Masakan lauk pauk kampung, cukup dekat dihati masyarakat Melayu. Datanglah makanan fusion, barat mahupun hidangan Korea…pastinya makan nasi berlaukkan lauk kampung mampu membuatkan sesiapa yang sedang berdiet, fikir lebih dari dua kali untuk menolak pelawaan makan bermenukan juadah lazat ini. Weekend ni nak masak apa? MW kongsikan resepi makan tengah hari ilham menarik untuk anda cuba.
AYAM MASAK ASAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
• 500 gram ayam | potong kecil & cuci bersih
• 1/2 cawan air asam jawa
• 1 labu bawang besar | hiris
• 3 ulas bawang putih |titik
• 3 cm halia | hiris nipis
• 6-8 biji cili padi | titik
• 1 biji tomato | potong dadu besar
• 2 sudu makan sos tiram
• Garam dan gula secukup rasa
• Sedikit serbuk kunyit
• Air secukupnya
• Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMBUAT:
1. Ayam yang telah dibersihkan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga wangi.
5. Masukkan air asam jawa, apabila mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tafi.
6. Kemudian perasakan dengan sos tiram, masukkan potongan tomato, garam dan sedikit gula.
7. Biarkan mereneh 2-3 minit, baru tutup api dan sedia dihidangkan.
Ads
KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
• 500 gram perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
• 2 sudu makan kerisik
• 1 cawan santan
• 2 batang kacang panjang | hiris halus
• 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
• 4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
• 10 biji cili padi hijau | hiris halus
• 2 biji cili merah – hiris
• 2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
• Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
2. Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
4. Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
5. Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
Ads
KETAM TUMIS KANTAN
BAHAN-BAHAN:
• 3 ekor ketam saiz sederhana | bersihkan , potong dua
• 1 kuntum bunga kantan | hriis serong
• 1sudu teh jus limau kasturi
• 1 sudu makan sos tiram
• Garam dan gula secukup rasa
• Minyak masak secukupnya |untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 2cm halia
• 1 batang serai
• 2 biji cili merah
• 10 biji cili padi
Ads
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ketam yang telah dicuci dengan garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng sekejap hingga warna ketam bertukar kemerahan.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak goreng ketam, tinggalkan sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
6. Masukkan pula sos tiram, jus limau kasturi, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api, masukkan ketam dan taburkan hirisan bunga kantan.
8. Gaul rata dan tutup api. Ketam sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI UDANG & PERIA
BAHAN-BAHAN:
• 500 gram udang | bersihkan dan tos
• 500 ml santan
• 1/2 biji peria gambas | buang biji , hiris serong
• 1 keping asam gelugur
• 2 batang serai titik
• 1/2 helai daun kunyit | hiris
• Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
• 3 cm kunyit hidup
• 10 biji cili padi
• 3 ulas bawang merah
• Hirisan halia
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar. Kacau rata.
2. Renehkan atas api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan peria, udang, serai dan asam gelugur.
4. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit atau hingga udang masak dan peria empuk.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan daun kunyit.
7. Gulai udang sedia dihidangkan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, Roti Jala Sos Coklat yang dibuat mampu jadi duit poket dan pendapatan sampingan buat lelaki ini apabila ia kian mendapat sambutan. Mungkin kerana keunikan resipinya kerana roti jala selalunya berwarna kuning dan dihidangkan bersama kari ayam atau daging. Tapi sebaliknya roti jala ini rasa manis berwarna coklat dan dihidangkan bersama sos coklat.
Berikut perkongsian resepi oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba sendiri dirumah atau boleh juga dibuat pendapatan sampingan.
“Dari saja-saja buat makan..sampai la menjadi duit poket..hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.Saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa-apa kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama-sama kita kongsi ilmu.yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.saya halalkan.Tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.Saya jual 1 bekas RM5 ada 7 Keping
Bahan-Bahan (Roti Jala):
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat.
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.
2.Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar dekat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
3. Bolehlah ‘menjala’ menggunakan botol 3 kaki atas kuali nonstik.
Katanya Kek TORNADO ni tengah viral. Bagi yang suka coklat, kena cuba buat sendiri kek ini sebab harganya agak mahal juga jika dibeli.Mempunyai 3 lapisan, gabungan rasa kek coklat, lapisan cheese dan coklat ganache yang cukup sempurna!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Zue Kitchenini.
“Viral sekarang Kek TORNADO. Akak dengan gigihnya try buat. Nak beli harganya boleh tahan. Anak ramai. Rasanya berbaloi kalau buat. Rasa kek ni memang sedap sangat. Kalau pengemar coklat, memang padu sangat rasa kek ni. Resepi ni versi akak. Maka siap tornado versi zue Kitchen.Tornado vZ”
“Kalau sis-sis nak cuba silakan.Nak share pun silakan. Akak halalkan.”
KEK TORNADO
Bahan bahan kek BAHAN A
1 cawan gandum
1cawan serbuk koko
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonat
1/2tsp dark koko powder
*ayak semua bahan diatas. Ketepikan
BAHAN B
2 butir telur
1biji kuning telur
1cawan gula kastor
1cawan minyak masak (minyak jagung -best result)
1cawan susu segar
1 cawan susu pekat
1sudu kecil esen vanilla
Cara Membuat:
1.Pukul semua bahan B dan campur dengan bahan A.
2.Bakar suhu 150, 40 minit bergantung jenis oven.
FILLING CREAM CHEESE
250g cream cheese ( Mascarpone paling sedap)
250g UHT Whipping Cream – akak guna brand bridel sekarang susah sangat nak dapat UHT Anchor (Anchor memang terbaik)
250g non dairy Whipping cream (Brand Rich sedap lemak berkrim)
1 sudu kecil perahan lemon (Yang ni tak letak pun takpa)
Cara Membuat:
1. Pukul cream cheese hingga lembut.
2. Masukkan UHT Whipping Cream pukul lagi.
3. Masukkan pula non dairy Whipping cream.
4. Pukul hingga kembang dan last masukkan perahan lemon.
5. Simpan dalam peti sementara menyiapkan coklat ganache
COKLAT GANACHE
250 g dark coklat
250 UHT Whipping Cream
1 sudu kecil butter
*double boil kan semua bahan diatas
Cara Membuat:
1.Potong kek kepada dua lapisan.
2.Akak guna kotak .
3.Masukkan lapisan kek,letak cream chease. Lapisan kek, cream chease berselang seli dan akhir sekali tuang lapisan ganache. Simpan dalam peti sebelum makan baru sedap.
MW: Wah menariknya Kek TORNADO ni, buat sendiri je lebih jimat dan berbaloi berbanding beli. Gabungan kek coklat, lapisan cheese dan coklat ganache, memang sedap dan puas hati.
Menarik idea yang dikongsikan daripada lebihan nasi putih kenduri boleh dijadikan bubur ayam malah disedekahkan pula kepada jemaah masjid. Hasilnya tak membazir, kreatif dan sedap pula. Sukatan resipi yang dikongsikan ini untuk 1 termos besar nasi.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nurul Afidah Omarini sebagai panduan;
Semalam kenduri rumah mak sedara. Nasi banyak lebih.. sayangnya lahai. Tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur boleh sedekah kat orang masjid. Harini mesti ramai kat masjid sebab solat Jumaat. Alhamdulillah dapat siapkan. Bubur Ayam Mekdah.
Saya kongsikan resipi bubur ni ya.
Bahan-Bahan:
1 termos besar (Lebihan nasi kenduri)
Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-ahak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
10 batang Lobak merah – potong kecil-kecil, nak senang parut je 10 kiub Kiub ayam
Garam – agak-agak secukup rasa
Daun sup
Cili besar merah
Bawang goreng
Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan
10 labu Bawang putih, 7 biji bawang merah dan halia besar ibu jari dihiris halus
Cara Membuat:
1. Rebus nasi dan air sampai kembang.
2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang dh dicarik, bawang dan halia
3. Selepas 2 jam tutup api dan biarkan dalam periuk yang bertutup beberapa ketika.
4. Dah agak suam-suam buka balik api dan sambung rebus.
5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah
6. Selepas sejam dah boleh tutup api.
7. Senduk dalam bekas, tabur daun sup, cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan.
8. Sepanjang memasak tu sentiasa rasa, tak cukup masin tambah garam atau kiub ayam. Ejas ikut selera masing-masing ye.
*Masa merebus pastikan periuk ditutup ye.
Jika ada yang tak faham boleh tanya.. insya-Allah sama-sama kita kongsi ilmu.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.