kahwin serentak

Musim cuti sekolah sering dikaitkan dengan musim kenduri kahwin.Lima beradik mencipta sejarah tersendiri apabila bersanding serentak dengan pasangan masing-masing dalam satu majlis resepsi perkahwinan penuh gilang gemilang  yang berlangsung di rumah ibu bapa mereka di Kampung Behor Mentaloon, Arau, semalam.

Tidak Dirancang Pada Awalnya

Bapa pengantin, Tayib Zakaria, 55, dan isteri Siti Aishah Shafie, 48, berkata, majlis persandingan serentak kelima-lima anak mereka itu atas ketentuan takdir meskipun tidak dirancang pada awalnya.

“Pada awalnya rancangan kenduri kahwin ini khas untuk ketiga anak lelaki saya dan kami memang sudah merancangnya sejak pertengahan tahun lalu.

“Namun, takdir Allah melebihi segala-galanya apabila dua anak perempuan saya dipinang oleh keluarga pasangan masing-masing dalam tempoh kami membuat persediaan.

“Selepas berbincang antara keluarga, kami sepakat untuk menyatukan mereka pada tarikh sama dan lebih memudahkan meskipun terpaksa berbelanja lebih,” kata bapa kepada tujuh orang anak itu.

10 Ribu Tetamu Dijemput

Anak mereka, Mohd Izwan Haris, 28, mengahwini Farah Adiba Pisol, 25; manakala Mohd Najhan Hafiq, 26, dengan pasangannya, Huziana Yap Nget Toh, 22; dan Mohd Fakhrul Iqram, 23, dengan Siti Nurasmiza Sabri, 21.

Sementara itu, dua anak perempuan Tayib, Nur Aqila, 21, mengahwini Mohd Rais Romli, 22, dan Nur Anita Dalilah,19, diijabkabulkan dengan Mohd Firdaus Harta, 23.

IKLAN

Lima Beradik Kahwin Serentak. Jemput 10 Ribu Tetamu, Sediakan 3 Kerbau, 2 lembu & 200 Ayam Untuk Lauk Kenduri!

Menurut Tayib, lebih 10,000 tetamu dijemput terdiri daripada sanak saudara dan jiran tetangga serta keluarga besannya dengan tiga kerbau, dua lembu dan 200 ekor ayam disediakan untuk lauk kenduri.

IKLAN

Katanya, dia bersyukur kerana segalanya berjalan dengan lancar meskipun rumah mereka dihadiri tetamu tidak henti-henti dari jam 12 tengah hari tadi.

IKLAN

“Saya bersyukur sangat menerima lima menantu serentak pada hari ini, dan sebagai bapa tiada apa yang dapat saya gambarkan selain doa untuk kebahagiaan mereka,” katanya.

Sepakat Kongsi Duit

Sementara itu, anak sulung Tayib, Mohd Izwan Haris berkata, perasaan yang ada dalam dirinya tidak dapat digambarkan apabila bersanding bersama adik-adiknya yang lain.

“Sejujurnya memang saya gembira, kami lima beradik dapat bersatu dengan pasangan masing-masing meskipun perancangannya pada saat-saat akhir.

“Kami sepakat berkongsi duit antara adik beradik dan turut dibantu ayah untuk majlis ini dan bersyukur segalanya mengikut seperti yang dirancangkan.

“Secara tidak langsung ini adalah hadiah untuk ibu dan ayah kerana berpenat lelah membesarkan kami tujuh beradik sejak dari kecil,” katanya yang bekerja sendiri.

Tahniah buat keluarga besar ini, Team Mingguan Wanita ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru & semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI