Ziela Jalil Dapat Menantu Doktor, Manisnya Henna Putih Di Jemari Dr Puteri Julia Waktu Majlis Nikah

1 Julai lalu bersamaan 17 Syawal 1439H menjadi detik bersejarah buat puteri sulung Datuk Ziela Jalil, Dr Hajjah Puteri Julia Nabilah Binti Tan Sri Megat Junid apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Dr Dziya Faqhran Bin Dato’ Mahmod Fauzi.

Manisnya Julia sepanjang majlis yang mengubah statusnya menjadi seorang isteri. Sama cantik sama lawa, sama padan. Rata-rata tetamu terpesona melihat pengantin baru yang juga seorang doktor ini. Tambah cantik apabila henna putih yang dikenakan pada jari jemari halus Julia itu memukau sungguh corak malah seni ukirannya. Ramai yang memuji ukiran henna putih hasil kerja seni Sheema Henna

Bak kata Julia ketika membalas posting instagram sheemahenna, “Thank you kak Sheema! Semua orang kata cantikk sangat sangat henna tadi. Sedih kena kopek.”

Hati tisu la baby kak Sheema ni. Tak mo sedih sedih. Awak dah ada babybear kat sebelah tu.” seloroh Sheema Henna membalas komen Julia.

 

 

IKLAN

Siapa pun tak nafikan memang cantik sungguh henna putih di jari jemari Julia waktu majlis pernikahannya itu. Malah ketika majlis berinai pada Jumaat malam Sabtunya pun Julia mengenakan henna putih. Namun, ukirannya lebih ringkas.

Pada majlis akad nikah itu, Julia mengenakan busana rekaan Nurita Harith dan dirias cantik oleh jurusolek terkenal, Datin Saidatulnisa Aminuddin. Sebelumnya, Julia dan suami telahpun mengikat tali pertunangan tanggal 12 Mei yang lalu.

 

Lunak Merdu Suara Dr Julia Alunkan Bacaan Al-Quran

Jumaat paginya, Julia menyelesaikan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di majlis khatam Al-Quran. Lunak merdu suara malah bacaan tajwidnya juga lancar. Ketika berlangsungnya acara, Julia ditemani qariah ternama negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya.

IKLAN

Majlis tersebut dihadiiri keluarga dan saudara mara, malah turut dihadiri rakan-rakan artis antaranya Erra Fazira, Nina Juren, Umie Aida, Azrinaz Mazhar Hakim dan lain-lainnya.

 

Tahniah! Kerana Mendidik Anak Dengan Baik

Kata Erra Fazira dalam instagramnya, “Alhamdulillah.. majlis khatam Quran julia berlangsung dengan baik dan lancar. Semoga Al-Quran menjadi pendamping hidupmu hingga ke jannah.”

IKLAN

Tahniah kakakku Datuk Ziela Jalil kerana berjaya mendidik anakanda hingga menjadi anak yang berjaya hingga ke hari ini. Mudah-mudahan Julia terus menjadi anak yang solehah hingga kalian bertemu kembali di syurga kelak.

Ini pula doa yang dititipkan oleh pelakon Umie Aida, “Esok detik bersejarah dalam hidup Dr Julia M Junid & Dr Fakran. Selamat melangkah ke alam rumahtangga yang berkekalan hingga ke jannah. Aamin..”

Tahniah Angah @zielajalil kerana mendidik anak-anak dengan baik dan berjaya. Kejayaan itulah anugerah yang terindah dalam hidup seorang ibu. Semoga sentiasa dalam rahmatNya dan diberkatiNya. Aamin.” tulis Umie Aida ketika merai majlis malam berinai anak rakannya itu.

Sumber/Foto : Instagram ziela jalil, qippyphotography, sheemahenna, erra fazira, umie aida.