Mak 30-an Sila Guna Putih Telur Dan Kapas Buang Blackhead Dekat Hidung, Ini Caranya

Antara masalah kulit yang selalu saja dialami oleh wanita usia 30-an dan ke atas adalah whitehead, blackhead, jerawat dan jeragat. Banyak punca sebabkan masalah kulit ini, antaranya pemakanan tak seimbang, persekitaran tak bersih, hormon wanita yang tak stabil, penjagaan wajah yang tak sempurna malah penggunaan produk kecantikan yang kurang sesuai.

Bila umur makin meningkat, kulit wajah juga berubah mengikut peningkatan usia. Selain gunakan produk kecantikan yang ada di pasaran, mak 30-an dan ke atas boleh mencuba petua merawat wajah yang banyak dikongsikan dan berkesan.

Tentunya perkongsian sebegini, sudah ada testimonial daripada individu yang berkongsi petua-petua cantik ini. Salah seorang yang telah mengirimkan petua menghilangkan whitehead, blackhead pada sekitar wajah adalah Yanie Rosdi.

Katanya, “Stress bila whitehead penuh di muka terutama di sekitar zone T. Saya kongsikan cara paling jimat untuk buang whitehead degil itu.”

DIY Buang Blackhead/Whitehead Serendah 40 Sen

Syarat : Muka mestilah diwapkan dengan air suam dulu untuk buka pori-pori supaya lebih terangkat.

Rujuk Caranya Ikut Panduan Bergambar Di Bawah

 

Mak 30-an Sila Guna Putih Telur Dan Kapas Buang Blackhead Dekat Hidung, Ini Caranya
Sediakan sebiji putih telur dan 3 keping kapas muka.

 

 

IKLAN
Mak 30-an Sila Guna Putih Telur Dan Kapas Buang Blackhead Dekat Hidung, Ini Caranya
Rendam kapas tersebut di dalam putih telur. Rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.

 

 

Mak 30-an Sila Guna Putih Telur Dan Kapas Buang Blackhead Dekat Hidung, Ini Caranya
Barulah tampalkan kapas bertelur di sekitar zone T dan tunggu sehingga 1 jam.

 

 

Mak 30-an Sila Guna Putih Telur Dan Kapas Buang Blackhead Dekat Hidung, Ini Caranya
Tadaaa. nampakkan blackhead dah terangkat dengan jayanya. Cuba konsisten buat seminggu 2X dan tengok hasilnya nanti.

 

IKLAN

5 Cara Nak Kurangkan Timbulnya Whitehead / Blackhead Sekitar Hidung

Punca masalah kulit wajah dah diterangkan di atas. Mak 30-an sebenarnya boleh kurangkan berhadapan masalah kulit wajah. Ini antara panduan yang mak-mak boleh cuba.

1. Kurangkan Makan Makanan Bergoreng / Berminyak

Memang sedapkan makanan bergoreng dan berminyak ni. Contohnya macam ayam goreng rangup dan sebagainya. Jadi nak bagi kulit makin cantik, cubalah gantikan makan tu dengan sayuran hijau dan buah-buahan segar. Kan dah terbukti, pemakanan seimbang itu dapat mengembalikan kesihatan diri dengan baik.

2. Urus Emosi Dengan Baik

Sebab salah satu punca kulit wajah kusam, berjerawat dan sebagainya disebabkan hormon yang tak balance. Bila hormon tak seimbang, anda akan cepat marah malah migrain. Sebaiknya, dapatkan rawatan daripada doktor untuk pulihkan kembali masalah hormon. Dari situ, anda juga perlu belajar cara uruskan emosi dengan baik. Bertenang dan banyakkan bersabar.

3. Minum Air Putih Secukupnya

Ikut jumlah yang diperlukan oleh tubuh kita. Setiap orang berbeza kerana ia perlu dikira mengikut kadar berat badan seseorang. Jangan terkurang kelak ia akan memberi kesan pada kelembapan kulit wajah. Sebaiknya ambillah air mineral, atau air masak yang ditapis. Kesannya lebih bagus.

IKLAN

Mak 30-an Sila Guna Putih Telur Dan Kapas Buang Blackhead Dekat Hidung, Ini Caranya

 

4. Cuci Muka Dengan Pembersih Yang Sesuai

Setiap kulit wajah mak-mak berbeza jenisnya. Ada yang berminyak, normal malah kering. Carilah pencuci muka yang sesuai supaya tak timbul masalah jerawat.

Kalau mak-mak masih confius dengan jenis kulit, berjumpalah dengan pakar estetik untuk dibantu mendapatkan bahan kecantikan yang sesuai untuk kulit wajah anda.

Salah memilih produk pencuci juga boleh sebabkan blackhead dan whitehead bertambah dengan banyaknya. Jadi berhati-hatilah ya. Lebih susah hati, bila mencuci wajah tak bersih akan sebabkan pori-pori makin tersumbat.

5. Ambil Vitamin C Dan E

Sama ada vitamin C mahupun E, kedua-duanya cukup baik untuk kulit wajah mak-mak. Vitamin itulah yang buatkan kulit makin flawless, lembap dan kemerah-merahan. Selain ambil vitamin C dan E yang dijual di pasaran, mak-mak boleh dapatkannya dengan makan buah oren, buah jambu hijau dan makan kaki ayam untuk tambahkan kolagen pada kulit sendiri.

Sumber/Foto : Yanie Rosdi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI