Perkataan ‘membawang’ seringkali digunakan membawa maksud, suka bergosip, mengata, bercerita hal sendiri mahupun orang lain. Wanita lumrahnya suka bercerita macam-macam perkara termasuklah berkongsi di media sosial seperti Facebook. Namun sebenarnya tanpa sedar sikap menjaja cerita ini boleh meretakkan hubungan dalam perkahwinan dan hubungan dengan orang sekeliling.
Dilema sungguh seorang suami apabila beristerikan wanita yang suka dan kuat membawang.
Baca perkongsian oleh En Hairul ini, sebagai peringatan dan pesanan buat para isteri.
Assalamualaikum semua. Aku suami, tajuk tu agak lawak tetapi sebenarnya luahan aku ni serious. Isteri aku ni asal dari luar bandar. Seorang rajin memasak dan menjaga hal rumahtangga. Biasalah mana ada manusia perfect.
Suka Kongsi Hal Rumahtangga
Kelemahan isteri aku ni dia suka share hal rumahtangga dekat orang luar. Membawang, sampai digelar ‘Maria Bawang’ oleh jiran-jiran aku. Dahulu takde Facebook, so dia membawang dengan “ahli mesyuarat tingkap” je.
Sejak teknologi makin moden ni, makcik-makcik bawang pun dah upgrade menjadi lebih moden. Terlalu bangga kerana dapat bersuamikan seorang cikgu. Sampaikan master aku pun ditayang di FB. Siap cakap, wanita tak perlu nak sambung belajar, cari saja suami yang educated. Adoii…
Aku bekerja sebagai cikgu sekolah. Masa aku banyak habis disekolah. Disebabkan tak tahan diperli oleh jiran-jiran, sampaikan kain pelekat aku terkoyak pun jiran dapat tahu, aku suruh isteri aku menyambung pelajaran, at least dia busy dengan benda baru. Tapi dia menolak dengan alasan dah tua.
Ya Allah, umur baru 27 tahun. Anak seorang tu pun aku yang bawa ke taska setiap hari. Isteri tidak mahu menjaga di rumah kerana dia memberi alasan menjaga anak ni tanggungjawab lelaki. Kebetulan taska tu adalah milik kakak aku, aku pun hantar je la anak ke sana.
Ads
Mengadu Di Facebook
Sikapnya makin melampau apabila mula berjinak dengan Facebook, habis hal rumahtangga kami dijaja, jika aku marah dia, dia akan mengadu di facebook. Mulalah tag nama aku dekat mana-mana artikel suami isteri. Kononnya ibarat aku tidak boleh menjadi suami yang baik.
Bila aku tak balas, dia mula buat gila dengan create fb fake letak nama aku. Kononnya untuk tunjuk aku komen balas dengan isteri. Tak ke gila semua tu. Ada satu kes minggu lepas, dengan IIUMC confession mengenai lelaki kawin dua.
Macam biasalah dia tagged aku, lepas tu kononnya aku balas balik loving-loving gitu kat ruangan komen. Sampaikan kawan aku terbaca, dan perli-perli aku didalam group wassap, sedangkan aku tak tahu menahu apa pun. Aku semakin stress. Nak marah isteri, nanti dia mengadu kat FB.
Cemburu Ibu Mertua
Bulan lepas, kebetulan birthday isteri dan ibu dibulan yang sama. Setiap tahun kebiasaan aku akan belikan hadiah untuk mereka. Isteri, aku belikan emas dan ibuku aku belikan beg tangan jenama. Selepas sambutan majlis hari jadi, isteri bermasam muka dengan aku, update segala di FB mengatakan aku suami tak adil, utamakan ibu sendiri dan segala diluahkan disitu sehingga adik aku berasa hati.
Ibu dapat tahu, dan memulangkan kembali beg tangan tersebut dan mengatakan, aku perlu utamakan isteri dahulu daripadanya. Aku tahu, ibu sedih. Isteri seolah tidak menghargai mempunyai ibu mertua yang tidak langsung masuk campur didalam urusan keluarga kami. Apa saja tidak kena dimatanya.
Ads
Ada kawan sekerja juga menegur aku untuk mengawal sikap isteri, tetapi aku dah cuba sedaya upaya, tetapi isteri tetap tidak mahu dengar kata. Jiran-jiran ramai yang anti dengan keluarga aku disebabkan tidak tahan mulut isteri yang champion didalam membawang.
Kawan Suruh Kahwin Lagi
Diri aku, pada dahulu lagi memang aku tetapkan apa saja yang datang aku akan miliki hanya satu sahaja. Termasuklah mempunyai hanya seorang isteri. Ramai suggest suruh aku kawin lagi, tapi, amanah allah berikan kepada aku walaupun hanya seorang, aku tetap gagal untuk didik. Apatahlagi menyuruh aku menambah cawangan, makin parah kehidupan aku nanti.
Selalu aku memohon doa supaya Allah menyedarkan isteri aku. Aku ini cikgu, tugas aku mendidik anak bangsa, tetapi aku gagal mendidik isteri aku sendiri, cukup sedih rasanya. Isteri aku, apabila mengomen punyalah pandai ibaratkan kauselor, tetapi dia lupa, rumah sendiri pun hampir roboh kerana perangainya.
Anak Sumber Kekuatan
Itulah kehidupan sebagai seorang suami kepada the lady of bawang. Doakan aku semoga aku kuat. Imran, anak aku itulah menjadi kekuatan untuk aku terus hidup didalam rumah ini.
Ads
Kepada wanita sekalian, jangan terlalu mendongak ke langit sekiranya anda sudah berkahwin dan mempunyai suami yang baik, ada yang saya melihat terlalu bangga dengan apa yang dianugerahkan kepada mereka.
Jika ada kekurangan, wajib selesai diantara dua belah pihak sahaja. Dunia tak perlu tahu masalah dalaman kita. Hati-hati apabila berkata-kata.
Ikhlas,
Suami kepada the lady of bawang malaysia.
– Hairul (Bukan nama sebenar)
MW: Pesanan buat para isteri, berpada-padalah dalam berkongsi cerita. Seeloknya segala hal rumahtangga biarlah disimpan sendiri,tak perlu dikongsi dan dijaja di media sosial mahupun pada orang luar.Kelak boleh membuka aib suami, sekaligus mampu meruntuhkan rumahtangga sendiri.
Sedih sungguh setelah dua tahun PJJ (perhubungan jarak jauh) dan menanti zuriat, suami pergi sehari selepas tahu bakal bergelar ayah. Ternyata berat sungguh ujian ini.
Setelah mendirikan rumah tangga, setiap pasangan tentu saja menantikan kehadiran cahaya mata. Namun begitu tidak semua direzekikan zuriat cepat, ada setengah pasangan perlu berusaha bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.
Itulah yang dialami oleh sepasang suami isteri yang terpaksa berjauhan kerana mempunyai tugas dan tanggungjawab dek kerana pekerjaan masing-masing.
Dua Tahun PJJ & Menanti Zuriat
Sebelum ini, pasangan ini hidup PJJ selama dua tahun dan baru sahaja menetap bersama selama dua bulan.
Tentu saja bila berita kehamilan diketahui, pada suamilah paling teruja si isteri ingin berkongsi. Apatah lagi zuriat ini adalah penantian dua tahun.
Namun, pedih apabila keesokan harinya suami pergi buat selamanya setelah mengetahui berita gembira ini. Kongsi Shaa Ibrahim:
Suami Pergi Sehari Selepas Tahu Bakal Bergelar Ayah
’Pagi tadi saya hantar gambar ini dekat awak sayang. Rupanya awak tak sempat tengok . Allah panggil awak balik . Dua tahun awak tunggu sayang.
Saya kuat sebab anak ini. Ini juga last Whatapps saya sempat hantar dekat awak . Lepas ini tidak akan ada lagi orang yang hendak hantar emoji lucu-lucu dekat saya.”
Bekal Tak Sempat Jamah
Manakala di posting yang lain, Shaa Ibrahim turut berkongsi tentang permintaan terakhir suaminya iaitu meminta dia menyiapkan bekal.
Tetapi malangnya, bekalan itu tidak sempat dijamah kerana terkorban dalam kemalangan jalanraya. Kini pasangan ini menetap di Sungai Lembing, Pahang. Jadi setiap hari suaminya berulang-alik dari Sungai Lembing ke Kemaman, Terengganu kerana arwah bertugas di sana.
“Bekal awak tak sempat jamah. Pagi tadi awak request hendak nasi goreng dan udang goreng kunyit.
“Saya tanya awak nak sambal belacan tak. Awak kata nak. Ceria saja suara awak sayang.
“Macam biasa breakfast roti bakar favourite awak cuma pagi tadi saya minta tolong awak sapukan butter.”
Di samping itu, jelas Shaa Ibrahim, ramai kawan-kawan arwah suaminya datang menziarah arwah untuk kali terakhir dan mereka turut mengalirkan air mata kerana sedih kehilangan seorang kawan yang baik.
Arwah suami Shaa Ibrahim telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
“Saya minta maaf tak mampu tengok awak tadi dekat tempat kejadian.”
Demi Allah awak terlalu baik. Tidak sekalipun awak marah saya. Tidak sekalipun kata-kata kasar keluar dari mulut awak. Allah sayang awak.
Respon Netizen:
Ramai kenalan serta netizen bersimpati dengan apa yang berlaku pada Shaa Ibrahim dan mendoakan dia terus kuat menempuhi hari mendatang demi anak yang dikandungnya.
Mingguan Wanita : Semoga Shaa Ibrahim tabah dan terus kuat berdepan dengan ujian berat ini. Tentu apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga arwah Wan Muhamad Hasruldin bin Wan Mustapa. Al-Fatihah.
Bukan mudah untuk mengemudi sebuah ikatan perkahwinan apatah lagi untuk mengekalkan kebahagiaan tersebut dalam suatu tempoh yang panjang. Adakalanya dipenuhi dengan ranjau yang berliku dan setiap pasangan perlulah sentiasa bersabar dan mengharunginya bersama-sama.
Tun Dr Mahathir berkata toleransi serta perlunya menimbangkan perasaan pasangan dan masa depan anak-anak juga faktor penting dan kunci kepada hubungan mereka yang indah dan manis yang dikagumi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Tun M : Saling Menerima Keadaaan Pasangan
Dalam wawancara eksklusif oleh The Third Age Media Association dan Bernama News Channel (BNC) tak lama dulu di Yayasan Kepimpinan Perdana, beliau berkata tiada siapa akan mampu mengubah pasangan mereka, sebaliknya mereka saling menerima keadaan masing-masing sebagai cara untuk menjalin hubungan yang sihat dan seimbang.
Dengan wajah tersipu-sipu dan senyuman manis, katanya beliau sentiasa terkenangkan kehidupan indah di waktu muda bersama-sama Tun Dr Siti Hasmah yang juga menjadi tulang belakang kejayaannya.
“Ya, isteri saya selalu berkata di belakang seorang suami yang berjaya ialah seorang isteri, bukan sekadar seorang wanita,” kata Perdana Menteri berusia 93 tahun itu (ketika wawancara dilakukan).
“Pada awalnya sudah pasti, semasa kami masih muda, kami ada perbezaan, ketegangan dan semua itu. Tetapi apabila anda bertambah tua anda sedar bahawa anda tidak boleh mengubah banyak diri pasangan anda dan beliau juga tidak boleh mengubah banyak diri saya dan kami belajar untuk saling menerima dan itulah diri sebenar seseorang itu,” katanya.
Saling Bertoleransi
Tatkala beliau menghabiskan banyak masa dalam politik, Tun Dr Siti Hasmah sentiasa menemaninya walaupun tidak terlibat dalam politik.
“Beliau menemani saya dan jika saya terpaksa tinggalkannya kerana saya ada kerja, beliau bertolak ansur dengan saya. Begitu juga saya akan bertolak ansur dengannya bagi perkara tertentu yang beliau lakukan, jadi saya fikir perlu ada toleransi,” katanya.
Dr Mahathir turut menekankan akan perlunya menimbangkan perasaan anak-anak kerana adalah satu bencana bagi keluarga apabila ibu bapa berpisah dan berkahwin lain.
“Anak-anak tidak akan mempunyai kehidupan yang baik. Jadi anda perlu prihatin terhadap anak-anak anda,” katanya.
Pasangan itu bertemu di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura (kini sebahagian National University of Singapore) pada 1947 dan berkahwin pada 1956.
Dr Mahathir pertama kali menjadi perdana menteri dari 1981 sehingga 2003, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, sebelum kembali menjawat jawatan nombor satu itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun 2018.
Dan melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-7 pada Februari 2020.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat kita dalam mengekalkan kebahagiaan dan ikatan perkahwinan.
Baby sakit baik batuk atau selesema doktor takkan bagi ubat batuk atau selesema. Ada juga mak ayah yang cuba dengan rawatan alternatif. Jika dah berlanjutan dekat seminggu dua kenalah bawa jumpa doktor.
Bimbang berkahak. Baby tak reti nak buang kahak sendiri. Sebab itu perlukan bantuan mak ayah untuk keluarkan.
Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa, Muhammad Razi Bin Yusrizalketika membawa bayinya yang batuk dan selesema dekat seminggu ke klinik Primer Cherang, Kota Bharu Kelantan.
Dr Safwan dan team membantunya dengan menunjukkan cara-cara yang betul menghilangkan kahak bayinya dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada baby.
“Senang saja caranya. Buat di rumah pun boleh. Insya Allah video ini akan membantu mak ayah. Kasihan baby Hanan. Batuk, selesema dekat seminggu.
“Tidur malam pun sesak-sesak nafas. Pergi klini, team klinik ajar saya. Bagi susu kenyang-kenyang lepas tu, relaks 2 jam barulah tepuk.”
Video Cara Tepuk Nak Hilangkan Kahak Baby Batuk Dan Selesema
Tip Bagus Doktor Beri
√ Tepuk guna 3 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby, lengkungkan tapak tangan agar tak kena bahagian badan lain baby.
√ Berhenti bila baby menangis bila mak ayah tepuk.
√ Letak baby atas bantal. Dukung pun boleh.
√ Sebaiknya tepuk 5 jam sekali. Selama 3 hari.
√ Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan, putih atau kuning.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...