Anak, dambaan bagi setiap suami isteri yang berkahwin. Dia jugalah pengikat kasih sayang pasangan dan dikatakan sebagai pembawa rezeki untuk keluarga. Jangan sesekali menafikan.
Namun, bila anak buat perangai mulalah mak ayah naik angin dan lebih teruk ada yang menganggap anak ini beri bekan kepada mereka. Sedangkan selama ini, merekalah pembawa rezeki untuk keluarga.
Sebab itu, mak ayah jangan terlalu berkira dengan anak dan rasa terbeban. Tanpa kita sedar, mereka inilah banyak memberi rezeki untuk kita. Ada mak ayah cukup risau untuk tambah anak memikirkan tentang perbelanjaan yang semakin bertambah.
Kita tak tahu, anak inilah pembawa rezeki pada keluarga. Daripada tak cukup boleh jadi makin bertambah-tambah dengan kehadiran mereka.
Jadi, teruskan berdoa dan jangan anggap anak ini sebagai beban. Inilah yang dikongsikan oleh I Am Broku tentang apa yang dikatakan anak pembawa rezeki.
Tapi kenapa kalau anak kecil kita yang tak faham sangat bab betul salah, mereka buat salah saja kita nak melenting. Cubit sana sini, jerkah depa?
Betul, kadang memamg perlu tapi mostly kita buat sebab sebenarnya kita sedang dalam keadaan tak berapa nak center sangat.
Kadang sebab bisnes tak jadi, kita bawa mood tu sampai ke rumah.
Anak-anak jadi mangsa emosi kita.
Dalam pada nakal-nakal anak kita tu, sebenarnya doa mereka yang tiada hijab berbanding kita ni. Doa mereka yang Allah akan angkat dahulu.
Kalau boleh kan, tiap malam sebelum mereka nak tidur tu, buat rutin harian. Borak dulu dengan mereka, geletek mereka dan peluk mereka.
Ads
Lepas tu, ajak sama-sama baca doa tidur dan ajak mereka berdoa untuk kita sekali.
‘Ya Allah, bantu mak abah aku dalam bisnes mereka ya Allah. Bagi mak abah aku rezeki melimpah ruah supaya mak abah boleh bahagiakan kami sekeluarga ya Allah’
Baca doa sama-sama, aamiin kan sama-sama.
Lagi bagus minta spesifik terus. Nak RM100k ke bulan ni, nak tukar kereta ke atau nak pindah rumah. Allah kata, hang minta Aku bagi.
Pergilah minta sama-sama dengan anak.
Ads
Bila mak ayah buat hari-hari perkara ini, percayalah akan ada sesuatu perubahan dalam kehidupan kita.
Anak-anak kita kan pembawa rezeki.
Mingguan Wanita : Betul sangat sebab apa yang kita ada ini, kita tumpang rezeki mereka.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
‘Kawan gelakkan anak tak ada ayah.’ Hati ibu luluh, dengar tangisan si bongsu. Memang pedih bila anak yang masih kecil diperlakukan sebegini.
Bayangkan sejak kecil hidup tanpa kasih sayang kerana sang ayah pergi buat selamanya. Kini rakan-rakan pula mengejek tanpa belas kasihan.
Kawan Gelakkan Anak
Padahal kehilangan ayah bukanlah sesuatu yang dipinta, semoga adik kecil ini terus kuat berdepan dengan ujian hidup. Inilah realiti anak-anak sekarang, kurang rasa empati dalam diri.
Seperti mana yang dikongsikan Fedtri Yahya di akaun instagramnya.
Tak Ada Ayah
“Salam abang. Maaf mngganggu. Tapi saya ingin luahkan perasaan. Saya ibu tunggal dan mempunyai anak dua orang.
Saya sudah menjadi balu selama lima tahun. Selama ini bagi saya tiada masalah untuk saya besarkan mereka, dan mereka pun dah faham ketiadaan ayah mereka sejak dari kecil.
Hati Ibu Luluh
Malah selama ini juga mereka cuma merintih kerana rindukan ayah mereka, jadi saya bawa mereka ke kubur arwah. Namun malam ni berbeza, si adik tiba-tiba senyap dalam kereta.
Saya tanya dia, kenapa senyap. Manalah tahu, saya ada buat salah ke atau dia terasa hati dengan abang dia. Tiba-tiba dia menangis.
Dengar Tangisan Si Bongsu
Katanya, kawan dia gelakkan dia tidak ada ayah. Allahuakbar. Luluh hati seorang ibu bila anak menangis sebab tu. Saya tidak tahu hendak cakap apa dekat anak saya.
Saya nangis bersama dia (kebetulan masa itu abang dia tengah potong rambut di kedai). Apa yang saya perlu katakan pada anak saya jika berlaku lagi kejadian ini?
Betul-betul saya rasa sedih sebab di usia sekecil macam ini, mereka sudah hilang kasih sayang ayah. Saya hilang kata semasa si adik cakap macam itu.
Rata-rata warganet bersimpati dengan perkongsian ini dan rata-ratanya mencadangkan agar si ibu mencari solusi dalam menyelesaikan masalah ini.
Mingguan Wanita : Sepatutnya mak ayah mainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak dalam bergaul. Tekankan anak-anak agar ada rasa empati dengan kawan-kawan yang kematian ayah atau ibu, bukan diejek. Mengejek kawan-kawan yang hilang mak dan ayah adalah sesuatu perbuatan yang tidak elok.
Kagum kalau tengok anak yang masih kecil tetapi sudah mampu membaca dengan lancar. Apa lagi kalau di awal usia anak-anak mampu bercakap menggunakan bahasa Inggeris dengan lancar. Itu salah satu tanda kejayaan kecil dalam diri anak.
Agaknya macam mana nak didik anak sampai pandai tahap itu ya?
Haa… apa yang dikongsikan oleh Puan Fauzan N Siti ini sangat berguna untuk mak ayah praktik di rumah dan mungkin dalam kehidupan harian anak. Jom semak!
Didik Anak Minat Membaca
Bukan seorang tetapi ramai sebenarnya budak-budak yang saya jumpa terutama di kelas english haris dan Aisyah yang cakap..
“Best nya tengok haris dan aisyah membaca, saya bukan tak suka membaca tapi tak sempat.. sekolah..balik rumah ada homework, tuisyen..lepas tu dah letih.”
Saya yang dengar ni, sedih hati.
Lama saya tertanya-tanya apakah ada idea-idea yang boleh bantu anak-anak yang bersekolah untuk bina kemahiran dan tanam sifat membaca.
Sampai lah saya jumpa satu family ini, jumpa secara kebetulan di perpustakaan.
Mereka baru balik dari oversea dan bersekolah private di oversea dan juga ke Malaysia.
Saya lihat anak-anaknya macam anak-anak saya, suka… eh, bukan suka tapi gila membaca.
Macam biasalah, i is kepoh-kepoh. Tanya-tanya kot lah homeschooler sebab waktu sekolah tapi di perpustakaan, anak-anak mereka juga fasih berbahasa inggeris.
Lama-lama sembang, ada benda yang menarik minat saya dan memberi jawapan kepada persoalan saya tadi.
Bagaimana nak bantu anak-anak murid sekolah untuk suka membaca, dia kongsi…
Di sekolah anak-anaknya ada sesi.. DEAR
D= Drop E= Everything A = And R = Read
Tengah-tengah belajar matematik ke, sains ke cikgu akan sebut.. DEAR tiba-tiba dan bila-bila masa yang cikgu mahu.
Semua anak-anak murid akan tinggalkan semua yang mereka buat, tengah tulis ke, jawab soalan ke.
Budak-budak perlu capai satu buku (apa-apa buku asalkan bukan buku sekolah) dan membaca utk 10-20 minit.
Di dalam kelas ada rak buku yang menempatkan buku-buku selain buku sekolah milik individu atau sekolah, kiranya ada mini library dalam setiap bilik darjah.
Mereka diajar untuk sentiasa ingat untuk membaca.
MasyaaAllah.
Betapa bagusnya kalau semua sekolah dan bilik darjah ada sessi begini.
Mungkin boleh di usahakan.
Jika ada kenalan saya yang berstatus guru atau ada kenalan guru..boleh lah di kongsikan imput ini.
Benda nampak macam kecil tapi kesannya life long dan hebat.
Ayuh… budayakan sifat suka membaca dalam anak-anak.
Jom DEAR!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pilunya hati hanya 3 hari Azmi sempat bergelar bapa. Tiada siapa yang dapat membaca takdir yang tertulis.
Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya Nazirah Muhammad terpaksa harungi kesedihan dan menerima suratan takdir selepas perginya cahaya mata sulung mereka.
Azmi dan Nazirah Muhammad sudah berkahwin selama 10 tahun, tiga hari lalu mereka cukup gembira selepas menimang cahaya mata pertama.
Pilunya Hati Hanya 3 Hari Azmi Sempat Bergelar Bapa
Pasangan ini hanya sempat bergelar ibu dan ayah selama tiga hari selepas anak sulungnya, Khairul Afnan, disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Berita duka itu dikongsikan sendiri Azmi menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya yang reda dengan pemergian anakanda tercinta.
Difahamkan, Afnan berdepan dengan masalah fungsi otak selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.
Sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu, Afnan dipakaikan alat bantuan pernafasan dan sepatutnya menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), namun doktor tidak sempat berbuat demikian.
Allah Lebih Sayangkan Afnan
Namun takdir menentukan segala-galanya. Allah lebih sayangkan Afnan. Semoga Azmi dan isteri tabah mengharungi ujian dari yang Maha Esa.
Pengalaman Luar Biasa Saat Kali Pertama Dengar Suara Afnan
Mengimbas kembali hantaran selepas lahirnya Afnan sebelum ini, Azmi berkongsi di Instagram tentang pengalaman luar biasa saat kali pertama mendengar suara Afnan yang baru sahaja menjengah dunia.
“Apa pun anugerah atau kejayaan yang pernah saya terima sebelum ini tidaklah terlalu menyentuh hati.Itu hanyalah sekadar warna yang indah dalam kehidupan saya.
“Namun, pengalaman semalam benar-benar luar biasa. Takkan mungkin saya lupakan.
“Airmata kesyukuran meluncur keluar saat kali pertama mendengar suara Afnan yang baru sahaja dikeluarkan dari perut ibunya.
“Saya dapat sentuh Afnan dalam keadaan badannya masih basah melekit. Ya Allah, terima kasih atas anugerah ini.
“Moga Afnan membesar menjadi anak yang soleh. Sentiasa menghambakan diri pada Allah, menyangi dan mencintai Rasulullah, sentiasa dalam kebaikan di Dunia dan Akhirat” luah Azmi.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.