Cukuplah dengan rezeki yang ada ini. Mungkin ada suami isteri yang berkira-kira untuk tambah anak lagi. Tambahan dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Tapi, kalau dah rezeki, terima dengan terbuka.
Bayangkan pula kalau satu keluarga itu mempunyai lebih kurang 100 orang anak, hasil daripada 12 isteri. Bagaimanalah kehidupan mereka dan agak-agak mak ayah kenal tak setiap anak itu.
Inilah yang berlaku pada seorang lelaki mempunyai 12 isteri, 102 anak dan 568 cucu, hidup dalam kawasan rumah yang sama, umpama satu perkampungan pula.
Mzee Musa Hasahya adalah petani Uganda berusia 67 tahun. Dikatakan dia salah seorang ahli poligami paling prolifik dalam sejarah kerana mempunyai 12 isteri, 102 anak dan 568 cucu.
Mengikut piawaian kampung asalnya Lusaka, poligami adalah sah dan keluarga Mzee Musa Hasahya dianggap raksasa. Walaupun dibesarkan dalam kemiskinan yang teruk, dia berjaya mengatasi keadaannya, mengumpul kekayaan dan telah dilantik sebagai pengerusi kampung selama beberapa dekad.
Ads
Hasahya berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1971 ketika berusia 16 tahun.
“Arwah bapa, Mwamadi Mudumba mempunyai dua isteri tetapi hanya melahirkan dua anak. Ini berisiko kepupusan keluarga dan puak kami,” kata Mzee Musa Hasahya.
Tinggal Bersama
Boleh dikatakan 1/3 daripada anak Hasahya tinggal bersama dan isteri-isterinya di rumah keluarga. Manakala selebihnya telah berpindah dan membina keluarga sendiri.
Petani yang berusia 67 tahun juga memberitahu dengan isteri dan anak seramai ini membuatkan dia tidak mengenali semua anak di rumahnya, apatah lagi nama mereka.
“Semua isteri saya memasak dengan cara yang sama dan tinggal di rumah yang sama. Mudah untuk saya memantau mereka dan juga menghalang mereka daripada lari dengan lelaki lain di kampung ini.”
Ads
Menariknya, anak sulung Mzee berusia 49 tahun, sedangkan isteri bongsunya, Zabina, 28 tahun. Dia menjaga semua isterinya, menghabiskan masa dengan masing-masing, dan tidak pernah menipu mereka.
Di sebalik kata-kata pujian daripada keluarganya, Mzee Musa Hasahya mengakui tidak semua sempurna dalam keluarga besarnya. Kos sara hidup yang semakin meningkat telah menyukarkan dia untuk menyediakan semua yang mereka perlukan, dan itu menyebabkan separuh daripada isterinya meninggalkannya. Dia kini hanya mempunyai enam daripada dua belas isteri asalnya.
“Ayah mempunyai wang tetapi empat tahun lalu, perniagaan lembu merosot dan isteri mula meninggalkan seorang demi seorang sehingga mereka kekal enam,” kata Bumaru Hifunde, salah seorang anak lelaki sulung Hasahya.
Disebabkan masalah kewangan inilah Hasahya memberitahu isteri yang ada untuk tidak hamil dan anak lagi.
Ads
“Saya tidak mahu anak lagi. Keadaan kewangan sekarang sangat teruk dan untuk memastikan tidak hamil, saya mengambil pil perancang,” kata salah seorang isteri lelaki itu.
Mungkin keputusan Hasahya adalah yang terbaik, lagipun, dia sudah mempunyai 102 anak dan 568 cucu.
Mingguan Wanita : Berapa banyaklah perbelanjaan sebulan untuk keluarga ini? Macam satu kampung dah.
Akui Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH selama 10 kali itu Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ni, beliau gemar melakukan aktiviti kemasyarakatan ini sejak sekian lama lagi.
“Ikutkan sejak zaman mengacara program Pop Kuiz lagi saya curi masa melawat orang sakit. Saya fikir keberadaan di pusat kesihatan atau hospital juga boleh berkongsi rasa dan menyuntik semangat dengan mereka yang diuji sakit itu ini.
“Seiring peredaran masa ada rezeki termasuk wang lebih, saya kongsinya serba sedikit dengan mereka yang lebih memerlukan. Setiap kali saya terbabit dengan jelajah ke sekolah seluruh Malaysia atau percutian spontan ke sesebuah lokasi, saya gemar lakukan misi amal tanpa dirancang atau lebih tepat mengejut.
Ikhlas Membantu
“Pernah di Kuala Terengganu awal tahun ini, saya dan team Pak Nil meraikan hari lahir pada minit akhir untuk seorang pelajar kolej politeknik di sana yang kebetulan menyambut hari lahirnya. Tanpa disangka, bapanya pula bekerja sebagai pemandu ambulans. Saya juga sudi menanggung bayaran pengajian pelajar itu sampai habis yang berbaki beberapa tahun lagi.
“Kira kira dua tahun lalu juga saya ke Perak menawarkan diri untuk membayar sewa rumah selama setahun untuk sebuah keluarga. Kebetulan ketua keluarga iaitu bapanya menjaga lima anak kandung selain beberapa orang anak buah. Lelaki itu kerjanya seperti kais pagi makan pagi. Apa saja kerja yang datang, dia akan lakukan tanpa mengharapkan langsung bantuan orang lain.
Hulurkan Sumbangan
“Malah saya pernah menjejaki rumah seorang nenek berusia dalam lingkungan 80 ke 90 tahun di Kuala Pilah yang hidup dalam keadaan daif bersama seorang anaknya. Paling menyedihkan rumahnya tidak terjaga kemas dan bersih, hingga penuh sampah sarap.
“Ajaibnya saya seperti diberi ‘superpower’ hingga hidung seperti kebal tak bau busuk langsung saat berada di situ. Bayangkan saya ini kalau bau telur hanyir pun rasa nak muntah. Sedangkan yang lain mahu lekas beredar. Alhamdulillah pada lawatan kali kedua, rumah yang didiami itu sudah semakin okay. Saya juga sumbangkan kerusi roda, susu dan lampin pakai buang untuk nenek berkenaan,” ungkap Pak Nil.
Pak Nil sememangnya seorang yang baik hati dan ikhlas membantu.
Patutlah orang kata guna tisu ni tak elok sangat! Kelam kabut tengok sesuatu yang tertumpah atau barang kotor, mesti anda terus tarik tisu. Lagi pun tisu sangat mudah di bawa ke mana-mana berbanding guna kain.
Tetapi anda perlu tahu, tidak semua benda boleh dibersihkan menggunakan tisu sebab hasilnya boleh merosakkan dan membuat barang yang disapu jadi lebih kotor. Jadi apa lima barang yang tidak boleh dicuci guna tisu? Jom, semak!
1. Cermin mata
Mahal macam mana pun harga cermin mata, kalau sekali anda bersihkan habuk guna tisu memang boleh calar. Tambah pula, lensa cermin mata zaman sekarang mempunyai lapisan yang cepat tergores jika di lap dengan tisu. Nak selamat, lap saja guna kain yang disediakan khusus untuk cermin mata anda.
2. Perabot Kayu
Debu dan tisu sama-sama memiliki tekstur kasar. Kalau anda guna tisu buat lap perabot kayu, risiko besar lapisan kayu cepat tercalar. Lebih selamat anda buang habuk dengan cara lap guna kain basah (cairan pembersih kayu) atau paling senang guna saja bulu ayam, khas untuk bersihkan debu.
3. Skrin Televisyen, Komputer & Telefon
Tekstur tisu yang kasar akan calarkan permukaan skrin dengan mudah kalau anda guna tisu untuk sapu habuk. Sebenarnya anda boleh gunakan kain microfiber jika skrin kotor dan tambahkan sedikit alkohol agar lebih bersih.
4. Karpet
Selalu kalau air tumpah atas karpet, laju tangan capai tisu yang ada dalam poket atau atas meja semata nak lap. Tapi adakah anda kesannya karpet anda bertambah kotor dan nampak buruk. Menggunakan tisu untuk membersihkan noda pada karpet. Mestilah tisu yang diguna untuk sapu akan hancur sebab permukaan karpet sangat kasar.
5. Baju Hitam
Kalau pakaian kotor sekali pun jangan cuba lap guna tisu. Jika anda menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran yang tertumpah pada pakaian dengan warna gelap, terutama hitam dan biru gelap, serpihan tisu akan tertinggal pada pakaian. Pernah terbasuh baju sekali dengan tisu dalam mesin basuh? Nampak tak kesan pada pakaian, satu baju akan dipenuhi tisu yang hancur. Jadi, cuba elakkan guna tisu untuk lap pada pakaian warna gelap, ya!
Sekarang anda sudah tahu keburukan menggunakan tisu untuk membersihkan beberapa barang tidak boleh dipandang remeh. Selepas ini, jangan fikir nak cepat ya. Kena jaga betul-betul barang yang berharga yang dimiliki, bukan senang nak dapat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Belum tibanya waktu kami bergelar ayah ibu, jadi serahkan semua kepada Allah” Beto Kusyairy. Tidak semua pasangan bernasib baik dalam mengharungi perjalanan sepanjang menjadi suami isteri.
Pasti ada hikmahnya jika sehingga kini pasangan yang mendirikan rumah tangga masih tidak mempunyai zuriat. Jangan lah bersedih, sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik.
Begitulah juga yang diharungi oleh pelakon yang melakonkan watak Wahid menerusi filem hebat Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Beto Kusyairy.
“Belum Tibanya Waktu Kami Bergelar Ayah Ibu, Serahkan Semua Kepada Allah”
Akuinya rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak dia dan isteri kesayangan, Tisha binti Shahar. Seperti mana yang dilaporkan menerusi Kosmo Online, Beto akui perancangan Allah adalah yang terbaik. Malah dia tidak menyalahkan takdir.
“14 tahun saya berkahwin dan menjadi suami, namun rezeki untuk memiliki cahaya mata masih belum jadi hak kami.
“Namun tidak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki,” kata Beto.
Berusaha Dapatkan Zuriat, Dari Rawatan Islam, Moden & Tradisonal
Beto dan isteri juga sebenarnya sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah pelbagai rawatan telah dilakukan namun rezeki tersebut belum kunjung tiba.
“Macam-macam cara saya dan isteri dah cuba dan berusaha. Daripada rawatan Islam, moden sampailah tradisional semuanya sudah kami jalani.
“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tibanya lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada Allah.
“Saya juga sangat bersyukur kerana memiliki kedua-dua belah keluarga termasuk mentua yang cukup memahami dengan situasi kami.
“Mereka tidak memaksa, menekan atau sering mengajukan soalan sama berhubung anak,” sambungnya.
Bertuah kerana dapat membintangi filem epik, Mat Kilau Beto akui filem tersebut sangat berbeza dengan karya lain yang pernah dibintangi.
“Filem Mat Kilau jauh berbeza. Watak fiksyen yang saya cuba sampaikan tidak sama sekali dengan puluhan filem atau drama yang pernah saya jayakan sebelum ini.
“Saya mengharapkan filem ini akan membuatkan pembikin lain lebih bersemangat untuk menghasilkan filem epik yang lebih baik,” akhiri Beto.
Mingguan Wanita : Bagusnya pasangan ini cukup bertabah.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...