Al Fatihah, Datuk Mahathir Lokman Meninggal Dunia Waktu Subuh Jumaat

Pagi Jumaat ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian pengacara dan personaliti terkenal, Datuk Mahadzir Lokman. Pada usia 61 tahun, beliau menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6 pagi tadi selepas menunaikan solat subuh.

Allahyarham meninggal dunia di sebuah hotel dekat Kota Kinabalu Sabah. Berita pemergian allahyarham ini turut disahkan oleh adik beliau, Ida Lokman.

Jenazah allahyarham kemudiannya diuruskan oleh ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Bagaimana pun memetik laporan Kosmo Online, ahli keluarga masih belum dapat memberikan perincian tentang punca kematian allahyarham.

Sempat Hantar Ucapan Selamat Pagi

Sebagaimana yang dilaporkan dalam Mstar Online, menurut sumber polis, Mahadzir telah mendaftar masuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu bersama rakan baiknya Datin Dr Maimunah bersama suami dan dua orang anak dengan bilik berasingan.

IKLAN

Allahyarham juga sempat menghantar pesanan ucapan selamat pagi kepada grup Whatsapp jam 5 pagi, Bagaimanapun, kira-kira jam 9,30 pagi, beliau tidak memberi sebarang respond ketika dipanggil kenalan rapatnya.

Membuatkan pihak hotel membuka pintu biliknya dan ketika itu beliau sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh doktor yang datang untuk memberikan rawatan. Bagaimana pun, tiada unsur jenayah berkenaan kematian dan polis masih meneruskan siasatan.

Allahyarham Mahadzir Lokman Pernah Koma

Sekitar September lalu, pengacara yang mesra dengan panggilan Dale atau DD ini pernah koma dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat komplikasi buah pinggan dan paru-paru.

IKLAN

Penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama di TV3 ini memulakan kerjayanya pada tahun 1984. Malah pernah dipertanggungjawabkan menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.

Kelebihan beliau yang fasih dalam pelbagai bahasa termasuk Jepun, Itali, Sepanyol, Portugis dan Perancis menjadikan allahyarham berada dalam kelasnya yang tersendiri malah mendapat kepercayaan mengacarakan pelbagai majlis berprestij dalam mahupun luar negara.

IKLAN

Beliau juga dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis. Besar sekali jasa beliau dalam membawa nama Malaysia harum di pentas dunia.

Al Fatihah, semoga roh allahyarham Mahadzir Lokman ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Komso, Berita Harian, Mstar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI