Selalunya dalam rumah tangga, jarang kita buat keputusan tanpa pengetahuan pasangan. Mesti akan bertanyakan pasangan terlebih dahulu. Tapi mungkin tak semua pasangan sebab ada yang merasakan lebih baik putuskan terus daripada tunggu jawapan pasangan entah sampai bila.
Bila sudah berkahwin, buat keputusan perlulah ada persetujuan daripada pasangan. Bukan bermakna kita takut lebih-lebih lagi bila suami yang ingin bertanyakan dahulu pada isteri terutamanya dalam membeli apa-apa barang keperluan. Bukan takut bini pun.
Kita bukan lagi hidup seorang diri tapi kita berkongsi segalanya dengna pasangan. Tidak salah pun dan memang patut pun bila kita buat keputusan dengan bertanyakan terlebih dahulu dengan pasangan.
Jangan ingat, isteri gaji lebih besar atau banyak daripada suami, kiranya tak perlu tanya apa-apa. Tanya sebagai tanda hormat dan hargai pasangan. Itulah yang dikatakan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad dalam perkongsiannya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wanita Harus Mencintai & Menghargai Diri, Belajarlah 13 Perkara Ini Tentang ‘Self Love’
Isteri PENAT Urus Rumah, Semua Perkara Difikirkan, Suami Jangan Terlalu Cerewet, Hargailah
Info Lebih Menarik DI SINI
Buat Keputusan, Kongsi Bersama
Bila berumahtangga bermakna kita akan bina keluarga bersama sama.
Begitu juga bila isteri gaji lebih besar dari suami, bukan bermakna hormat kita hilang pada dia.
“Bang boleh beli ini tak?” Suami rasa dia penting dan dihargai.
Bila semua belanja di bahu kita, jangan jadikan alasan untuk kita lupa tujuan berumah tangga.
Rumah tangga dibina atas dasar kasih sayang, tolerasi dan kita beragama.
Toleransi Dalam Rumah Tangga
Kawan,
Bila ada yang kata, “nanti saya tanya isteri ya”. Buka bermakna dia takut bini. Dia hormat pasangan hidupnya yang satu ini.
Bila isteri kata, “nanti saya tanya suami ya”. Bukan bermakna isteri tiada wang atau kerja.
Tapi rasa hormat dan cinta suami lebih tinggi dari tupperware yang kita nak beli.
Jangan buat keputusan yang membelakangkan sesiapa.
Masih ingat kisah basikal mahal?
Bila kita berbohong dalam rumah tangga, ia bukan soal tak manis. Ia berdosa.
Bina rumah tangga dengan penuh kasih sayang dan saling menghormati.
Kekal & Bahagia
Lepas kahwin, rasa hormat yang tinggi dan saling menghargai yang buat ia kekal lama dan bahagia.
Bukan benda apa yang kita beli.
Wanita juga wajib jadi kaya, kerana suami hanya pinjaman suami sementara. Bila-bila boleh
dijemput pergi atau diambil jadikan ‘suami’ sekali lagi.
Suami juga, harus beri peluang buat isteri buat keputusan sendiri. Jangan semua wajibkan tanya suami. Toleransi buat keluarga kita jadi istimewa.
MW: Nak kekal bahagia, kena ada toleransi suami isteri.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
∞
Mengunjung itu tak salah tapi yang salahnya kalau buat kunjungan, mak-mak mula bandingkan anak orang. Hentikan budaya tak sihat ini. Tak kiralah anak yang bongsu lebih gelap daripada adik-beradiknya yang lain atau yang sulung tu berisi sikit daripada anak yang kedua.
Biarkan dan abaikan sahaja. Tak perlu panjangkan cerita tentang kelebihan dan keburukan anak-anak orang. Tanpa sedar budaya ini memberi impak negatif kepada emosi kanak-kanak dan lebih buruk dia akan berdendam hingga dewasa.
Hentikan Budaya Bandingkan Anak
Ia mungkin telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat setempat. Tidak sah kunjungan jika makcik- makcik tidak memberi ulasan dan kritikan mengenai penampilan fizikal kanak kanak.
Apa yang menyedihkan, ada kanak-kanak yang dibandingkan penampilan dikalangan sepupu dan adik beradik sendiri. Selalunya, yang berkulit gelap dan berbadan gempal sering menjadi bahan ejekan dan bahan gurauan.
Artikel Berkaitan:
Kini, anak lelaki dan perempuan tidak terkecuali. Kedua-duanya menjadi perhatian. Bagi anda, ia mungkin sesuatu yang melucukan, namun hakikatnya ia memberi satu tamparan emosi kepada mereka.
Bila Bandingkan Anak Buat Mereka Hilang Keyakinan
Ia menyebabkan kanak kanak hilang keyakinan diri dan boleh akibatkan mereka lebih inferior berbanding rakan sebaya.
Hentikan tabiat ini. Hentikan mengkritik penampilan fizikal kanak-kanak. Jangan robohkan keyakinan diri mereka. Sesungguhnya nilai diri seseorang lebih besar dari penampilan luaran sahaja.
MW: Setiap anak mempunyai kelebihannya yang tersendiri, jangan dibandingkan dari segi fizikal. Apatah lagi fizikal itu kurniaan Allah. Jika mak-mak membandingkan rupa dan fizikal anak, seolah-olah mak-mak menghina ciptaan Allah.
∞
Selepas lahirkan zuriat, suamilah tempat isteri bergantung harap menjaga bayi yang masih kemerahan dan juga dirinya yang baru lepas bersalin.
Tambahan pula, isteri yang sedang berpantang ini lebih sensitif sebab waktu ini emosinya mudah terganggu kerana isteri penat dan sedang melalui proses penyembuhan selepas melahirkan bayi.
Jadi suami kena banyak bersabar dan sentiasa bagi sokongan moral kepada isteri. Pastikan isteri cukup rehat dan tidur serta bantu isteri ketika bayi berjaga pada waktu malam.
Atau lebih dekat di hati, jemput baca emosi kaum mak-mak bersalin melalui perkongsian Doktor Saidatul Husna.
5 Jenis Emosi Yang Suami Kena Tahu Selepas Isteri Bersalin
1 EMOSI SEDIH
Selepas bersalin, isteri kita akan menanggung pelbagai jenis kesulitan.
Sakit yang mencucuk cucuk di kawasan luka, sakit semasa buang air, bengkak susu dan puting melecet. Semua ini menyebabkan isteri mudah menangis secara tiba tiba.
2 EMOSI BIMBANG
Biasanya isteri bimbang jika haid tidak teratur sepanjang proses penyusuan, (fully breastfeed).
Ini kerana hormon prolaktin yang tinggi, akan mengganggu pengeluaran hormon haid.
Jangan risau. Biasanya haid akan kembali teratur dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.
3 EMOSI GEMBIRA
Hormon gembira atau Oksitosin ini keluar secara semulajadi daripada badan.
Itu yang bila peluk cium baby, automatik kita akan rasa tenang dan gembira.
4 EMOSI MARAH
Jika tertekan, isteri kita mudah stress dan marah marah.
Jadi, jangan pelik kalau emosi si dia tiba tiba jadi tak stabil. Kejap marah, kejap redup, kejap menangis. Tu mungkin gejala ‘Baby Blues’.
Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau gejala itu berterusan, ada baiknya bawa isteri berjumpa doktor, bimbang kalau ada masalah kemurungan selepas bersalin (Postpartum Depression).
Postpartum depression ni bahaya ke. Ya memang bahaya! Jika tidak dirawat, isteri kita berpotensi untuk mencederakan dirinya sendiri.
5 EMOSI SENSITIF
Kita digalakkan melawat ibu yang baru bersalin, cuma elakkan datang ziarah terlalu awal. Beri mereka masa untuk terbiasa dengan suasana baru, lebih lebih lagi jika ibu itu berpantang sendiri.
Elakkan soalan sensitif seperti,
‘Alahai, kecilnya anak kamu’, atau ‘gelapnya kulit anak kamu’.
Jika ibu tersebut bersalin secara pembedahan, jangan pula tetamu bandingkan si ibu tu dengan kenalan yang bersalin secara normal.
Banyakkan doa dan kata semangat supaya si ibu rasa lebih tenang dan bermotivasi.
Apa Yang Kaum Ibu Nak Lepas Lahirkan Zuriat
Sebenarnya, masa ni la si isteri paling perlukan sokongan suaminya sendiri. Bayangkan betapa banyak luka yang si isteri tanggung selama nak lahirkan zuriat si suami kan. Bukan cuma luka episiotomi atau c-section, namun luka emosi itu sendiri yang lebih dasyat.
∞
Betul, kalau perempuan start membebel itu tandanya dia dah tak larat nak hadap. Kata mudah, sakit mata dan emosi pun dah rabak. Maka, terhasil lah kata-kata yang berbaur kecewa dalam luahan bebelan.
Mungkin tak nak orang yang dia sayang ditimpa masalah atau niatnya nak ubah sesuatu yang nampak salah di matanya. Itu kaum lelaki kena selami dan faham.
Jadi dalam situasi ini, para suami kena mengalah sebab bila kaum perempuan dah buka mulut semuanya alasan yang orang lain bagi pun dia dah tak makan saman! Eloklah kiranya anda terus mendengar dan ‘iyakan’ saja atau paling mudah ikut cara saudara Amir Syahir ini.
In shaa Allah perlahan-lahan hidup berumah tangga akan bahagia dan bebelan itu akan dirindui.
Perempuan ni sering dilabel sebagai kaki bebel. Tak kira la mak ke, nenek, kakak ataupun isteri korang.
Kalau belum kahwin, mesti kau selalu dengar mak kau membebel kan. Kalau dah kahwin, dengar isteri pula membebel. Kau sabar je lah ye.
Biasanya, apa yang dibebel oleh golongan mereka ni ada moleknya. Semuanya sebagai nasihat. Bukan saja-saja membebel. Kau yang lelaki tu tahan je la telinga. Jangan nak melawan kalau tak suka pun.
Isteri membebel ni ada sebabnya. Dia tidak akan membebal saja-saja.
Selepas minum kopi misalnya. Kalau suami, cawan tu esok-esok boleh basuh. Sebaliknya bagi isteri. Kalau nampak cawan merata mula la nak buka sesi kaunseling. Yelah, sepatutnya gitulah. Lepas minum terus basuh.
Baling baju dalam baldi nak basuh tapi tak masuk dalam baldi dah kira okay dah. Tapi bagi isteri itu boleh menyelerakkan dan tidak menyelerakan pandangan. Lagi satu kalau letak baju kotor ikut suka hati. Lagi lah kena tahan telinga mendengar.
Dah la kau bangun paling lewat, tak kemas katil. Cadar tak tegangkan, selimut tak lipat. Sekali sekala okeyla, kalau hari-hari kau buat macam tu? Mana tak kena bebel.
Bukan apa, penat juga si isteri nak buat semua tu . Dia pun penat juga bekerja. Sebolehnya kita tolong untuk ringankan beban kerja isteri.
Kalau isteri tengah membebel tu, kau jangan lawan. Kau boleh cakap macam ni ;
“Jap Sayang, Abang nak pergi beli popcorn ni. Sedap juga dengar Sayang bebel sambil makan popcorn ni.”
“Esok jelah Sayang bebel, hari ini rasa tak feel la nak dengar. Spirit mendengar down sikit.”
“Amsyar, ibu sedang bebel tu. Kita sebagai lelaki kita cool je. Kita layan je. Okey?”
Kau cakap sambil buat nada gurau la. Lepas tu, kau tengokla apa reaksi isteri kau.
Membebel ni dah menjadi salah satu sifat perempuan terutamanya bila dah jadi isteri. Kau sebagai suami jangan nak marah-marah. Kalau mereka membebel, dengar je. Diam dan angguk.
Kadang-kadang apa yang dibebelkan tu ada betulnya. Kalau salah kau, kau kena akui tu. Lepas tu, mereka akan diam. Biarkan mereka melepaskan rasa tidak puas hati. Dah salah tu mengaku. Jangan asyik kau je nak menang. Jangan nak tegakkan benang yang basah.
Kalau sorang bebel. Sorang lagi kena cool. Rilek je. Api kalau lawan dengan api makin besar.
Mereka bebel pun untuk kebaikan kau juga. Lama-lama nanti kau pula rindu kalau tak dengar isteri kau membebel. Mesti kau rasa hairan dan pelik. Sampai kau sengaja tak basuh cawan, sengaja buat isteri kau bebel. Sampai kau akan cakap “Sayang, kenapa tak bebel pun hari ni. Pelik pula Abang rasa.” Kah!
∞