukum amnya adalah harus.
Berbincanglah & decide sama-sama. Boleh bincang dengan doktor jika ragu.
Suami Janganlah Bangga Dengan Zuriat Berderet
Tak dinafikan, ada juga sahabat kakhana yang memang nak anak ramai 1-2 tahun seorang. Ada yang suami isteri bisnes sendiri, usahawan internet dan mostly duduk di rumah. Suami isteri mengasuh dan didik anak sama-sama, mereka mampu dan mahu. Jika si isteri bukan kategori berisiko tinggi, dipersilakan.
Tapi dalam kes kat atas tadi, dalam keadaan suami pun selalu outstation, tugasan rumahtangga semua letak atas bahu isteri sampai dia sangat letih fizikal, letih emosi dan stress, tak salah kalau suami “kasi can” isteri tu “take a break” dulu dua tiga tahun ke. Bagi hak anak menyusu sampai 2 tahun dulu ke.
Isteri & anak-anak kan amanah. Bukan je wajib bagi perlindungan, tempat tinggal dan makanan halalan toyyiban, tapi jangan lupa nafkah kasih sayang, didikan agama, ajarkan tentang Allah dan Rasul, jaga solat, ajar al-Quran, dan lain-lain.
Suami janganlah begitu bangga zuriat berderet, “hebat aku dapat ramaikan umat Nabi” tapi tetiba lepas tu semua urusan anak-anak pas kat isteri 100%. Eh?
Takutlah pada Allah. Semua amanah ni akan ditanya satu persatu kat akhirat sana.
Sekadar sharing dan pendapat peribadi dari sudut pandang seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. Nasihat terutama untuk diri sendiri.
Peace!
Sumber/Foto : Farhana Ibrahim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kontak Rapat Alif, “Mohon Doa Kalian” Zulin Aziz Jalani Kuarantin & Ujian Saringan Covid-19

Zulin Aziz yang juga salah seorang pelakon yang menjalani penggambaran bersama Alif Satar menerusi entri terbarunya di laman Instagram menerangkan dia juga kena menjalani kuarantin dan lakukan ujian saringan Covid-19.
Akui pelakon dan pelawak itu dia merupakan kontak rapat Alif Satar yang disahkan positif Covid-19.
Zulin Aziz Kuarantin Kendiri Selama 14 Hari

Difahamkan, Zulin Aziz dan Alif Satar terbabit dalam penggambaran drama Penjara Janji terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang diarahkan Jinggo di Melaka. Malah penggambaran drama tersebut juga sudah dihentikan.

Artikel berkaitan: Kontak Rapat Alif, “Mohon Doa Kalian” Zulin Aziz Jalani Kuarantin & Ujian Saringan Covid-19
Alif Satar Disahkan POSITIF Covid-19, Mohon DOA Diberikan Kesembuhan & Kekuatan
Seperti mana yang dikongsi oleh pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz, 31 tahun ini;

“Assalammualaikum,
“Saya kena menjalani quarantine 14 hari dan swab test , di mana saya merupakan salah satu contact rapat Alif di set pengambaran.
“Dengan ini saya mohon maaf kepada producer dan pihak-pihak lain yang sepatutnya saya perlu bekerjasama dalam kerja-kerja, telemovie dan talk show. saya terpaksa cancel kerana dalam tempoh itu,saya perlu menjalani 14 hari quarantine di rumah.
“Saya mohon doa kalian agar kami semua dilindungi dari wabak covid ini dan semoga @alifsatar diberi kesembuhan. Doakan kami yaa?
“Jaga sop, jangan keluar jika tidak ada keperluan, jangan lupa mask dan sanitizer, #kitajagakita” tulis Zulin.

Zulin Aziz Mohon Doakan Keputusan Ujian Saringan Negatif
“Terima kasih semua. Doakan result kami semua negative dan doakan alif sihat ,diberi kekuatan dan kesembuhan melawan wabak ini yaa?mudah mudahan semuanya baik-baik saja, amin ya rab. Allahuakhbar,” luahnya lagi.
“Semoga Semuanya Dipermudahkan”



Sumber/Sumber Foto: Instagram Zulin Aziz
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

“Mak Buang Saya Sebab Cacat