Tahniah diucapkan buat pelakon Luqman Hafidz dan isteri yang bakal menimang cahaya mata pertamanya bulan hadapan. Isterinya kini sedang sarat mengandung.
Terdahulu Luqman telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi pada bulan Mac lalu ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkongsian gembira ini dibuat oleh Luqman, 30, menerusi perkongsian di laman Instagramnya dengan memuatnaik foto terbaharu bersama isteri beberapa hari lalu.
Ads
“Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini, insya-ALLAH. Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan famili lepas pengumuman. Amin,” ujarnya.
Berita tersebut menarik perhatian rakan-rakan dan para pengikut di laman Instagrammnya yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat keluarga pelakon filem Ola Bola itu.
Beruntung orang tuanya kerana punya anak-anak yang sentiasa ingat akan mak-ayah. Tentunya, hasil didikan yang baik dari mak ayahnya. Anak sulung ini, Syazwan Hasanul berkongsi cerita susah payah abahnya bekerja sebagai tukang rumah demi menyara keluarga, membesarkan lima orang anak.
Dengan pendapatan tukang rumah abahnya itulah mereka adik beradik dapat melanjutkan pelajaran. Dan akhirnya mendapat pekerjaan yang baik. Mengenangkan jasa abah dan susah payahnya membesarkan mereka, anak sulung ini permudahkan urusan orang tuanya bina rumah baru.
Malah berpakat adik-beradik hadiahkan kereta baru untuk abahnya. Indah kisahnya.
Saya nak cerita pasal kisah hidup abah saya seorang tukang rumah. Kami adik-beradik dibesarkan di rumah sewa dari kecik sampai la besar dan sampai la saya masuk kolej.
Hidup kami tak lah senang sangat.. kadang cuti sekolah ikut la abah gi tukang umah orang, dari form 1 memang dah ikut.
Dari kecik teringin kami nak duduk rumah sendiri, tapi for us, its ok sebab kami tahu abah tak mampu.
Abah kerja sendiri, gaji hari. Mana la ada sejumlah duit yang banyak untuk buat rumah, nak buat pinjaman susah sekali.
Tapi ada sesuatu yang abah berjaya buat untuk anak-anak dia.
Saya anak sulung. Alhamdulillah dengan penat jerih abah sekolahkan kami. Saya sentiasa dapat result cemerlang dari UPSR, PMR, SPM dan akhirnya bekerjaya.
Adik kedua sama la macam saya jugak, sekarang seorang guru, and adik-adik yang lain juga berkelulusan tinggi.
Sepanjang hidup saya, dari belajar sampai la keje niat saya satu je. Semua benda untuk mama dan abah saya.
Masuk je kerja, terus saya buat personal loan dan bagi semuanya pada abah. Campur dengan duit simpanan abah siaplah rumah keluarga kami. 1 Ramadan 2012 kami naik rumah baru.
Abah tukang rumah, rumah tu dia sendiri yang bina. Kemas kan, straight cantik je. Kalau abah saya buat rumah kat taman perumahan jangan risau lah konfem takyah hantar borang defect punyer… hehe gurau.
By the way, perasan tak Nissan Sunny JCY 7132 dalam gambar tu kereta lama abah. Punya la lama abah pakai, sampai bocor atap, tampal-tampal pun bocor. Nasib baik tak taruk awning je kat atas kereta tu.
Akhirnya kami adik-beradik pakat-pakat hadiahkan kereta baru kat abah.. Nissan Sylphy. Kitorang suprisekan Sunny tukar jadi Sylphy.
Kereta tu ada button sport mode, senang abah dan mama nak speeding time weekend. Hadiah kami ni kecil sangat kalau nak bandingkan pengorbanan abah yang takkan terbalas sampai bila-bila. Kami hidup dari kecil dengan hasil dari seorang tukang rumah.
Anak beranak ini mengambil keputusan untuk ambil gambar terakhir berpegangan tangan di ICU setelah dijangkiti Covid-19. Selepas 24 jam ambil gambar, ibu meninggal dunia.
Sudah tentu si anak berharap ibunya tetap di sisi setelah sama-sama dimasukkan ke ICU. Namun takdir menentukan segalanya bila ibunya pergi dulu.
Seorang anak di London, tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa ibunya hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup setelah mereka dijangkiti Covid-19.
Laporan Metro.co.uk memberitahu, dua beranak itu dikenali Anabel Sharma, 49, dan Maria Rico, 76, dimasukkan ke hospital pada pertengahan Oktober lalu sebelum ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) di London disebabkan kesukaran bernafas.
Dua minggu kemudian, pasangan berkenaan disatukan dalam bilik yang sama setelah melihat kesihatan Maria mengalami kemerosotan teruk.
Sebelum pemergian Maria, Anabel telah mengambil gambar terakhir mereka sambil berpegangan tangan di ICU.
Tanpa diduga, selepas 24 jam, Maria akhirnya meninggal dunia pada 1 November lalu.
Mengimbau kembali pengalaman itu, Anabel mengakui itu adalah memori paling sedih yang dirasainya kerana kehilangan ibu tersayang akibat Covid-19.
“Semasa di dalam ICU, kami tidak boleh berbual seperti biasa kerana masing-masing memakai peralatan oksigen. Jika membukanya, oksigen akan berada
pada paras rendah, sekali gus menyukarkan untuk kami bernafas.
“Kami ada juga berbual tetapi menggunakan jururawat sebagai perantaraan,” katanya pada Ahad.
Anabel yang menghidap asma menghabiskan lima minggu dalam rawatan intensif dan menyaksikan pengebumian ibunya melalui skrin layar dari biliknya.
Ibu kepada tiga anak itu telah berkongsi kisah duka berkenaan di laman sosial Facebook Humans of Covid-19 yang diwujudkan oleh seorang doktor London bernama Benji Rozen untuk meningkatkan kesedaran mengenai realiti wabak Covid-19 kepada masyarakat.
“Saya terpanggil untuk berkongsi kisah ini dengan orang ramai. Ia boleh dijadikan iktibar selain meningkatkan kesedaran betapa bahayanya Covid-19,”
MW: Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua, ternyata virus Covid-19 tidak mengenal sesiapa pun. Oleh itu dalam keghairahan kita bebas ke sana, sini beringatlah bahawa nyawa mak ayah serta keluarga lebih penting daripada segalanya.
Luah Ummi Nazeera di laman sosial, Twitter, “Dan anda semua, tolonglah bertimbang rasa. Kesianlah dekat frontliners. Diaorang (mereka) pun ada family”.
Peningkatan semula kes virus pandemik Covid-19 sejak Oktober lalu sememangnya menimbulkan kebimbangan bagi sesetengah rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja, peningkatan itu secara tidak langsung memberi tekanan semula kepada frontliners terutamanya yang berkhidmat sebagai doktor dan jururawat apabila perlu bekerja dalam tempoh yang lebih panjang bagi merawat pesakit Covid-19 yang terus meningkat.
Salah seorang yang turut merasakan kesannya adalah pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera.
Suami Ummi, Dr Mohd Izzar merupakan frontliner yang bertugas di sebuah hospital.
Menurut Ummi, 30, dia begitu merindui suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dan berharap Covid-19 lenyap secepat mungkin.
Seperti mana yang diluahkan Ummi menerusi akaun Twitternya;
“Saya berdoa agar Covid-19 lenyap secepat mungkin. Tidak sabar menanti vaksin di bawa masuk ke sini.
“Kesian frontliners bekerja siang dan malam termasuk suami saya. Tolonglah, kami mahu pasangan kami pulang semula.
“Dan anda semua, tolonglah bertimbang rasa. Kesianlah dekat frontliners. Diaorang (mereka) pun ada family”.
Ia juga memberi kesan kepada keluarga frontliners kerana sukar untuk bertemu seperti biasa.
Malah difahamkan juga, ramai yang bersetuju dengan luahan Ummi dan marah dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih keluar bercuti dan bersesak biarpun dalam situasi seperti ini.
Sumber / Sumber Foto : Twitter & Instagram Ummi Nazeera
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...