Lempuk atau dipanggil lepuk dalam dialek Terengganu, merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada isi durian. Agaknya ramai yang sudah tak kenal makanan ini kan lebih-lebih lagi generasi muda.
Jadi, elok juga mak-mak buat lempuk ini untuk anak-anak rasa dan kenal. Tengah musim durian ni, bolehlah buat.
Sebenarnya kagum dengan orang zaman dahulu yang sangat kreatif dalam penyediaan makanan. Cara yang mudah. Tetapi sangat sedap untuk dimakan. Misalnya lempuk ini. Bagi mengelakkan lambakan durian yang tidak terjual, mereka mengolah makanan tersebut supaya dapat disimpan dan tahan lama.
Lempuk Daripada Isi Durian
Biasanya durian yang tidak habis dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama gula dan dimasak sehingga berjelira dan sebati.
Lempuk merupakan sejenis penganan yang dibuat daripada durian dan dimasak dengan gula atau gula melaka atau gula kerek sehingga pekat.
Kadang kala buah durian mengkal akan dicampurkan bersama agar memberi rasa rangup kepada lempuk (menurut cita rasa). Lepuk kemudiannya akan dibungkus atau disimpan. Cara membuatnya agak renyah sedikit. Dari proses mengasingkan isi dengan bijinya sehinggalah proses memasaknya selama beberapa jam.
Lempuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat sapuan roti. Boleh juga ditambah di dalam pelbagai jenis bubur atau cekodok durian. Sedap tau!
Hanya perlukan durian dan gula saja. Ringkas je bahannya. Namun ia perlu dimasak selama beberapa jam. Maka terciptalah lempuk. Kat orang, hanya yang sabar dan rajin sahaja yang mempu membuat kuih tradisional ini.
Ini Resipinya:
1 kg durian
400-500 gram gula (terpulang pada tahap kemanisan yang diingini).
Cara membuat:
Ads
Asingkan isi daripada bijinya. Letak di dalam satu periuk. Masukkan gula.
Masak di atas api. Kacau isi durian tu sampai pekat, kental dan bertukar menjadi hitam. Lagi lama lagi elok. Api sederhana jangan terlampau kuat. Takut mudah berkerak di bahagian bawahnya. Siap!
Info Tambahan: Bila masak, ia bukan warna hitam, tapi keperang-perangan. Cara buat lebih kurang macam buat dodol. Tujuan letak gula banyak supaya lempuk tersebut boleh tahan lama untuk disimpan. Selamat mencuba ye!
Bayam Brazil banyak khasiatnya. Boleh dibuat ulam makan begitu saja, ditumis, masak lemak dan sebagainya. Kalau dekat rumah mak-mak ada tanam bayam brazil, rupanya boleh juga dibuat kerabu juga, campur mangga muda.Memang sedap sangat. Nak buat kerabu ni pun mudah je. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nabila Humairaini.
“Pergi rumah kakak, kakak buat Kerabu Bayam Brazil.Ya ampun sedap ya amattt. Disebabkan ramai tanya resepi, ni kakak saya buat.Resepi dia bagi ni ye”
Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda
Bahan-Bahan:
Bayam Brazil
Mangga Muda
Cili Padi
Bawang Merah
Gula (ikut rasa)
Air Limau Nipis
Asam Boi dihiris atau disagat (jangan ambil bijinya, risau lekat kat kerongkong)
Kerisik (paling penting)
Lebihkan sikit ikan bilis digoreng garing (ditabur lepas gaul).
Bunga Kantan sebagai penyedap dan nak bau wangi.
Kuantiti bahan ikut sesedap rasa.
MW: Memang sedap dan mudah sangat nak buat Kerabu Bayam Brazil ni. Apatah lagi dicampur dengan hirisan mangga muda. Memang membuka selera. Kena cuba resipi yang dikongsikan ini.
Yatie Kitchen merupakan antara instafamous yang cukup dikenali dalam bidang masakan. Kerap memuat naik pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.Tidak kurang juga ramai mak-mak menjadikan Instagram Yatie Kitchen ini sebagai sumber rujukan mencari resipi, idea memasak serta menceduk tip-tip dan petua masakan yang dikongsikan.
Jika mak-mak selalu masak sotong, jika salah caranya, sotong mudah kecut, lembik, liat dan sangat banyak mengeluarkan air/ kuah.Rupanya ada teknik dan cara tertentu untuk masak sotong ni.
Yatie ada kongsikan tip dan resipi cara dia masak Sotong Goreng Kunyit tanpa menggunakan minyak, seperti kebiasaannya. Menurut wanita ini,ia merupakan tip agar sotong yang dimasak tidak mengecut dan rahsia ia kekal pejal dan bulat.
Berikut perkongsian yang tersebut;
“Cara saya masak Sotong Goreng Kunyit.Panaskan kuali tanpa minyak tau! Ingat tanpa minyak…Kuali dah panas, masuk Sotong terus dan masuk kan serbuk kunyit @adabi_consumer 1 sudu kecik.”
“Kacau sebati serbuk kunyit dan sotong , sotong akan keluarkan air yang banyak dan akan kering sendiri tapi sotong tak akan kecut sebab masa mula-mula kita masak tak masuk minyak.”
“Agak air sotong dah kering baru masuk minyak sikit, hirisan bawang besar, bawang putih, halia & cili padi ketuk.”
“Masuk garam & secukup rasa & last taburkan daun sup”
“Api besar & kacau sebati tutup api cepat!! Supaya sotong kekal pejal & bulat.
Menurut Yatie lagi, cara ini bukan sahaja untuk memasak sotong, malah apa jua benda yang mengeluarkan air, seperti daging goreng kunyit juga boleh menggunakan teknik ini.
Setiap orang pasti ada cara memasak yang tersendiri mengikut citarasa masing-masing.Namun tak salah mencuba, tip memasak Sotong Goreng Kunyit yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen ni.Sotong nya nampak gebu, pejal dan tak kecut.
Sedapnya Tau Fu Fah, baik dimakan sejuk mahupun panas. Biasanya tau Fu Fah ni ada di jual di pasar malam. Namun dalam keadaan sekarang jika teringin nak makan tau fu fah lembut dan sedap ni, boleh buat sendiri je di rumah. Lebih sedap, jimat dan terjamin kebersihannya.
Mak-mak boleh cuba resipi Tau Fu Fah ekspres yang dikongsikan oleh Puan Nuradini Baharudin ini. Guna 3 bahan je, 15 minit dah siap! Paling cukup penting mudah, tak perlu rebus, kisar dan tapis kacang soya untuk mendapatkan airnya. Guna air kotak soya pun boleh jadi.
Bahan-Bahan :
2 kotak besar Air soya (1 Liter)
Agar-agar bertali (1 bungkus-18 gram)
1 ketul Gula melaka (untuk kuah)
Gula pasir (pilihan)
1 cawan air
Cara Membuat :
1. Didihkan secawan air dan masukkan agar-agar. Kacau hingga larut.
2. Masukkan air soya untuk beberapa minit dan tutup api.
3. Tapis untuk dimasukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
4. Untuk kuah, didihkan air dan masukkan gula melaka, tambahkan gula pasir jika suka manis.
5. Apabila air soya tadi sudah beku boleh lah dihidangkan bersama air gula melaka tadi.
Siap! Senang dan simple sangat kan? RUGI TAK CUBA. Boleh di makan semasa panas dan sejuk.
Info Ekstra!
Boleh letak daun pandan dalam air gula melaka untuk bagi wangi
MW: Rupanya mudah je nak buat tau fu fah sendiri di rumah. Ikut cara ekspress ni, guna 3 bahan je dan ikut resipi yang dikongsikan pasti jadi.Lebih sedap, jimat, berbaloi, halal dan terjamin kebersihannya.
Sumber: Nuradini Baharudin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.