titik feng fu

Ada pelbagai teknik rawatan yang boleh diamalkan untuk kesihatan tubuh badan. Antaranya seperti Rawatan Tradisional Cina yang menggunakan teknik terapi titik Feng Fu. Caranya cukup mudah, hanya perlu meletakkan kiub ais pada bahagian tertentu, namun kesan yang diperolehi cukup luar biasa. Terapi ini dipercayai mampu melegakan sakit kepala atau migrain, badan rasa lebih ringan dan bertenaga serta paling best boleh mengekalkan awet muda.

Berikut perkongsian oleh Yeong Nor Saadah sebagai rujukan;

Sedikit perkongsian ilmu untuk manfaat kita bersama.

Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika diletakkan dengan ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.

Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.Badan kita juga akan terasa ringan dan bertenaga.Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.

Tempat tersebut ialah titik tekanan yang terletak di dasar tengkorak iaitu di atas leher, atau titik apabila leher dan kepala bersambung.

Letak Ais Pada Titik Feng Fu, Bantu Atasi Sakit Kepala, Badan Rasa Ringan Bertenaga & Awet Muda!

IKLAN

Rawatan Tradisional Cina

Dalam ilmu akupunktur Cina titik tersebut dikenali sebagai Feng Fu, yang bermaksud “rumah angin”.

Menurut rawatan tradisional Cina, teknik meletakan ais pada titik Feng Fu bukan untuk mengubati penyakit tetapi
mengembalikan keseimbangan fisiologis semula jadi.Di samping itu, memberikan stimulasi emosional yang positif dan ‘meremajakan’ seluruh tubuh.

Keajaiban ini akan terjadi jika kita meletakkan ais pada Titik Feng Fu. Cubalah melakukan terapi tersebut ketika badan anda terasa letih atau kepala terasa pening. Badan kita akan menjadi ringan, lebih bertenaga dan perasaan letih atau pening akan hilang.

Beberapa pengidap migrain sendiri, mengakui terapi ini ternyata lebih efektif untuk mengatasi migrain dibandingkan dengan pengambilan ubat-ubatan.

IKLAN

Terapi ini juga dapat meningkat mood dan membangkitkan perasaan segar, kerana teknik ini menstimulasi pelepasan endorfin dalam aliran darah.

Letak Ais Pada Titik Feng Fu, Bantu Atasi Sakit Kepala, Badan Rasa Ringan Bertenaga & Awet Muda!

Caranya:

Teknik ini mudah sekali, hanya letakkan ais pada titik Feng Fu selama 10 hingga 20 minit.Pada awalnya mungkin kita akan merasa sejuk selama 30-40 saat, tetapi perlahan-lahan titik tersebut akan menjadi hangat.

IKLAN

Kelebihan Meletakkan Ais Pada Titik Feng Fu untuk:

1. Mengatasi sakit kepala dan migrain.
2. Meringankan sakit gigi dan sakit sendi.
3. Mencipta kesan relaks.
4. Meningkatkan tenaga dan menghindar keletihan.
5. Meningkatkan kualitu tidur.
6. Memperbaiki sistem penafasan dan sistem kardiovaskular.
7. Mengatasi asma.
8. Mencegah sering bersin dan hidung berair.
9. Mengatasi gangguan neurologi dan perubahan degeneratif pada tulang belakang.
10. Membaiki sistem pencernaan.
11. Menyembuhkan radang saluran usus dan meningkatkan keupayaan seksual.
12. Mengatasi kegemukan dan masalah pemakananz.
13. Mengatasi gangguan kelenjar tiroid.
14. Membantu masalah arthritis, hipertensi dan hipotensi.
15. Menghilangkan selulit.
16. Mengatasi gangguan kitaran haid, kemandulan, endokrin, dan kesuburan.
17. Mengatasi gangguan psiko-emosiol, stres, keletihan, insomnia.

Letak Ais Pada Titik Feng Fu, Bantu Atasi Sakit Kepala, Badan Rasa Ringan Bertenaga & Awet Muda!

Luar biasa sekali kelebihannya, sayangnya terapi dengan teknik Feng Fu ini masih asing kepada masyarakat umum.Oleh itu, sebarkanlah insha-Allah orang lain juga mendapat manfaat. Semoga berjaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Tidak salah mencuba teknik ini,kesan yang diperolehi luarbiasa namun tidak mengeluarkan kos sesen pun. Cukup mudah dan jimat!

Sumber: Yeong Nor Saadah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI