Segelintir orang bila marah-marah, tak dapat kawal kata-katanya. Semua diluahkan tanpa sedar, kata-katanya itu menggores hati dan perasaan orang yang dimarah. Hairannya, selepas semua kerosakan kata-kata itu terjadi, si pemarah boleh buat-buat seperti tiada apa-apa.
Walhal, mereka yang terkesan dengan kata-kata ‘tajam’ si pemarah itu tadi simpan kelukaan itu mungkin sampai bila-bila. Firda Ashaary berkongsi pesanan, betapa pentingnya menjaga lidah sewaktu emosi dibelenggu perasaan marah-marah yang teramat.
Bila Marah-marah, Segala Kata Dihambur Sesedap Rasa
Benda ni simple je sebenarnya. Tapi ramai orang lupa. Kadang bukan lupa tapi dah jadi kebiasaan.
Bila marah, segala perkataan dihambur sesedap rasa. Lidah kan tak bertulang katanya, lalu keluarlah semua ayat dan perkataan untuk puaskan nafsu amarah sendiri.
Kepuasan di hatinya bila boleh hambur semua. Takde tapis-tapis. Terkebil-kebil orang yang dihamun. Samada menjawap atau tidak orang tu, tetap dipersalahkan. Tetap kena maki, tetap kena carut.
Selang beberapa jam, hati dah sejuk. Ayat pun dah kendur. Dah mula bermanis muka seolah tiada apa terjadi. Tanpa memikirkan hamba Allah yang dihamun tadi, masih berbekas hatinya. Tapi kita tak fikir pun, kita fikir kita dah sejuk. Dah okay. Chill ah.
“Aku marah kejap je pun. Takkan kau nak ambik hati?”
“Laaaa, kau ni takkan tu pun nak terasa. Tadi tu aku tengah marah kan? Sori rrr.”
“Weii, kau terasa ke? Alaa sori la, tadi tu aku terlepas cakap. Tengah marah kan? Kau jangan ambik hati eh.”
“Alaa kau ni, jangan la sentap sangat. Kau kan tahu aku jenis gini cepat marah cepat sejuk. Bila marah memang la, tapi ni aku dah sejuk. Kau rileks ahhh.”
Lepas Marah-marah, Suruh Orang Tu Chill Je?
Haaa gitu, contoh ayat yang selalu geng “mulut lepas” ni beralasan.
Giler kau tak terasa, masa kau marah kemain kau carutkan orang tu. Kau bodoh kan dia suka ati kau je.
Sampai hijau biru kuning muka dia. Semua perkataan kau keluar. Then kau dah sejuk, kau suruh chill.
Ads
Selamba badak kau je, datang senyum-senyum. Ajak bergelak tampar, bergumbira macam biasa. Kau ingat orang tu anak patung! Takde hati, takde rasa.
Pokok pun kalau kau hamun hari-hari, mati dia weii. Kucing pun sama, cuba kau marah dia hari-hari. Merajuk dia tau. Itu kucing tu, bukan orang.
Memang la lepas marah, mintak maaf tu amalan mulia. Tapi kalau dah kemain kau carutkan dia, kau ingat mudah pulak dia nak hadap dan hadam.
Sebab tu, mulut tu jaga.
Diam Itu Lebih Baik Dari Marah-marah
Bila rasa marah, behave your words. Marah biar berpada. Bukan hambur sesedap rasa lidah sendiri. Kalau boleh diam, itu lagi bagus supaya tidak menyakiti sesiapa.
Bukan tak boleh marah, tapi jaga lidah.
Ads
Ingat tau,
Mulut lagi tajam dari pedang. Baik kau belasah ja orang tu, sakit luka dan lebam lebih cepat sembuh berbanding pedih kata-kata. Makan dalam.
Sekian.
Sekadar berpesan-pesan sesama kawan.
#SuffianSuffiya #KisahDunia
Sejenis aku, tak mudah lupa apa orang buat kat aku, tambahan lagi apa orang kata kat aku sebab tu aku susah nak marah orang. Aku perati ja, tunggu bagi banyak dulu.
MW : Sebab itu bila marah-marah sedang kuasai diri, jika anda sedang berdiri, sebaiknya segera duduk, jika sedang duduk, cubalah berbaring. Atau ambil saja air wudhu bagi hati panas tu kembali tenang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Ramai salahkan isteri bila dia beremosi, sedangkan segalanya berpunca daripada sikap suami.
Bukan sengaja isteri emosi tak tentu hala, sebaliknya pencetus emosi tak stabil isteri adalah suaminya juga. Selama berkongsi hidup, pada suamilah isteri harapkan.
Kadang-kadang sengaja beremosi agar suami perasan yang isteri perlukan perhatian dan kasih sayang. Tetapi bukanlah mengada-ngada.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan ini:
Ramai Salahkan Isteri
Saya ada terbaca, suami yang memahami isteri, dia tahu bila emosi isterinya itu ok atau tidak…
Bagaimana kalau isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan tapi emosinya tidak ok?
Sekuat mana pun dia menahan, sedalam mana pun dia memendam, kalau kita sebagai suami dekat dan rapat dengan isteri, kita akan tahu dia ok atau tidak kerana suami lebih mengenali isteri luar dan dalam…
Susah isteri hendak menyembunyikan emosi daripada suami yang selalu bertanyakan khabar dirinya, bagaimana harinya, perasaannya dan sebagainya…
Sedangkan Segalanya
Akan terkeluar sedikit perubahan, akan ternampak sedikit riak muka dan akan tercerita sedikit akan apa yang tidak kena untuk setiap hari yang dilaluinya…
Sebab itulah suami kena ambil berat, malah ambil tahu dan peka dengan keadaan sekeliling…
Bukan sebab kita ini ada banyak masa lapang sampai boleh cover semua perkara di luar dan di dalam rumah. Tapi sebab kita ini suami dan kita tak nak isteri tertekan atau isteri stres.
Juga tidak mahu isteri moody, dan isteri tension sehinggalah dia meletup dan tiba-tiba jadi lain…
Bila kita memahami isteri sedalam yang mungkin, maka automatiknya bebanan isteri akan berkurangan…
Memahami ini nampak macam senang, macam mudah tapi tak ramai yang betul-betul mahu untuk memahami…
Ramai yang menyalahkan isteri bila dia beremosi sedangkan emosi itu adalah disebabkan tingkah laku dan perbuatan suami…
Mingguan Wanita : Suamikan BFF isteri, jadilah pada suamilah seorang isteri berharap. Kalau bukan suami sendiri, siapa lagi yang ada untuk memahami emosi seorang isteri.
Ajar dan didik anak-anak adalah tanggungjawab mak ayah dan proses itu berterusan daripada anak baru lahir sehinggalah dewasa. Cuma tentu saja cara atau pendekatan berbeza. Bila anak dah dewasa, tak boleh guna pendekatan marah-marah lagi kan?
Ajar Anak Baru Anak Faham
Sebenarnya bab anak-anak sangat sensitif. Ada mak ayah yang kononnya terlalu sayangkan anak tapi sebenarnya mereka sedang ‘merosakkan’ anak-anak. Mana taknya, anak dibiarkan saja bebas melakukan apa saja, dengan alasan biarlah mereka nak ‘explore’ dan mencuba.
Memang betul lah, tapi bagaimana kalau anak membuat sesuatu yang tak sepatutnya? Dalam hal ini, tak boleh letakkan kesalahan pada anak sebab mak ayah yang tak didik. Misalnya adab bila bertandang ke rumah orang. Tak kira rumah jiran tetangga atau rakan-rakan.
Ajar Anak Tahu Batas Mereka
Biasalah budak-budak. Bila ke rumah orang, kadangkala ada perangai yang muncul tiba-tiba sedangkan di rumah tak pula dia buat. Kalau kat rumah sendiri, elok je duduk atas sofa. Tapi, bila pergi rumah orang, boleh dia melompat-lompat atas sofa orang. Ada mak ayah yang larang, baguslah. Tapi ada juga yang buat tak tahu saja. Agak-agak tuan rumah ‘sakit mata’ tak menengoknya?
Kita faham sikap budak-budak. Setakat bising-bising dan tak duduk diam, itu normal. Tapi janganlah sampai masuk ke bilik tidur atau membuka peti sejuk rumah orang pula ye. si anak itu berasakan perbuatan itu tak ada salahnya. Bukan mereka buat benda yang tak elok seperti ambil barang orang tanpa kebenaran. Tapi kalau dah berani buka peti sejuk orang dan ambil makanan di dalamnya, agak-agak patut atau tidak perbuatan itu?
Mungkin saat ini, anak akan minta kebenaran tuan rumah untuk mengambil makanan yang dah dilihat itu. Mungkin tuan rumah tak kisah pun bab nak bagi makanan tu, tapi alangkah tak manisnya bila anak kita yang menyelongkar peti sejuk orang! Tak malukah kita pada tuan rumah?
Di sini, bukan soal boleh tak boleh ambil makanan itu. Tapi, ADAB bila ke rumah orang. Makanlah makanan yang orang hidangkan. Walau pun anak susah duduk diam, tapi jangan sampai dia berani masuk ke bilik tidur tuan rumah. Apatah lagi bilik tidur adalah tempat privacy tuan rumah.
Anak-anak yang berkawan dengan anak-anak jiran tentu akan saling berkunjung ke rumah masing-masing. Sentiasa pesan pada anak, kalau boleh hanya setakat ruang tamu saja. Jangan suka-suka berkeliaran di dalam rumah orang. Bayangkan kalau ada barang hilang. Agak-agak apa akan jadi? Silap hari bulan, anak kita dicurigai. Langkah selamat, jangan masuk rumah terutama kalau mak ayah kawan itu tiada di rumah.
Pinjam Barang Orang Dengan Kebenaran
Normal lah budak-budak. Ada masanya mereka tertarik dengan mainan yang ada di rumah orang. Pesan pada anak, kalau nak main, mesti dengan izin si empunya. Jangan rampas saja. Setelah itu, ia hanya setakat di rumah itu saja. Hendak balik, pulangkan semula pada anak tuan rumah, dengan ucapan terima kasih. Bayangkan kalau kita dapat ajar sikap begini pada anak-anak kita. Seronok tak rasa hati?
Lagi satu, pesan dengan anak-anak, jangan suka-suka bertukar barang dengan rakan lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan mak ayah rakan itu. Kalau rosak, agaknya apa mak ayah rakan itu akan cakap? Kan tak syok.
Anak-anak kita, tugas kita yang mendidik. Biarlah anak kita tak secemerlang anak orang lain namun dirinya penuh dengan adab dan sopan. Untuk itu, sikap itu perlu didik dari kecil. Ya, bukan senang nak didik anak. Tapi, jangan putus asa. Ingatkan mereka berkali-kali tanpa jemu dan sehingga mereka faham.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ish, itu kategori anak nakal, siapa mak ayahnya? Tak ‘makan saman’ betul.” Bayangkan anak-anak anda dilemparkan kata-kata itu, apakah perasaan anda agaknya? Nak marahkan orang yang berkata-kata itu, tak boleh juga sebab anak anda memang degil!
Aduh, memang pening kepala memikirkan soal anak-anak yang tak mendengar kata, culas solat, malas belajar, nakal dan macam-macam lagi. Di manakah silapnya didikan yang kita berikan itu? Marah sudah, pukul pun sudah. Tapi anak-anak tetap tak berubah.
Rasulullah s.a.w insan mulia yang tinggi akhlaknya yang sepatutnya kita contohi termasuk cara baginda mendidik anak-anak.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”.
Bermakna, dalam mendidik anak-anak, tidak salah jika kita hendak manjakan mereka atau bergurau senda dengan mereka. Namun, ada ketikanya kita juga kena tegas dan jika perlu, hukum mereka dengan hukuman yang setimpal.
1. Nasihat
Anak yang nakal perlu dinasihati tentang kesalahan mereka sehingga mereka tahu dan sedar akan kesalahan mereka dan tidak akan mengulanginya. Nasihati dengan baik sehingga mereka faham. Gunakan suara yang lembut dan tak perlu menjerit dan berteriak kerana kadangkala cara itu hanya membuatkan anak semakin memberontak.
2. Sediakan Rotan Di rumah
Mungkin tidak ramai yang ada menyimpan rotan di rumah sekarang. Menggantung rotan di rumah bukan bererti kita cuba memberitahu anak-anak bahawa jika mereka melakukan kesalahan atau nakal, maka mereka akan dipukul. Sebaliknya, ia hanya untuk mendidik mereka agar takut jika melakukan perbuatan yang tidak baik. Seperti yang dikatakan Imam Ibnu Anbari:
“Rasulullah s.a.w tidak memaksudkan perintah untuk mengantungkan cambuk (alat pemukul) untuk memukul, kerana Rasulullah s.a.w tidak memerintahkan hal itu pada seorang pun. Akan tetapi yang baginda maksud adalah agar hal itu menjadi pendidikan bagi mereka.”
Jika perlu memukul anak juga kena tahu caranya. Jangan pukul anak dari lutut ke atas dan jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Ini kerana dibimbangkan anak jadi bertambah degil dan nakal.
Sebaliknya, rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Rotan adalah jalan terakhir. Dengan niat untuk mengajar, bukan untuk menyakiti mereka.
3. Wajah Masam
Menampakkan muka masam merupakan salah satu cara Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak yang nakal, dengan menampakkan muka masam. Dengan cara ini diharapkan anak akan sedar akan kesalahannya yang telah membuat orang tuanya kecewa.
Tegur Dengan Tegas
Mula-mula, nasihati anak dengan suara yang lembut namun jika anak tidak mendengar kata, tegurlah dengan nada suara yang lebih kuat dan tegas agar mereka sedar bahawa mereka telah melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sepatutnya.
Walau bagaimana pun, tidak perlu marah-marah, cukup anda bertegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai yang suka marah anak tapi tidak tegas. Kadangkala mengugut anak tetapi mereka sendiri tidak kotakan apa yang dikatakan itu. Jadi, anak sendiri hilang rasa percaya pada ibu bapa.
4. Hukuman ringan
Hukuman adalah cara yang paling mudah supaya anak serik dan tidak mengulangi lagi kesalahannya. Namun, jangan melanggar batas syariat.
5. Doa
Doa ibu tanpa hijab. Jadi, jangan sesekali berhenti berdoa supaya anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, hebat di dunia dan cemerlang di akhirat. Yang paling penting, didik anak dengan ilmu agama yang secukupnya kerana ia adalah benteng paling mantap untuk menghindari seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...