Seronoknya bila masa raya, semuanya adik beradik, sanak saudara berkumpul. Maklumlah dah lama tak jumpa. Mesti ada banyak cerita yang nak dibualkan.
Walaupun dah lama tak jumpa dan inilah masa raya nak berkumpul tapi kena jaga perasaan dan hati orang yang kita jumpa. Tak kisahlah adik beradik atau saudara mara sekalipun.
Ini belum lagi berkumpul adik beradik di rumah, jangan harapkan orang tua saja yang buat keja rumah. Kenalah tolong.
Beberapa tip yang dikongsikan oleh Hayat Muhammad bila balik masa raya dan berkumpul ramai-ramai. Pesanan yang selalu ditekankan tapi masih tetap ada yang buat ‘perangai’ juga.
1. Bagi duit kat mak. Belanja dapur meningkat 10 kali ganda. Terutama apabila semua adik beradik balik. Bantu sikit seorang sekadar mampu.
2. Tolong kat dapur. Mak kau bukan hamba. Buat semua sama- sama. Jangan sibuk nak main handphone je.
3. Bila dah kumpul ramai- ramai, jangan duduk bandingkan kerja apa dan gaji berapa. Lepas tu, jangan duduk bandingkan akademik anak- anak. Banyak lagi benda boleh dibualkan. Anak-anak ramai yang akademik hancur, tapi nanti besar jadi orang berjaya. Setakat gaji mahal kerja company orang tak payah bangga la. Sekali kena buang merangkak la.
Ads
4. Jangan bergaduh adik beradik. Ada yang memang suka bergaduh, suka sindir menyindir. raya ni tak payah jahat mulut sangat. Saka tu suruh diam- diam. Biasa mulut jahat ni ada saka.
5. Jangan jemput EX datang rumah. Jaga perasaan pasangan. Benda ni benda paling bodoh yg orang tak buat tapi ada yang buat. Pastu datang, gedik gedik pulak.
6. Masa raya, jangan mengumpat berjemaah. Sebab korum lebih dari cukup. Jangan start. Kalau kau start, ramai yang nak join.
7. Duit raya kalau orang tak bagi, jangan bising. Ekonomi tengah meleset. Kita tak tahu ekonomi orang tu. Maybe dia baru kena buang kerja.
Ads
Mingguan Wanita : Selalunya inilah topik yang selalu dibualkan. Daripada berbual biasa, boleh jadi ada kata-kata yang menyinggung perasaan. Peringatan untuk kita semua
‘Nak jimat elektrik, off peti sejuk waktu malam.’ Sanggup bagi anak makanan basi. Langkah ini diambil mak, ayah yang mahu menjimatkan penggunaan elektrik di waktu malam.
Keadaan ekonomi yang meruncing membuatkan segelintir mak ayah mengambil inisiatif mudah bagi menjimatkan elektrik tanpa memikirkan akibatnya kepada anak-anak.
Tindakan segelintir ibu bapa di Britain yang bertindak menutup suis peti sejuk pada waktu malam bagi menjimatkan penggunaan elektrik dikhuatiri menjadi faktor penyebab anak-anak jatuh sakit akibat keracunan, lapor akhbar Metro UK, semalam.
Sebuah organisasi kebajikan, Truro Food Bank mendakwa banyak kes melaporkan kanak-kanak mengalami sakit perut kerana memakan makanan basi yang dibiarkan dalam peti sejuk tanpa elektrik.
Selain itu, terdapat beberapa kejadian di mana kanak-kanak terpaksa pergi ke sekolah dengan pakaian yang tidak dicuci kerana ibu bapa bermati-matian cuba menjimatkan penggunaan tenaga.
Menurut, kakitangan di bank makanan, derma masyarakat kepada badan kebajikan telah menurun dan permintaan untuk makanan pula makin meningkat, sekali gus memberi tekanan lebih kepada masyarakat berpendapatan rendah.
Pengurus Truro Food Bank, Simon Fann memberitahu, pihaknya mula menerima laporan kes kanak-kanak mengalami keracunan makanan sejak akhir-akhir ini.
“Tahap keperluan makanan semakin meningkat dan mengatasi derma yang kami peroleh pada masa ini.
“Itu mungkin menunjukkan bahawa orang yang biasanya mampu menderma kini bergelut bagi memastikan bekalan makanan mereka sendiri mencukupi,” jelas Fann.
Dianggarkan setengah juta kanak-kanak Britain akan berada dalam ‘kemiskinan mutlak’ menjelang akhir tahun ini kerana tahap gaji minimum yang bergelut untuk bersaing dengan rekod paras inflasi.
Kenaikan cukai dan bil tenaga juga membawa kepada kejatuhan terbesar dalam taraf hidup di negara itu dalam tempoh 70 tahun. – Agensi
Mingguan Wanita : Masing-masing berusaha keras untuk terus hidup dan bertahan. Jika berkemampuan, tentu mak ayah tidak akan mengambil tindakan sedemikian rupa.
“Dilantik sebagai Timbalan Ketua JuruTeknologi NASA.’ Tahniah anak perkampungan nelayan kelahiran Muar, Johor ini. Perlantikannya bukan hanya membanggakan negeri Johor, malah seluruh negara.
Kejayaan yang bukan kaleng-kaleng ini membuktikan anak kelahiran Malaysia juga mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian seorang rakyat negeri Johor yang menempa nama di peringkat antarabangsa.
Hal itu ekoran kejayaan Florence Tan yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Florence Tan merupakan seorang anak kelahiran Muar, Johor yang datang daripada perkampungan nelayan.
“Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini hingga menempa nama di luar negara.
“Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor diperingkat antarabangsa,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sultan Ibrahim turut bertitah agar pencapaian anak kelahiran Johor itu menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan diperingkat dunia.
Mingguan Wanita : Tahniah Florence Tan atas perlantikan ini.
Wanita berkerjaya, bincanglah jika suami minta berhenti kerja. Seperti mana yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi akaun Facebooknya, ada berkongsi tentang luahan seorang wanita.
Wanita tersebut yang juga ibu kepada empat orang anak memohon bantuan. Dan selepas berbual rupa-rupanya wanita yang juga bergelar ibu tunggal itu semasa bergelar isteri rupanya seorang bekerjaya.
Namun mengambil keputusan berhenti kerja kerana mengikut arahan suami.
Sememangnya kisah yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli ini menjadi dilema ramai wanita bekerjaya. Kadangkala ada yang serba salah mahu bekerja membantu keluarga dan dalam masa yang sama perlu mendengar arahan dari suami.
Namun sebenarnya banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja namun rezeki itu semuanya dari Allah.
Paling membimbang jika perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan dan terjadinya perpisahan. Sudah tentu wanita tersebut terpaksa memikirkan tentang sumber kewangan untuk menampung kehidupannya.
Ikuti perkongsian Cikgu Mohd Fadli tentang kisah pengorbanan seorang wanita yang berhenti kerja kemudian perkahwinan wanita itu tidak berpanjangan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada wanita di luar sana.
“Speechless… 😢
Baru-baru ni, ada ibu anak 4 datang mohon bantuan. Dan dia bercerita kenapa dia jatuh sampai tahap perlu mohon bantuan.
Cerita seperti ini beberapa kali aku sendiri dengar dari mereka yang perlu bantuan. Kisah asalnya mereka mampu, agak senang dan akhirnya terhimpit dalam kesusahan.
Wanita itu dulu ada kerjaya. Gaji dah sedap dah. Dalam RM3k sebulan. Duduk menyewa di kondo bersama suami dan anak-anak.
Sampai satu masa, suami dia minta dia berhenti kerja. Katanya dia mampu sediakan semuanya. Tak pasti kenapa suami dia berkeras mahu dia berhenti.
Mungkin cemburu, mungkin dia nak isterinya sentiasa ada di rumah mengasuh dan mendidik anak-anak, dan mahu layanan penuh dari seorang isteri.
Wanita ini tahu, suaminya bukan berduit sangat. Banyak perbelanjaan keluarga dia yang support hasil gajinya.
Namun bila suami arahkan demikian, maka patuh saja. Nanti derhaka pula.
Awalnya, semua berjalan lancar. Suami boleh bagi nafkah elok dan sara keluarga kecil mereka. Tidaklah boleh bermewah sakan, namun sentiasa cukup dan tak perlu sampai meminjam sana sini.
Namun beberapa tahun selepas itu, hubungan mereka mulai retak. Ada sahaja yang tak kena. Asyik bergaduh, bermasam muka. Dan puncak pergaduhan, perceraian berlaku.
Berpisahlah mereka, anak-anak semua nak duduk dengan si ibu.
Di sini bermula wanita itu merasa keperitan hidup bila tiada kerja dan gaji. Suami ada bagi nafkah kat anak-anak, tapi tak cukup. RM500 sebulan. Tu pun kadang-kadang ada bulan yang miss.
RM500 nak hidup macamana di tengah kotaraya ni? Sewa saja dah berapa. Makan minum lagi, bil lagi, perbelanjaan sekolah anak-anak lagi. Pampers susu semua tu.
Mujur wanita ni ada simpanan. Namun simpanan ni mampu bertahan lama mana sangat. Tak dan setahun simpanan dah hampir licin.
Dia cuba buat pelbagai kerja online. Jadi dropship dan sebagainya. Dapat la tampung sedikit sebanyak. Nak kerja tetap, anak-anak kecil. Nak hantar pengasuh perlu duit lagi. Dan bila mohon kerja, dia jadi junior semula dengan gaji permulaan pun tak besar. Macam tak berbaloi nak bayar pengasuh katanya.
Mujur permohonan zakat lulus. Ringan la sikit beban bila zakat bagi bantuan sewa rumah.
Dah beberapa kes yang aku jumpa seperti ini. Suami minta isteri berhenti kerja, kemudia akhirnya bercerai. Dan akhirnya yang terhimpit adalah isteri dan anak-anak.
Aku pun tak tahu nak kata apa. Arahan suami (masa jadi suami) kalau tak ikut, nanti derhaka. Dah ikut, kemudian akhirnya berpisah, isteri juga yang terseksa.
Kepada wanita yang berkerjaya, bincang elok-elok dengan suami jika suami minta berhenti kerja. Fikir jauh ke hadapan. Jika jodoh tidak panjang macamana pula?
Biar ada jaminan jika berhenti kerja. Jika berlaku seperti ini, sekurangnya ada persediaan dan jaminan.
Bila merancang jauh sampai fikirkan hal cerai ni, bukan kita minta nak berpisah, namun jodoh perceraian ini aturan Tuhan. Kena ada perancangan rapi takut-takut terjadi. Begitulah,” kongsi Cikgu Mohd Fadli.
Menerusi ruangan komen pelbagai pendapat diutarakan oleh waganet tentang isu ini. Malah ada yang berhenti kerja apabila diminta suami namun semuanya berjalan lancar. Ada pula wanita yang lebih selesa teruskan bekerja dan punya pendapatan sendiri.
Mingguan Wanita: Semoga wanita yang bergelar ibu tunggal kuat dan tabah harungi kehidupan!
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.