Macam-macam hal, akibat tabiat pelik yang suka memasukkan objek kedalam dubur, diri terpaksa menanggung derita dan sengsara apabila ianya tersekat selama hampir 7 jam!
Kejadian yang berlaku di Beijing ini, seorang lelaki di China menanggung malu apabila terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan selepas bebola kaca selebar 7.62 sentimeter tersekat di dalam duburnya.
Kejadian itu berlaku di Dongguan, Wilayah Guangdong baru-baru ini apabila lelaki dikenali sebagai Xiao Ming, 31, pergi ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk selepas objek itu tersekat di rektum selama tujuh jam.
Doktor kemudian membuat ujian X-ray di perutnya dan terkejut apabila mendapati objek bulat tersekat di bahagian rektumnya.
Ads
Tempoh Sejam Keluarkan Guna Forsep
Guangdong Public Channels melaporkan, doktor berjaya melakukan pembedahan untuk menolak objek itu ke lubang duburnya dan mengeluarkannya menggunakan forsep dalam tempoh sejam.
Seorang doktor memberitahu, dia menggunakan alat untuk memeriksa bahagian dalam perut lelaki itu sebelum menggunakan tangannya untuk menekat perut bagi menolak objek besar itu.
Ads
Jelasnya, pesakit gagal mengeluarkan bebola itu kerana ia terlalu besar dan dia mungkin berdepan kejutan septik serta berdepan risiko usus berlubang jika lambat mendapatkan rawatan.
Xiao Ming memberitahu doktor, dia mempunyai ketagihan memasukkan objek ke dalam duburnya tetapi biasanya dia boleh mengeluarkannya semula.
Ads
Bagaimanapun kali ini, dia gagal mengeluarkan objek itu kerana ia terlalu besar.
Macam-macam hal, tolonglah jangan buat perkara yang aneh dan tabiat pelik-pelik, bukan sahaja menyusahkan diri, menyusahkan orang lain juga.
Sebagai pengajaran, sebelum memuat naik sesuatu status di laman sosial, sila fikirkan dahulu kesan dan akibatnya yang mungkin berlaku. Gara-gara mahu menarik ramai pengikut di media sosial, seorang wanita yang juga merupakan seorang blogger di China ditangkap apabila mencetuskan kekecohan selepas menawarkan perkhidmatan hubungan intim percuma di sebuah hotel di Sanya, Pulau Hainan.
Wanita itu menjadi takut apabila kira-kira 3,000 lelaki tidak berhenti-henti datang ke hotel penginapannya, malah ada yang berkumpul di depan hotel sebelum memuat naik status baru di Weibo (Twitter versi China) memberitahu dia hanya bergurau dan merayu orang ramai tidak mencarinya lagi.
Susulan kekecohan itu, polis menahan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Miss Ye, 19, selepas menerima laporan daripada hotel dan dia disiasat kerana disyaki mengiklankan khidmat pelacuran.
Daily Mail yang memetik laporan portal berita ifeng.com melaporkan, kejadian berlaku di Teluk Haitang, pulau Hainan, di selatan China.
Miss Ye dilaporkan memuat naik status pada 1 Mac lalu, berbunyi:
“Siapa mahu mendapatkan saya.. untuk hubungan intim secara percuma.”
Dia turut menyatakan nama hotel dan nombor bilik 6316 dalam status berkenaan.
Tidak lama selepas dia memuat naik status berkenaan, ratusan lelaki datang mengetuk pintu biliknya, manakala ribuan lagi berkumpul di luar hotel. Ramai pengguna media sosial turut memuat naik video dan gambar mereka berkumpul di hotel itu serta beratur di bilik 6316.
Miss Ye yang ketakutan segera memadamkan status berkenaan sebelum meminta bantuan pengawal hotel untuk mengiringnya keluar dan menaiki teksi ke lapangan terbang.
Polis memberitahu, wanita berasal dari Shanghai itu ditahan di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix .
Ketika soal siasat, Miss Yee mengaku dia sengaja memuat naik status itu untuk menarik ramai pengikut di laman sosialnya yang kini ditutup selepas kejadian berkenaan.
Macam-macam hal, punyalah nak ramai pengikut di laman sosial tak fikirkan akibat dan kesannya! Tanggunglah sendiri iya.
5 tahun makan katak hidup untuk hilangakan rasa kebas dan bisa pada kaki.Wow! hebat betul cara rawatan yang wanita ini amalkan. Sebenarnya, jika alami sebarang masalah kesihatan, tidak perlu mencuba kaedah rawatan yang pelik-pelik. Bersegeralah berjumpa dengan doktor yang bertauliah untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sebaiknya.
Kejadian yang berlaku di Beijing China ini,seorang wanita yang hanya mengikut nasihat tabib tempatan yang mencadangkannya agar makan katak hidup dipercayai bagi memulihkan sakit kakinya, terkejut apabila mendapati cacing pita sepanjang 13 sentimeter bersarang dalam payudaranya.
Menurut laporan media China, wanita dari Jiaqing, wilayah Zhejiang, dikenali sebagai Yao, 59, dinasihatkan makan katak hidup oleh tabib pada 2013 bagi memulihkan kebas dan rasa berbisa pada sendi serta kakinya.
Menurut South China Morning Post, selepas mengikuti nasihat berkenaan selama 5 tahun, derita wanita itu semakin teruk kerana berasa sakit di bahagian lain, termasuk lenguh di perut, payudara serta mata.
Baru-baru ini, wanita itu mendapatkan pemeriksaan di hospital selepas ada benjolan pada payu dara kanannya.
Portal Kankanews.com melaporkan, doktor memutuskan membedah benjolan pada payudara wanita itu dan mereka menemui cacing pita di dalamnya.
Parasit berukuran 13 sentimeter (5 inci) itu daripada spesies yang lazimnya ditemui dalam usus kucing serta anjing, namun amat jarang dijumpai pada manusia.
Doktor menjangka ia masuk ke dalam tubuh wanita itu melalui daging katak yang mengandungi telur cacing berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Macam-macam hal.Jika alami masalah kesihatan, mohon lakukan pemeriksaan dengan doktor yang bertauliah iya. Janganlah mencuba rawatan yang pelik-pelik, sehingga boleh mengakibatkan masalah lain pula.
Sekitar September lalu, Mingguan Wanita pernah kongsikan kisah adik Azri Haziq. Anak baik usia 12 tahun yang gigih menduduki peperiksaan UPSR selepas selesai memandi, mengkafankan ayahnya yang meninggal pada hari peperiksaannya itu.
Dalam linangan air mata dia tetap cekal menyelesaikan jawapan pada kertas-kertas peperiksaannya itu. Gurunya, Cikgu Hussayn yang juga Guru Bimbingan & Kaunseling di SK Putrajaya Presint 8 (2) ini menjadikan kisah pelajarnya sebagai panduan.
Mantan anak muridnya itu Azri Haziq istimewa sekali kisahnya. Mampu menyuntik inspirasi kepada murid yang suka ponteng sekolah dan banyak beralasan.
“Hari ini airmata saya mengalir ketika menjalankan sesi kaunseling. Saya bersama seorang murid tahun dua yang suka ponteng sekolah dengan pelbagai alasan setiap hari.
“Setelah beberapa sesi perjumpaan dan konsultasi waris, dapat disimpulkan semuanya adalah berkaitan sikap. Bukannya masalah kesihatan atau berpunca daripada sekolah.”
Airmata mengalir apabila saya ceritakan pada murid tersebut tentang kisah ‘Azri Haziq’ dan tunjukkan rakaman video-video temubual NLKO TV9 bersamanya.
“Sejujurnya semua harapan saya pada anak bangsa ada dalam video itu. Itulah harapan saya padanya juga pada murid lain di luar sana.
“Bahkan itulah juga tujuan saya menulis dan berkongsi dahulu sehingga kisah ini menjadi viral.”
Bukan menulis saja-saja. Tetapi menulis dengan harapan yang menggunung tinggi. Moga sebagai guru, saya tidak lagi bertemu dengan murid yang suka ponteng sekolah dan suka memberikan alasan.
“Abang awak ayah dia meninggal dik. Tapi dia kuat semangat dan teruskan juga ambil peperiksaan UPSR. Dia tidak ponteng pada hari tersebut. Cikgu sendiri jadi saksi saat itu, betapa abang awak insan luar biasa. Dia bersekolah di sekolah ini dan inilah CIKGU yang bersama dia. Sekarang ini sedang bersama dengan awak.”
“Jangan jadikan alasan remeh temeh untuk tidak belajar. Sedangkan di saat awak memberikan alasan, ada insan lain di luar sana sedang bersusah payah berusaha sedaya mampu hadir ke sekolah. Demi nak belajar kerana mereka mahu berjaya.”
Ketika ini anak kecil bernama Azri Haziq ditempatkan di rumah anak yatim pilihannya. Ini juga hasil cadangan gurunya bersama mentor gurunya itu, Pak Anjang. “Hari ini saya tak bersama dia sebab telah berpindah sekolah dan bersama murid lain sebenarnya. Tapi dia tetap mampu buat saya menangis setiap kali kenangkan semangatnya.”
“Mungkin saya agak emosi kerana terlalu merindui Azri Haziq. Maklumlah dari awal tahun saya masih lagi belum sempat bertemu dengannya di rumah anak yatim pilihannya.”
“Dia pergi ke rumah itu asbab saya minta dia pergi. Saya tahu dia sanggup buat keputusan begitu, walau terpaksa jauh dari ibu dan adik beradik. Ini kerana menghormati saya sebagai gurunya.”
“Saya mahukan ada pahala mengalir buat arwah ayahnya. Apabila dia berada di tempat yang subur benih pahala untuk disemai dan dituai.”
Terima kasih Azri Haziq. Cikgu rindu dan sayangkan awak! Belajar rajin-rajin ye sayang, buktikan yang awak mampu lakukan yang terbaik.
Mohon doakan agar anak yatim ini kuat dan tabah di tempat baharu. Semoga menjadi anak soleh yang mendoakan ibu ayahnya serta dipermudahkan urusan keluarganya. Malah mohon juga didoakan agar saya dapat berfungsi dengan baik sebagai seorang guru. Demi mendidik anak bangsa sebelum mata terpejam lena selamanya.
Seorang wanita di India meninggal dunia akibat komplikasi selepas bersalin di rumah dengan bantuan suaminya yang dipercayai mengikuti panduan video YouTube.