Lelaki dimadukan, mahkamah syariah sahkan wanita dua suami masih pasangan suami isteri. Kes yang sangat luar biasa namun ia telah tercipta. Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah dua hari lalu mengesahkan lelaki yang mendakwa telah dimadukan oleh isterinya, masih lagi kekal sebagai suami isteri yang sah.
Hakim Ahmad Hariri Mohd Saat berkata, keputusan itu dibuat selepas Rahaman Mohamed Jaafar, 47, membuat sumpah penafian yang dirinya tidak pernah sesekali melafazkan cerai terhadap isterinya, Wan Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32.
Lelaki Dimadukan
Rahaman meluahkan rasa bersyukur dengan keputusan itu dan menegaskan dia tidak akan melepaskan isterinya itu kerana masih ada rasa sayang terhadapnya.
“Alhamdulillah, saya berani bersumpah kerana saya tidak pernah melafazkan cerai talak tiga sebagaimana yang didakwa isteri.
“Sehingga kini saya masih sayangkan isteri kedua saya dengan apa yang dia lakukan terhadap saya sehingga berkahwin dengan lelaki lain.
Ads
“Walaupun isteri ada memfailkan cerai, saya tidak akan melepaskannya kerana sayang saya terhadap dia masih kuat,” katanya.
Mahkamah Syariah Sahkan Wanita Dua Suami Masih Pasangan Suami Isteri
Dalam kes ini dibicarakan, Wan Nor Shakirin yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak hadir pada prosiding angkat sumpah oleh suami pertamanya itu.
Wan Nor Shakirin sebelum ini memberitahu mahkamah Rahaman sudah melafazkan cerai talak tiga ke atasnya namun Rahaman menafikan perkara itu.
Memetik laporan media, pasangan itu bernikah pada 2 Januari 2019 di Narathiwat, Thailand dan telah disahkan mengikut hukum syarak pada 6 Jun lalu. Pernikahan mereka juga telah didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.
Ads
Bagaimanapun, Rahaman mendapat maklumat daripada pihak Pejabat Agama Shah Alam, Putrajaya bahawa isterinya itu telah berkahwin lagi dengan seorang lelaki lain, Mohd Kamarulazhar Ayob, 42.
Melalui peguamnya, Marzuqi Muhamad, dirinya memfailkan tuntutan faraq (perpisahan) nikah terhadap Wan Nor Shakirin dan Mohd Kamarulazhar di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Susulan itu, pada 7 Ogos lalu, mahkamah meluluskan perintah faraq nikah perkahwinan di antara isterinya dan Mohd Kamarulazhar sehingga kes pengesahan lafaz cerai antara mereka selesai sebelum kes tuntutan faraq nikah berkenan disambung.
Mahkamah menetapkan 22 Oktober ini sebagai tarikh sebutan permohonan cerai yang difailkan oleh Wan Nor Shakirin. Sumber:Sinar Harian
Dalam kehidupan seharian seorang Muslimah, perlu disulami rasa cinta yang mendalam terhadap Al Quran.
Kiasan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah ketika menyampaikan Tahsin & Selawat di Festival Ummah Mega Haflah: Bidadari Berselawat, Wanita Peneman Syurga, Semarak Cahaya Al Quran” sememangnya mempunyai mesej yang amat mendalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
UiTM Uni-Spa sediakan peluang tambah pendapatan pelajar. Sebagai pelajar kadangkala kita tidak hanya mahu bergantung kepada ibu bapa dan juga wang pinjaman pendidikan. Ada kalanya rasa tanggungjawab menjadikan seorang pelajar itu mahu berdikari dengan menjana pendapatan sendiri tanpa mengganggu jadual pembelajar di universiti.
Pelbagai program telah dibangunkan bagi menggalakkan para pelajar menjana pendapatan sambil belajar. Walaupun fokus utama mereka adalah belajar, namun dalam masa yang sama mereka boleh mengambil peluang dengan menjalankan aktiviti perniagaan bagi menampung kos sara hidup di kampus.
UiTM Uni-Spa Sediakan Peluang Tambah Pendapatan Pelajar
Dek kerana itu juga UiTM Uni-Spa di bawah Program Inkubator mahu membantu para pelajar membina kerjaya usahawan dalam bidang kecantikan dan kesihatan semasa masih menuntut di universiti. Program ini juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah pendapatan, sekaligus membantu mereka menampung kos sara hidup sehari-hari.
Bentuk Pelajar Holistik & Seimbang
‘Buah tangan’ terbaharu dalam Program Inkubator Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM dan hasil kolaborasi bersama FMMC Teguh Resources ini antara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Entrepreneurial Nation” menjelang 2030, selain membentuk pelajar yang holistik dan seimbang serta mengukuhkan kecenderungan mereka untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya.
Program ini telah dirasmikan oleh Professor Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) MASMED UiTM dan disaksikan oleh barisan Pengurusan Tertinggi MASMED UiTM serta FMMC Teguh Resources.
Antara modul yang disediakan adalah Jatidiri Usahawan Muslim, Model Business Canvas, Pengenalan Industri Kecantikan dan Kesihatan, serta Digital Marketing.
Selain itu, pelajar boleh memilih modul kemahiran seperti Urutan Sukan dan Bekam, Mobile Facial Spa, dan Muslimah Hair Stylish.
Kurangkan Kadar Pengangguran Graduan
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dari segi kemahiran dan pendapatan tambahan, tetapi juga kepada komuniti dengan menawarkan rawatan kecantikan dan kesihatan pada harga mampu milik.
Penubuhan inkubator ini dijangka dapat membuka peluang baru kepada pelajar untuk membina kerjaya sendiri, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Ini juga akan menyokong perkembangan usahawan muda dan memperkukuh ekonomi tempatan dengan penciptaan peluang pekerjaan.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kehamilan merupakan momen indah dalam kehidupan seorang wanita bergelar isteri. Begitu juga buat pelakon, Izreen Azminda di mana baru-baru ini dia mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak keempat dengan usia kandungan telah pun memasuki trimester kedua.
Menurut Izreen, 39, kandungan kali ini agak berbeza kerana berasa cepat letih berbanding kehamilan anak-anak sebelum ini.
“Mungkin dalam keadaan berbadan dua dan pada masa sama harus menguruskan anak-anak yang masil kecil serta sedang lasak. Selain itu, semuanya okey sahaja,” kata Izreen memetik perkongsian di laman Instagram miliknya.
Dalam melahirkan keterujaan hamil kali keempat, Izreen sempat menitipkan doa buat wanita yang sedang cuba untuk hamil dan mendapat zuriat untuk keceriaan rumahtangga.
‘Kami doakan buat ampa semua pejuang-pejuang TTC (Trying To Conceive) supaya dikurniakan malaikat-malaikat kecil satu hari nanti, InsyAllah.. Doa itu senjata,” ujarnya.
Disoal tentang jantina, Izreen yang merupakan ibu kepada tiga orang anak lelaki tidak mengharap untuk memiliki cahaya mata perempuan, sebaliknya menyerahkan semuanya kepada rezeki.
“Saya tidak kisah soal jantina anak, asalkan anak sihat sudah memadai buat saya,” kongsi Izreen.
Terdahulu, Izreen membuat pengumuman kehamilan anak keempat menerusi Instagram berserta foto yang memaparkan fizikal sedang hamil bersama tiga anaknya.
Izreen mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pemuzik bebas, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idress, 3.
Sementara itu, menerusi perkahwinan pertamanya dengan pengarah, Muhammad Riza Baharudin, Izreen mempunyai seorang anak lelaki, Adrian Umar, 11.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Datin Seri Shahida dapat barang kemas RM1.5 Juta! Dibela suami saat namanya dihina orang. Bila sebut tentang barang kemas, hati wanita mana yang tak berbunga, kan! Bukan sahaja cantik dipakai, malah tersimpan nilai yang cukup tinggi untuk masa depan.
Terbaru, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kembali mencuri tumpuan apabila menghadiahkan seutas rantai bernilai RM1.5 juta buat isteri tercinta, Datin Seri Shahida.
Momen istimewa itu dikongsikan sendiri di laman sosial, memaparkan detik romantik Aliff memakaikan rantai mewah tersebut di leher isterinya. Rekaan yang dipilih pula bukan biasa-biasa – daripada gaya moden dan elegan sehinggalah ke rekaan klasik yang cukup menawan. Setiap satu koleksi yang dipaparkan berjaya membuat ramai teruja, apatah lagi bila melihat kilauan emas yang cukup memukau!
Menariknya, walaupun Shahida pada awalnya keberatan melihat suaminya berbelanja besar, namun Aliff melihat barang kemas ini sebagai pelaburan bijak untuk keluarga, khususnya anak-anak.
Menjengah ruangan komen, rata-rata memuji sikap usahawan itu yang menghargai isterinya pada tahap terbaik. Tidak hairanlah rezekinya sentiasa murah kerana sering meletakkan isteri dan keluarga sebagai sumber mencari rezeki dan memberikan segalanya yang terbaik untuk keluarga tersayang!
“Bila kami dah tiada, ini semua boleh jadi warisan.” Pandangan itu sebenarnya membuka mata ramai wanita – bahawa di sebalik kilauan emas, tersimpan nilai kewangan yang stabil dan boleh diwariskan untuk generasi akan datang.
Datin sempat berkata bahawa barang kemas dalam simpanannya di rumah sudah cukup, tetapi Dato’ Aliff Syukri tetap belikan jugak! Siap cakap, “Ni untuk anak-anak nanti bila kita dah tak ada…” Harga pun bukan calang-calang. Tapi Dato’ steady je, katanya hadiah untuk isteri tersayang yang selalu ada susah senang. Kadang nampak Dato’ ni gila-gila, tapi dalam hati ada taman. Romantik sungguh lah!
Kelihatan Alif Syukri turut memakaikan rantai bersaiz besar di leher isterinya. Malah menegur bahawa jangan anggap dia ia rekaan untuk ‘makcik-makcik’ tetapi sesuai untuk gelaran isterinya sebagai ‘Datin Sri’
Barang kemas bukan sekadar simbol kemewahan, tetapi lambang kasih sayang, usaha dan juga perancangan masa depan. Jadi, tidak salah jika wanita hari ini mula menyimpan sedikit demi sedikit – tak perlu tunggu RM1.5 juta, yang penting konsisten dan bijak memilih rekaan yang bernilai tinggi.
Malam ini aku berdiri bukan sebagai perempuan yang kalah tapi sebagai perempuan yang akhirnya melihat kebenaran tanpa perlu berperang. Karena ingat: yang hilang bukan aku, tapi yang hilang adalah kesempatanmu untuk dicintai dengan tulus sekali seumur hidup.