Pilih lampin terbaik untuk anak kecil yang masih lembut kulitnya memang satu perkara stress untuk mak ayah muda. Lagi-lagi baru kali pertama bergelar ibu.
Suami isteri tak tidur malam, mata lebam, anak merengek.. itu biasalah jadi bila dalam pantang. Masing-masing, baik isteri, anak mahupun suami masih mencari keserasian.
Kongsi Eizan Ariffn, mantan editor majalah Pa&Ma yang juga mak anak enam ini , dirinya pun sama pernah berdepan situasi sukar waktu pertama kali bergelar ibu.
“Terkenang balik macam mana blur nya saya masa kali pertama pegang title ‘mama’ 18 tahun lalu. Mak-mak sekarang ni untung sebab kalau tak tau nak handle apa-apa terus whatsapp kat grup, buat posting kat fb ig dan lain-lain minta pendapat….dan beruntung ramai yang bantu berkongsi cara settle kan.”
“Masa saya dulu, kalau dah buntu sangat telefon kakak, telefon mak, telefon abang ipaq pun pernah sebab baby selalu kembung. Tapi benda-benda ni semua proses. Lama-lama kita akan belajar.”
Beliau sertakan beberapa tip yang mudahkan mak-mak muda berdepan kerisauan menjaga anak kali pertama.
Cara Pilih Lampin Yang Elok Dan Bebas Ruam, Ini Tipnya
Baiklah…bab lampin apa yang elok tu kan, perkara pertama ‘sila tanya poket awak’. Sesuai tak harga lampin tu dengan bajet kewangan. Jangan kerana lampin, awak kena srettt… sretttt kredit card. Almaklum, lampin yang selalu orang kata elok ni boleh tahan harganya.
Ads
Jangan juga sebab lampin yang mahal dan berjenama tu, awak ‘terpaksa lupa’ bajet lain
yang penting untuk anak. Contohnya tak cukup bajet nak ambil saving/education/medical plan kat anak-anak. Kena beringat bab-bab ni. Saya pesan jer… selebihnya fikir lah sendiri.
Sungguh… saya mengaku saya tak pernah beli lampin berjenama hebat ni; pilih yang sederhana. Saya ni tak terlalu cerewet. Saya tak de spesifikasi khas untuk lampin ni. Asalkan sesuai dan tidak memudaratkan, saya On jer.
Alhamdulillah, anak-anak jarang kena ruam lampin. Kalau kena ruam pun, puncanya salah saya sendiri sebab lambat tukar. Kalau lambat tukar sampai lampin tu dan ronyok, kemek… mestilah ada risiko bocor kan.. Apapun, ada juga baby yang memang buang air banyak. Jadi, itu kes berbeza lah. Mak-mak kena lah invest.
Pernah masa mengandungkan #BbZahra saya semangat beli 10 pcs CD (cloth diapers). Kononnya nak cuba natural way. Bila buat kiraan, ya memang lebih jimat! Tapi, pakai lah 2-3 kali. Yang belum guna pun ada ni haaa.. adoii… rupanya tak berapa nak rajin cuci CD ni.
TAPI….kalau baby awak dah guna macam-macam lampin pakai buang tapi masih kena ruam.. sila tukar pakai CD!
Ads
Ada Juga Yang Tanya Cara Nak Putihkan Kulit Baby
Aisshhh… orang perempuan ni memang suka betul bab putih-putih ni. Sampai ke kulit anak pun dia nak putihkan.
Kulit baby ni sensitif. Jangan letak macam-macam losyen, bimbang lain jadinya. Saya dulu sapu baby oil jer untuk elakkan kulit kering. Kemudian ada juga guna losyen Baby Johnson tu. Bagi anak yang kulit sensitif, saya guna Sebamed (sabun, syampu, diaper lotion).
Bab kulit putih ke idok tu jangan kisah sangat asalkan baby sihat.
Ads
Bayi Batuk Dan Selesema, Mak Boleh Guna Petua Ini
Untuk masalah anak kecil yang selalu selesema dan batuk, dulu saya selalu beri anak minum madu. Sampai sekarang stok madu sentiasa ada. Tapi saya ni selalu culas.
Kalau anak-anak ada masalah ni.. cepat-cepat beri madu, perah sikit lemon. Kalau tak pun, bancuh madu dengan air suam, perah lemon beri mereka minum. In Shaa Allah…lega.
Lagi satu rajin- rajin buat fisioterapi kat anak kalau kahak banyak. Cara buat boleh jer google.
Terima kasih yang sudi baca sampai habis ya. Kalau nak tulis info lain memang berjela-jela jadinya. Sebab ada lagi cara dan teknik lain redakan batuk dan selesema ni. Bab sedut hingus anak belum sentuh tu.
Cinta sahaja tak cukup, “Pilih & berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kamu”. Benar tu, terimalah buruk baik pasangan kita seadanya.
Ini kerana perkahwinan itu sebenarnya menyatukan dua insan yang serba kekurangan dan tak kan pernah terlepas daripada menempuh dan melalui pelbagai fasa ujian.
Cinta Sahaja Tak Cukup
Sememangnya kita semua tidak sempurna, baik suami atau isteri, sama-sama tidak sempurna dalam menuju sebuah perkahwinan yang bahagia.
Hidup ini ujian dan Allah datangkan ujian kepada setiap hambanya dalam pelbagai bentuk.
Sememangnya dalam rumah tangga banyak onak duri yang perlu diharungi bersama. Ikuti perkongsian bermanfaat yang dicoretkan oleh saudara Syafiq Ridhwan menerusi perkongsiannya di Facebook.
“Cinta sahaja tak cukup.
“Pilih dan berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kalian dan membuat kalian menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa.
“Dan dalam tempoh kehidupan dan perkahwinan kalian ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang kalian akan tempuhi.
“Kadang-kadang terlepas cakap. Kadang-kadang termarah dan dimarahi. Kadang-kadang berasa geram.
“Kadang-kadang rasa diabaikan. Kadang-kadang berselisih faham itu perkara biasa.
Kita Rapuh
“Ini semua akan terjadi. Kerana apa? Kerana kita semua manusia. Kita rapuh. Kita mudah untuk mengambil hati walaupun dengan sekecil-kecil perkara.
“Mengharapkan semuanya akan berjalan dengan cantik, tiada cacat-cela, sempurna hanyalah angan-angan yang sentiasa boleh didambakan. Namun, ia tidak realistik sama sekali.
Perkahwinan Hanya Sekali
“Duit, masa, pengorbanan. kesihatan, semua ini akan datang menguji.
“Ingatlah, majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan dibina itu mendambakan masa hingga ke akhir hayat. Dan percayalah.
“Memilih dan berkahwin dengan orang yang sebetulnya adalah kunci,” kongsi Syafiq Ridhwan yang ternyata boleh menjadi manfaat buat pasangan di luar sana.
Rupanya pemilihan nama anak ketiga milik pasangan diraja ini mempunyai simbolik yang tersendiri. Putera William dan isterinya, Kate menamakan bayi lelaki mereka, Louis Arthur Charles, Istana Kensington membuat pengumuman itu hari ini. Kenyataan istana menyebut, bayi diraja itu akan memakai gelaran His Royal Highness Prince Louise of Cambridge.
Penghormatan Buat Bapa Saudara William
Nama itu memberi penghormatan kepada bapa saudara William, Louis Mountbatten, yang dibunuh IRA (pergerakan separa tentera Ireland) pada 1979, manakala Charles adalah bapa William.
Bagai menepati ramalan, Arthur menjadi nama kegemaran untuk anak ketiga pasangan diraja ini. Nama Louis pula adalah ke-71 popular di England dan Wales ketika ini.
Terdahulu, Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.Bayi diraja itu lahir seberat 3.8 kilogram pada jam 11.01 pagi waktu tempatan, pagi Isnin lalu. Dua lagi anak pasangan ini, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.
Louis merupakan cicit keenam Ratu Elizabeth, yang berusia 92 tahun Sabtu lalu dan suaminya, Putera Philip.
Zaman muda, perasaan nak tahu apa saja dan terokai dunia sentiasa membuak-buak. Masa inilah kawan mesti sentiasa ada untuk bersuka ria dan berkongsi cerita. Belum lagi dapat bercuti dan keluar bersama-sama.
Kalau boleh masa muda inilah nak rasai pengalaman dan bersuka ria. Belum lagi ‘bergosip, dengan kawan-kawan. Opss…Malah, darh muda ini, hatinya cepat panas, memberontak, tak suka ini dan itu. Semua ada.
Tapi, bila usia makin meningkat, perangai pun dah sedikit demi sedikit berubah. Kurang rasa panas baran, tak suka. Lebih penting, bila dah mendirikan rumah tangga, perempuan biasanya akan lebih menumpukan kepada rumah tangga.
Kiranya zaman bersuka ria atau orang cakap ‘zaman laro’ itu dah tak ada dah. Ini belum lagi perubahan pada diri kita. Makin menua, lebih fikirkan kepada dunia akhirat dan tak tahu bila ajal akan tiba. Betul tak?
Inilah perubahan ketara bila perempuan makin menua. Nak tahu apa lagi, ikuti perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop ini ada benarnya.
Orang perempuan bila dia sedar dia makin ‘menua’….
1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.
2. Dah tak ada kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.
3. Dia dah tak berapa nak membeli terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun tak apa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.
4. Dia malas layan drama. “Ikut kau lah Bedah”. Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.
5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.
6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.
7. Dia banyak bersendiri. ‘Me time’ dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. ‘Me time’ sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.
8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, tak apa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.
9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.
10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar…’Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian’.
11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.
12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan ‘hati’. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.
Mingguan Wanita : Zaman muda dah berlalu. Sekarang tumpukan pada keluarga dengan besarkan anak-anak dan nak hidup tenang-tenang, malas nak fikir perkara remeh temeh. Buang masa.
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...