Majalah Time nobat wanita hebat Michelle Yeoh Ikon 2022. Anak kelahiran Malaysia, yang juga bintang Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 60 telah diiktiraf sebagai Ikon Tahun 2022.

Tanda pengiktirafan beliau terhadap sumbangan besarnya kepada industri perfileman telah diberikan oleh majalah antarabangsa terkemuka, Time.

Majalah Time Nobat Wanita Hebat Michelle Yeoh Ikon 2022

Melalui perkongsian di akaun Instagram majalah itu, Time mengumumkan pemilihan pelakon berasal dari Ipoh, Perak itu dibuat atas pencapaian Yeoh yang dianggap bintang paling berpengaruh di Asia sejak berdekad-dekad lamanya.

Malah pada kapsyen di hantaran tersebut juga Time memperakui Yeoh sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.

Selain itu Time turut menyebut penampilan sulung Yeoh dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti filem besar lain seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Watak Isteri, Ibu Selamatkan Dunia

Wanita hebat ini juga menurut Time, filem ‘box office’, Everything Everywhere All at Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan bintang itu dalam senarai pelakon nombor satu Hollywood.

IKLAN

Penampilan Yeoh dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu dianggap detik yang sudah lama dinantikan di mana nama bintang itu menjadi sebutan ramai, malah ramai percaya Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak dibawanya dalam filem terbabit.

Hantaran itu memetik temubual Yeoh bersama @lucyfeld yang antara lain, pelakon itu memberitahu:

“Saya ada memikirkannya. Bukan saya saja, saya fikir seluruh komuniti Asia turut memikirkannya. Mereka datang kepada saya dan beritahu, kamu melakukan ini untuk kami.”

Hantaran dimuat naik Time di Instagram itu turut dikongsi Yeoh yang mengucapkan terima kasih kepada majalah itu dan mengakui dirinya diberkati atas pengiktirafan diberi.

IKLAN

Ogos lalu, Yeoh yang membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Untuk rekod, Yeoh memulakan karier seni selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Yeoh kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London. Meneruskan langkah Yeoh menyertai pertandingan Miss International Tourism Quest dan muncul pemenang, lantas membuka laluan kepada dunia lakonan apabila terpilih menjayakan projek komersial bersama Jackie Chan hingga menarik perhatian penerbit filem Hong Kong, D&B Films.

Antara filem lain lakonan Yeoh adalah Memoirs of a Geisha yang ditayangkan pada 2005, Reign of Assassins (2010), Kung Fu Panda 2 (2011) dan The Lady (2011) di mana Yeoh membawa watak Aung San Suu Kyi.

Baca Disini : Wanita Kesayangan Rakyat Malaysia, 32 Calon Wanita Daripada 127 Bertanding Kerusi Parlimen Dapat Mandat PRU-15

IKLAN

Kenal Di Twitter, Wanita Beranikan Diri Ajak Taaruf & “Pinang Bakal Suami”. Sweetnya Berakhir Di Pelamin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TIME (@time)

 Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Datuk Michelle Yeoh

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI