Tak sangka, cuma guna wallpaper wanita ini mampu hasilkan kelainan pada rak TV dalam rumahnya. Nak beli baru macam membazir, tambah pula perabot yang ada pun elok lagi. Langsung tak rosak.
Haa… nak sedapkan mata memandang, mak-mak boleh guna idea yang dikongsikan Puan Hanidah Hani, terus nampak cantik rak TV yang lama.
Idea Hias Rak TV, JIMAT!
Jangan tertipu dengan warna putih tu. Saya lekat guna wallpaper je. Nak beli rak ikea warna putih, bajet tak cukup lagi, nak buang yang sedia ada sayang pula sebab elok lagi. Jadi kita belikan baju baru untuk dia, kos murah-murah je.
Ads
Beli wallpaper warna putih (pvc) kat Mr Diy, 1 roll RM3.49, satu rak tv ini saya guna 4 – 5 roll. Total kos RM17.45.
Ads
Murah, bukan?
Ads
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Musim buah cempedak ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk makan dan menikmati buah cempedak, baik di goreng mahupun dimakan mentah begitu sahaja.Namun hati-hati iya, buah cempedak dikatakan ada ‘angin’ yang boleh bertindak balas dengan tubuh badan, sekaligus membahayakan kesihatan.
Tak sangka gara-gara makan buah cempedak, pelakon Datin Seri Umie Aida,45 dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran untuk bernafas. Umie berkata dia bernasib baik ketika itu suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan,47 pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan terus membawanya ke hospital.
Umie berkongsi pengalaman tersebut didalam posting terbarunya yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.Video dia didukung oleh suaminya turun dari tangga untuk dibawa ke hospital mendapat lebih 296,000 tontonan.
“Tak sampai seulas me (saya) makan cempedak. Boleh kena serang angin sampai ke ulu hati. SubhanaAllah… Sakitnya sampai tak boleh bernafas.
“Kebetulan suami balik nak makan tengah hari, terus hantar me pergi hospital,”
Bagaimanapun, kesakitan yang dialami pelakon filem Dukun itu hilang sebaik sahaja doktor periksa dan jururawat mahu memberikan suntikan.Menurut Umie, dia pernah mengalami kejadian yang sama ketika berada di Penang pada 2002.
“Yang peliknya sampai hospital, doktor periksa dan jururawat baru nak bagi suntikan, sakit me terus hilang. Me cakap tak perlu suntikan doktor.
“Saya dah sihat. Sakit ni pernah terjadi kat Penang pada tahun 2002. Sakit beria-ria. Sampai hospital terus baik. Angin kus kus kot,” katanya.
Dalam pada itu, Umie memberitahu keadaannya sudah pulih dan sudah pulang ke rumah sejurus selesai bertemu doktor pada Jumaat. Kata adik kepada pengarah Erma Fatimah ini lagi, dia mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesihatannya dan nekad tidak akan makan buah itu lagi.
“Apa-apa pun, alhamdulillah… Dah sihat… Dah balik rumah. Sumpah tak nak makan cempedak lagi! Bye cempedak bye!!!
“Terima kasih mendoakan kesihatan saya,” katanya. Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut berkongsi pengalaman yang sama seperti dilaluinya itu.
Sementara itu, para peminat dan pengikut instagram pelakon ini turut ada berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dialami oleh Umie.
norfarhanaahat Saya pernah kena macam kak umie..setengah jam rasa sakit sampai ulu hati & rasa tak boleh bernafas, perasan macam nak mati pun ada semua ada la time tu, lepas tu husband saya bagi gaviscon..alhamdulillah after 5min release dah, until now trauma lagi.
myadini1010Saya pernah kena masa mngandung 36w..ingat nak bersalin sebab sakit-sakit..pergi hospital kena warded ingat nak bersalin last-last tak bersalin disuruh balik.38w baru bersalin..sampai sekarang tak makan cempedak..takut kak
nurulnurshidarosnanPernah terjadi kat saya. Cempedak goreng. Memang sedap. Tak lama tu rasa MCM urat belikat ditarik-tarik. nafas Mula Rasa sakit. Dada MCM kena hempap Batu. last-last telan ubat tahan sakit.
sitiramnahramliAkak dah biasa kena sebab makan cempedak ni.. Sampai nak bernafas pun tak boleh.. Sebelah tubuh kebas tak berasa apa.. Pi hospital dokter check jantung.. Nak kena tahan wad.. Sampai sekarang takut nak makan cempedak.. Ambik Bau saja.
Mingguan Wanita mendoakan semoga Umie Aida cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Sebagai peringatan buat kita, hati-hati bila nak makan buah cempedak, makanlah berpada-pada dan periksa tahap kesihatan diri dahulu.
Sakitnya bila jari terkepit pintu. Kalau hentaman tu kuat, boleh sebabkan darah beku pada kuku. Berhari-harilah menanggung sakit. Berdenyut-denyut yang boleh sebabkan hilang selera makan, minum malah tidur.
Lagi parah, jika kejadian berlaku di tempat yang sukar untuk mendapatkan rawatan di klinik. Macam mana cara nak kembalikan nikmat sihat itu? Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamarberkongsi cara mengurangkan rasa sakit akibar jari terkepit pintu.
Jari tangan /kaki terkepit pada pintu kereta, atau barang berat jatuh atas jari kaki….ada darah beku pada kuku. Sakit, memang sakit sebab space di antara kuku tu sempit. Darah berkumpul, pressure builds up…dan ini merangsang saraf untuk beri rasa sakit berdenyut denyut.
Keadaan ini di panggil SUBUNGUAL HEMATOMA. Anda pula masa tu tengah camping / jauh dari klinik /hospital.
Apa yang anda boleh buat?
Tips ini orang yang tak belajar medik pun boleh buat. Banyak kali aku jumpa patient yang berhari hari menanggung sakit, lepas tu baru ke klinik.
Caranya secara mudah ada 2:
Letak jarum atas kuku terbabit, dan putarkan jarum untuk hasilkan lubang. Kalau banyak darah beku, buat lah 3- 4 lubang. Jangan risau, tak sakit masa buat. Sebab kuku tak ada saraf. Kita ketip kuku, sakit tak? Boleh buat sendiri, atau orang lain buatkan. Kalau orang lain buatkan, beritahu bila ada terasa jarum mula kena dasar kuku ( daging). Bila lubang terbentuk, darah akan keluar. Pressure akan berkurangan. Sakit akan hilang.
Panaskan hujung jarum /paperclip. Cara buat lubang sama macam nombor (1). Cuma lebih cepat terhasil lubang sebab jarum tu dah panas.
Kebanyakkan kes Subungual Hematoma ialah simple bleeding. Kalau anda syak tulang jari anda patah, atau kulit keliling kuku koyak, maka sila jumpa doktor. Even ada patah / retak pada hujung tulang jari, prosedur buat lubang ni masih boleh di buat sebagai tips emergency untuk kurangkan sakit.
Pagi Jumaat ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian pengacara dan personaliti terkenal, Datuk Mahadzir Lokman. Pada usia 61 tahun, beliau menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi selepas menunaikan solat subuh.
Allahyarham meninggal dunia di sebuah hotel dekat Kota Kinabalu Sabah. Berita pemergian allahyarham ini turut disahkan oleh adik beliau, Ida Lokman.
Jenazah allahyarham kemudiannya diuruskan oleh ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Bagaimana pun memetik laporan Kosmo Online, ahli keluarga masih belum dapat memberikan perincian tentang punca kematian allahyarham.
Sebagaimana yang dilaporkan dalam Mstar Online, menurut sumber polis, Mahadzir telah mendaftar masuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu bersama rakan baiknya Datin Dr Maimunah bersama suami dan dua orang anak dengan bilik berasingan.
Allahyarham juga sempat menghantar pesanan ucapan selamat pagi kepada grup Whatsapp jam 5 pagi, Bagaimanapun, kira-kira jam 9,30 pagi, beliau tidak memberi sebarang respond ketika dipanggil kenalan rapatnya.
Membuatkan pihak hotel membuka pintu biliknya dan ketika itu beliau sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang untuk memberikan rawatan. Bagaimana pun, tiada unsur jenayah berkenaan kematian dan polis masih meneruskan siasatan.
Sekitar September lalu, pengacara yang mesra dengan panggilan Dale atau DD ini pernah koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat komplikasi buah pinggan dan paru-paru.
Penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama di TV3 ini memulakan kerjayanya pada tahun 1984. Malah pernah dipertanggungjawabkan menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.
Kelebihan beliau yang fasih dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Itali, Sepanyol, Portugis dan Perancis menjadikan allahyarham berada dalam kelasnya yang tersendiri malah mendapat kepercayaan mengacarakan pelbagai majlis berprestij dalam mahupun luar negara.
Beliau juga dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis. Besar sekali jasa beliau dalam membawa nama Malaysia harum di pentas dunia.
Al Fatihah, semoga roh allahyarham Mahadzir Lokman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Komso, Berita Harian, Mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.