Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
1 Julai lalu bersamaan 17 Syawal 1439H menjadi detik bersejarah buat puteri sulung Datuk Ziela Jalil, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Dr Dziya Faqhran Bin Dato’ Mahmod Fauzi.
Manisnya Julia sepanjang majlis yang mengubah statusnya menjadi seorang isteri. Sama cantik sama lawa, sama padan. Rata-rata tetamu terpesona melihat pengantin baru yang juga seorang doktor ini. Tambah cantik apabila henna putih yang dikenakan pada jari jemari halus Julia itu memukau sungguh corak malah seni ukirannya. Ramai yang memuji ukiran henna putih hasil kerja seni Sheema Henna
Bak kata Julia ketika membalas posting instagram sheemahenna, “Thank you kak Sheema! Semua orang kata cantikk sangat sangat henna tadi. Sedih kena kopek.”
“Hati tisu la baby kak Sheema ni. Tak mo sedih sedih. Awak dah ada babybear kat sebelah tu.” seloroh Sheema Henna membalas komen Julia.
Siapa pun tak nafikan memang cantik sungguh henna putih di jari jemari Julia waktu majlis pernikahannya itu. Malah ketika majlis berinai pada Jumaat malam Sabtunya pun Julia mengenakan henna putih. Namun, ukirannya lebih ringkas.
Pada majlis akad nikah itu, Julia mengenakan busana rekaan Nurita Harith dan dirias cantik oleh jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin. Sebelumnya, Julia dan suami telahpun mengikat tali pertunangan tanggal 12 Mei yang lalu.
Jumaat paginya, Julia menyelesaikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di majlis khatam Al-Quran. Lunak merdu suara malah bacaan tajwidnya juga lancar. Ketika berlangsungnya acara, Julia ditemani qariah ternama negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya.
Majlis tersebut dihadiiri keluarga dan saudara mara, malah turut dihadiri rakan-rakan artis antaranya Erra Fazira, Nina Juren, Umie Aida, Azrinaz Mazhar Hakim dan lain-lainnya.
Kata Erra Fazira dalam instagramnya, “Alhamdulillah.. majlis khatam Quran julia berlangsung dengan baik dan lancar. Semoga Al-Quran menjadi pendamping hidupmu hingga ke jannah.”
“Tahniah kakakku Datuk Ziela Jalil kerana berjaya mendidik anakanda hingga menjadi anak yang berjaya hingga ke hari ini. Mudah-mudahan Julia terus menjadi anak yang solehah hingga kalian bertemu kembali di syurga kelak.
Ini pula doa yang dititipkan oleh pelakon Umie Aida, “Esok detik bersejarah dalam hidup Dr Julia M Junid & Dr Fakran. Selamat melangkah ke alam rumahtangga yang berkekalan hingga ke jannah. Aamin..”
“Tahniah Angah @zielajalil kerana mendidik anak-anak dengan baik dan berjaya. Kejayaan itulah anugerah yang terindah dalam hidup seorang ibu. Semoga sentiasa dalam rahmatNya dan diberkatiNya. Aamin.” tulis Umie Aida ketika merai majlis malam berinai anak rakannya itu.
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Kejayaan seorang ibu, apabila anaknya cemerlang dalam hidupnya. Lebih mencabar apabila anak yang dilahirkan itu istimewa sifatnya. Tentulah penjagaan dan didikan makin berganda. Bagi ibu ini, Nurbaya Khay Hamsan, segalanya tak mustahil buat anak lelakinya yang disahkan Autisme dengan Attention Deficit mahir dalam jahitan.
Dia memberikan pendidikan yang terbaik untuk Dzarif. Sejak Dzarif memasuki sekolah menengah tahun ini, bakatnya makin terserlah.
“Tahun pertama (kini umurnya 13 tahun) di PPKI Sekolah Menengah. Berbeza dengan PPKI Sekolah Rendah, yang mana di sini tumpuannya kepada kemahiran.”
“Ada kelas memasak, bertukang, kraftangan, berkebun dan menjahit. Mula-mula guru masukkan dalam kelas perkebunan. Tapi Dzarif agak kekok. Jadi dimasukkan ke kelas jahitan.”
“Alhamdulullah dia okay. Paling penting dia seronok. Cikgu pun puji dia sebab dapat fokus dengan semua task yang diberi. So far di sekolah dia dah menjahit langsir, skirt, seluar, tudung dan sarung bantal.” tutur ibunya kepada Mingguan Wanita.
Dan ayat gurunya, “saya gembira saya letakkan Dzarif di kelas menjahit….ada bakat rupanya dia. Alhamdulillah.”
Seorang budak yang tak pernah memegang jarum. Tak pernah memegang benang. Tak pernah memegang mesin jahit. Seorang anak autism yang mempunyai Attention Deficit. Yang dikatakan attention span yang sangat sangat pendek. Yang dikatakan akan kebelakang umur dalam 5 tahun masa awal diagnosis.
Semuanya di tangan Allah. Kasih sayangNya. RezekiNya. Syukur.
Bukan mengharapkan kejayaan setinggi langit. Bukan juga mengharapkan simpati atas kekurangan dirinya. Cuma mengharapkan bila tiada kedua ibubapanya nanti, dia dapat menjaga diri. Tidak menyusahkan sesiapa. Hendaknya dia dapat mencari rezeki sendiri. Dan semoga Allah bukakan pintu rezeki nya untuk terus belajar dan dibukakan hatinya supaya sekurang-kurangnya ada kemahiran untuk berdikari.
Tapi ‘Rizalman’ mummy dah ada bunga tantrum. Machine tersekat sebab sekoci tak pasang betul. Nak mak dia handle lagilah..pitams hahahaha. Kita tunggu esok bila hati dan jiwa dah reda sedikit.
Hasil kerja terbaru Dzarif di sekolah. Dari potong kain, jahit tepi dan selesaikan jahitan, semuanya Dzarif lakukan sendiri.
Masa cikgu bagitau ni, sebak rasa. Berlenang air mata. Memang terbit rasa bangga dengan pencapaian yang tidak disangka. Kalau suruh mummy pun, potong kain pun tak lepas.
Hari ni report card day. Bahasa Inggeris 100. A untuk Jahitan, Pendidikan Seni, Jasmani dan BM. C untuk Sains dan E untuk Matematik dan Pendidikan Islam. Walaupun tumpuan cikgu dekat kemahiran, mummy still nak usaha yang E tu dapat at least C insyaAllah.
Ohh mesin kami yang asyik tersekat sekoci tu? Ahbang dah betulkan. Alhamdulillah elok balik. Lepas tu stuck balik. At least tau not the machine yang rosak. Esok-esok kita practise lagi Dzarif.
Sampai dapat buatkan mummy seluar ni okay.
Bersyukur kerana Dzarif dapat seorang guru yang sangat penyayang, committed, bersungguh hendak mengajar anak-anak istimewa ini yang sesungguhnya mencabar.
Dan saya bersyukur guru ini tanpa dipinta akan kirimkan laporan aktiviti Dzarif di sekolah.
Alhamdulillah.
Dan Dzarif pulak kata esok dia sibuk. Ada permintaan khas salah seorang guru ppki memintanya buat sarung bantal lagi.
Tular dakwaan siak masjid merogol jemaah wanita di Melaka. Polis bagaimanapun mengesahkan tiada unsur paksaan dan kes kini diserahkan kepada JAIM untuk siasatan lanjut.