Lelaki yang tertimbus ketika mendulang bijih timah sempat mencium isteri berulang kali menjadi petanda meninggal dunia. Isterinya tidak menyangka perubahan tingkah laku suaminya yang selama ini panas baran rupanya menjadi petanda dia akan pergi selamanya.
Semoga isteri dan anak-anak tabah dalam menerima ujian berat ini. MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Suami Berubah Laku Jadi Petanda Sebelum Tertimbus
"Arwah suami seorang yang agak baran namun sejak beberapa hari lalu, dia jadi lembut dan cukup manja dengan saya malah sempat mencium saya berulang kali sebelum keluar pergi melombong bijih timah di kebun itu.
"Sepanjang perkahwinan kami, tidak pernah saya melihat dia sebegitu namun tidak menyangka itu petanda dia akan pergi meninggalkan kami tujuh beranak, termasuk dua anak tiri kembar."
Demikian luahan Nur Aqila Mat, 28, isteri kepada Mohd Zakaria Yahaya, 48, yang ditemui maut tertimbus tanah runtuh ketika mendulang bijih timah di Ladang Batu 25, Batu Kurau, Taiping, malam tadi.
Ads
Nur Aqila berkata, arwah suami seorang pekerja kebun kelapa sawit milik syarikat swasta semenjak lebih 10 tahun lalu dan sering melakukan kerja mendulang bijih timah di situ secara sampingan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Yakin Tertimbus Dalam Runtuhan
"Pada hari kejadian suami keluar dari rumah pada 1.30 tengah hari secara bersendirian menuju ke lokasi tempat dia melombong. "Namun sekitar 7.15 malam, suami masih tidak pulang ke rumah dan merasa ada sesuatu yang tidak kena, saya mengarahkan seorang anak mencari suami di lokasi tempatnya melombong," katanya.
Menurutnya, sebaik anak berada di lokasi, dia menyedari terdapat satu kawasan runtuhan tanah berlaku berhampiran motosikal dan peralatan mendulang milik suami di situ.
Ads
"Sejurus dimaklumkan perkara itu, saya segera membuat laporan polis kerana naluri hati yakin mengatakan mungkin tertimbus dalam runtuhan itu. "Akhirnya, suami ditemui dalam runtuhan itu dan disahkan telah meninggal dunia," katanya lagi.
Sering Mendulang Di Waktu Lapang
Tambah Nur Aqila lagi, jenazah suaminya dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Redang Panjang. Mohd Zakaria meninggalkan seorang balu dan enam orang anak berusia dua hingga 16 tahun.
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya hasil siasatan pihaknya mendapati kawasan kejadian merupakan kebun kelapa sawit yang sering dijadikan kawasan melombong bijih timah secara tradisional oleh penduduk sekitar.
Ads
"Mangsa dikatakan sering ke lokasi kejadian untuk melombong bijih timah sekiranya berkelapangan selepas waktu bekerja.
"Hasil tinjauan juga mendapati kawasan melombong itu tidak selamat ekoran daripada aktiviti melombong yang menggunakan cangkul selain keadaan tanah yang digali semakin mendalam.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk di bedah siasat dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan," katanya.
MW: Sebagai ingatan suami, hargailah pasangan setiap kerana kita tidak tahu bila ajalnya akan menjemput. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Walaupun pedih, MW mendoakan keluarga ini tabah menerima ujian dan takdir Ilahi.
Rupanya ramai yang berdepan dengan masalah ini susah jumpa urat apabila perlu diambil darah. Sudahlah tak sihat, urat pula tak jumpa-jumpa sebab halus sangat. Kalau tak halus, lelemak pula banyak hingga tak tahu letaknya urat.
Golongan ini sudah tentu trauma setiap kali perlu ke klinik atau hospital dan mereka perlu melalui prosedur mengambil darah. Orang lain sekali jalan dah jumpa urat, kita pula berkali-kali cucuk, tak jumpa-jumpa. Memang traumalah. Dr Khairul Faizie ini berkongsi tip bagaimana mengatasi masalah ini.
Jenuh la jugak nak mencari saluran darah Sipayung ni tadi.
Sipayung datang utk pemeriksaan pekerja asing, Fomema.
Cucuk sekali, gagal.
Sipayung dah menggetap bibir menahan sakit + perasaan takut.
Cucuk kali kedua, Alhamdullilah.
Meluncur laju darah disedut masuk menerusi jarum.
Aku minta maaf pada Sipayung sebab kena cucuk dia 2 kali. Tangan perempuan, biasalah. Lainlah pekerja asing lelaki. Saluran darah kat lengan macam akar kayu melintang. Tutup mata pun boleh sedut darah. Ok aku tipu, belum pernah cuba ambik darah blindfolded
Usai proses ambik darah, Sipayung cakap : " Fuhhh…lega doctor. Dua kali aja. Tahun lepas saya dicucuk 5 kali di sini (tunjuk lengan kanan) dan 5 kali di sini ( tunjuk lengan kiri ). Baru dapat diambil darahnya ".
Tip Supaya Sejarah Tak Berulang
Ini tip untuk korang yang salur darah halus, banyak lelemak di lengan atau ada history payah nak diambil darah:
1. Relaks Ini paling penting. Jangan gelabah tak tentu hala. Perasaan tak relaks atau gelabah anda akan mengecutkan lagi saluran darah. Dah la susah nak cari salur darah, korang pula bergoyang goyang, segala doa jampi serapah baca kuat-kuat. Doktor atau nurse yang mencucuk pun boleh stres tau . Bila stres, faham2 je la… makin susah nak perform.
2. Minum air secukupnya Dehydrated boleh menyukarkan proses ambik darah. Saluran darah akan lebih relax / mudah mengembang jika cukup air.
3. Panaskan badan Jalan-jalan laju / lompat katak or whatever short exercise, before prosedur ambik darah untuk panaskan suhu badan. Bila body panas, aliran darah bertambah & saluran darah akan mengembang. Ini memudahkan proses cari saluran darah. Ataupun tip termudah ialah golekkan botol panas / kain panas dekat lengan ( area nak ambik darah ).
4. Gunakan kuasa graviti Baring dan juntaikan lengan yg nak diambik darah. Buat senaman genggam tangan, buka tangan berulang ulang untuk "pam" darah ke kawasan lengan yang terjuntai tu.
Ataupun, korang putar / pusingkan lengan buat putaran 360 darjah, secara berulang ulang utk memaksa darah masuk ke lengan dan mengembangkan saluran darah di situ.
MW: Semoga perkongsian ini dapat mengatasi masalah anda yang buatkan anda trauma selama ini untuk diambil darah. Apatah lagi mak-mak yang mengandung, hampir setiap bulan diambil darah sepanjang mengandung, mesti trauma kan???
Ya Allah.. sebaknya hati lihat seorang atuk yang strok terbaring dalam pondok usang. Kisah pilu ini dikongsikan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang tak dapat menahan sebak air mata sepanjang berkunjung ke pondok terletak di Kedah ini.
Kata Ustaz dalam perkongsiannya di facebook miliknya, pondok itu didiami atuk yang strok bersama berbelas anak-anak. Simpati dengan nasib warga emas dan keluarganya ini, Ustaz Ebit berhajat mencari rumah sewa di sekitar kediaman mereka.
Dapatlah nanti mereka berpindah dan duduk di situ. Namun, usaha mencari rumah tidak mudah sebab bilangan penghuni itu dengan ahli keluarga yang ramai. Sebak dengar ikrar ustaz, “Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru.”
Menangis akhirnya sampai Alor Setar.. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok IC semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini… hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.
Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya.
Ustaz Cari Rumah, Nak Bawa Keluarga Pakcik Pindah
Saya bawa pakcik pindah yer. “Nak!” Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar.
Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.
Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini. Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai di situ. Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.
Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.
Ustaz Ebit Lew aktif dengan kerja-kerja membantu masyarakat susah sepanjang PKP ini. Hendak turun padang sekali barangkali tidak mampu, jadi jika ada yang berniat mahu bersedekah dan sama-sama bantu ustaz dalam kerja dakwahnya, ustaz kongsikan akaun ini :
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia CIMB Bank 8603546376
MW : Semoga ustaz dapat memperoleh rumah yang sesuai untuk keluarga ini. Dan dipermudahkanNya untuk kerja-kerja dakwah ustaz seterusnya.
Sebelum kahwin lantang bersuara, lepas jadi isteri Sweet jaga aib diri dan suami. Pelakon yang mendirikan rumahtangga pada 24 Oktober 2022 Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi bersama pelakon, Adam Lee akui dirinya kini makin matang.
Selepas mendirikan rumahtangga dan bergelar isteri dia lebih berhati-hati terutama apabila meluahkan perasaan atau berkongsi masalah di media sosial.
Sebelum Kahwin Lantang Bersuara
Jika dahulu sebelum mendirikan rumahtangga, Sweet memberitahu dia begitu lantang berkongsi segala masalah di media sosial. Namun kini dirinya makin matang dan sangat bersyukur dikurniakan suami yang turut banyak memberi nasihat.
“Sebelum kahwin memang saya memang lantang bersuara dan suka berkongsi di sosial media. Nak tunjukkan perasaan tak puas hati pada orang di luar sana. Bila orang tanya saya akan cakap saya general saja nak beritahu pada public bukan ada apa-apa pun,” kongsi Sweet.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini begitu ceria. Malah sewaktu ditemubual terpancar kebahagiaan di wajah masing-masing.
Duduk Berbincang Dengan Suami Jika Punya Masalah
Sweet dan Adam juga menerangkan mereka lebih suka berbincang jika punya masalah berbanding berkongsi di media sosial.
“Adam bukanlah seseorang yang suka tunjukkan semua di sosial media. Suami mengajar saya menjaga aib keluarga dan diri sendiri pada orang di luar sana. Pada saya less is more, Jika ada masa keluarga atau apa-apa masalah kenalah duduk berbincang dengan suami,” kongsi mereka.
Adam Ringan Tulang
Mengusik tentang kehidupan mereka sebagai suami isteri, Sweet menerangkan Adam seorang suami yang ringan tulang bila di rumah.
“Alhamdulillah dapat suami yang bekerjasama dan bantu saya buat kerja rumah. Memang Adam ringan tulang dan kami sama-sama akan buat kerja rumah. Saya sangat bersyukur. Kami memahami cara masing-masing dan kami tahu patut atau tidak lakukan selepas berkahwin,” ujar Sweet.
Bergandingan Bersama
Sweet dan Adam juga menerangkan mereka bersyukur apabila digandingkan bersama dalam drama Cik Misi 123.
“Alhamdulillah kami digandingkan bersama dalam drama ini. Kami tak tolak rezeki jika kami digandingkan bersama dalam sebuah drama.
“Kami suka pekerjaan kami. Tak ada istilah berkepit sebab produser yang nak dan kami bersyukur bila digandingkan,” kongsi mereka.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.