Dalam Negara

Leona Kongsi Gambar Berbusana Pengantin! Laman Sosial Dibanjiri Ucapan Tahniah

Share

Leona kongsi gambar berbusana pengantin, laman sosial dibanjiri ucapan tahniah. Ramai seakan tak percaya apabila pempengaruh Kasih Iris Leona memuat naik dirinya mengenakan busana kahwin  di laman sosialnya.

Perkongsian  anak kepada pelakon Azhar Sulaiman mengenakan busana pengantin berwarna putih mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen. Ditambah dengan suasana majlis bertemakan ‘garden’, ramai tertanya-tanya sama ada Leona sedang memang sudah mendirikan rumahtangga dengan lelaki pilihannya atau sedang menjalani penggambaran MV.

Ramai juga yang berteka-teki siapa lelaki pilihannya kerana Leona sebelum ini dilihat sibuk dengan pelbagai tawaran iklan. Hanya memaparkan tanda Love berwarna putih di instagramnya,@kasihirisleona laman sosialnya dibanjiri rasa tak percaya rakan-rakan dan peminat namun ramai mengucapkan tahniah.

Dalam pada itu komen dari seorang rakannya, @gretchene di instagram storiesnya berkongsi wajah Leona termasuk dirinya yang berada di majlis tersebut yang turut mengenakan busana putih.”Finally! So happy for you Leona! Can post the wedding picture already! Yeay!😍.

Sementara itu, rakan artis Mimi Lana menulis “Heyyy don’t play playyy haaaa…

Sama ada benar Leona berkahwin hari ini atau sekadar konten namun dirinya pernah menyuarakan hasrat  mendirikan rumah rumah dan bergelar isteri tahun lalu kerana  berasa cemburu melihat kebanyakkan rakannya sudah mendirikan rumah tangga.

Published by
Almaswa Haji Che Ros