Masakan lauk pauk kampung, cukup dekat dihati masyarakat Melayu. Datanglah makanan fusion, barat mahupun hidangan Korea…pastinya makan nasi berlaukkan lauk kampung mampu membuatkan sesiapa yang sedang berdiet, fikir lebih dari dua kali untuk menolak pelawaan makan bermenukan juadah lazat ini. Weekend ni nak masak apa? MW kongsikan resepi makan tengah hari ilham menarik untuk anda cuba.
AYAM MASAK ASAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
• 500 gram ayam | potong kecil & cuci bersih
• 1/2 cawan air asam jawa
• 1 labu bawang besar | hiris
• 3 ulas bawang putih |titik
• 3 cm halia | hiris nipis
• 6-8 biji cili padi | titik
• 1 biji tomato | potong dadu besar
• 2 sudu makan sos tiram
• Garam dan gula secukup rasa
• Sedikit serbuk kunyit
• Air secukupnya
• Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMBUAT:
1. Ayam yang telah dibersihkan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia hingga wangi.
5. Masukkan air asam jawa, apabila mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tafi.
6. Kemudian perasakan dengan sos tiram, masukkan potongan tomato, garam dan sedikit gula.
7. Biarkan mereneh 2-3 minit, baru tutup api dan sedia dihidangkan.
Ads
KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
• 500 gram perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
• 2 sudu makan kerisik
• 1 cawan santan
• 2 batang kacang panjang | hiris halus
• 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
• 4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
• 10 biji cili padi hijau | hiris halus
• 2 biji cili merah – hiris
• 2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
• Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
2. Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
3. Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
4. Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
5. Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
Ads
KETAM TUMIS KANTAN
BAHAN-BAHAN:
• 3 ekor ketam saiz sederhana | bersihkan , potong dua
• 1 kuntum bunga kantan | hriis serong
• 1sudu teh jus limau kasturi
• 1 sudu makan sos tiram
• Garam dan gula secukup rasa
• Minyak masak secukupnya |untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 2cm halia
• 1 batang serai
• 2 biji cili merah
• 10 biji cili padi
Ads
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ketam yang telah dicuci dengan garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng sekejap hingga warna ketam bertukar kemerahan.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Keluarkan minyak goreng ketam, tinggalkan sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
6. Masukkan pula sos tiram, jus limau kasturi, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api, masukkan ketam dan taburkan hirisan bunga kantan.
8. Gaul rata dan tutup api. Ketam sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI UDANG & PERIA
BAHAN-BAHAN:
• 500 gram udang | bersihkan dan tos
• 500 ml santan
• 1/2 biji peria gambas | buang biji , hiris serong
• 1 keping asam gelugur
• 2 batang serai titik
• 1/2 helai daun kunyit | hiris
• Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
• 3 cm kunyit hidup
• 10 biji cili padi
• 3 ulas bawang merah
• Hirisan halia
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar. Kacau rata.
2. Renehkan atas api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan peria, udang, serai dan asam gelugur.
4. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit atau hingga udang masak dan peria empuk.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali sebelum tutup api masukkan hirisan daun kunyit.
7. Gulai udang sedia dihidangkan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selain ketupat nasi, ketupat pulut daun palas pun antara menu wajib ada pagi raya yang sedap dimakan dengan rendang.Tak lah susah sangat nak balut dan masak ketupat palas ni ikut tutorial yang dikongsikan Cik Pooja ni.
“Disebabkan semalam ramai yang mintak cikpooja tunjuk step by step cara nak balut ketupat palas.Ni cikpooja tunaikan janji yea.”
Bahan-Bahan:
Pulut kukus@arong
Daun palas
Cikpooja sertakan sekali resepi dan cara nak masak pulut arong@kukus.
3 kg Beras pulut
2 biji kelapa (Santan pekat)
Garam
Gula
Daun pandan(untuk lapik lubang-lubang dikukusan yea)
(Sukatan bahan bergantung pada banyak mana kome nak buat yea)
3kg beras pulut = 2biji kelapa (santan pekat)
Gula dan garam dibancuh dengan santan.Agak-agak la yea tuk bagi pulut kita ada rasa lemak masin manis-manis manja gitu.
Cara Membuat:
1. Rendam beras pulut dalam 3-5jam
2. Toskan dan masukkan dalam piuk kukus yang dah dilapik daun pandan (tujuannya supaya beras tadi tak jatuh bersepah ikut lubang piuk kukus tu).
3. Kukus sampai beras tadi masak sempuna yea.Rasanya dalam 30-35 minit.
4. Bila dah masak, masukkan pulut tadi dalam bekas…tuang santan sikit demi sikit dan gaulkan supaya dia serap sebati dengan pulut. Ulang step sampai santan dan pulut sebati lemak berkrim yea.
5. Dah tu boleh la balut dalam daun palas.
Step balut ketupat rujuk gambar dibawah;
8. Bila dah siap lilit, simpul daun di bahagian pangkalnya kemas-kemas. Kemudian potong lebihan daun supaya tak nampak terjuntai sangat.
9. Okeyyyyyyy..siap dah. Kukus ketupat yang dah siap ni selama 10-15mnit supaya santan yang kita arong dengan pulut tadi masak sekata.Kira dah nampk ketupat kita berminyak merelit tu kira cun dah tu.
“Haaaaa..siap dah. boleh la dimakan bersama rendang atau gulai atau masakan sewaktu dengannya.”
Resepi rendang simple cikpoojaStyle
Bahan-Bahan:
3labu bawang beso
5ulas bawang putih
Seinci halia
7btg serai
Seinci lengkuas
1/2inci kunyit hidup(kalau takde, letak je kunyit serbuk dalam 1sudu besar)
10 bji cili kering (potong,rebuih)
(Semua dipotong dan dikisar)
Daging atau ayam dipotong (ikut la nak beso atau kecik)
Bahan tambahan.
1 sudu besar kerisik
1 biji santan kelapa
Sedikit air asam jawa
Sedikit daun kunyit
Sedikit daun limau purut
Daun-daun ni optional. Tak bubuh pon tak pe.
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak 1/2 senduk minyak.
2. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
3. Masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai dagingnya empuk elok.
5. Masukkan santan.
6. Masukkan kerisek,garam,gula dan perasa sesedapnya.
7. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dihiris.
8. Masak sampai rendang kita kering (tahap kekeringan kuah terpulang pada citarasa masing-masing yea.
9. Bila dah complete semua rasa…siaplah rendang kita.
Selamat mencuba.Resepi ikhlas dan mudah.
byCikpooja
Pisang goreng antara menu minum petang kegemaran ramai. Nak buat pisang goreng yang rangup macam jual di tepi jalan, ada resipinya bancuhan tepungnya yang tersendiri. Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah atau pun di buat niaga juga nanti. Bila buat sendiri, lebih jimat dan puas hati makan.
Encik Yayar B. Awang Noh bermurah hati sudi berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang abangnya buat niaga hampir 15 tahun.
Musim PKP nie payah nak makan pisang goreng kan. Dengan ini saya izinkan berkongsi resipi tepung pisang goreng yang rangup. Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki. Ini resipi abang saya niaga hampir 15 tahun.
Bahan-Bahan:
3 paket (1.5kg) Tepung beras
500g Tepung gandum
Secubit Garam
Sesenduk kecil Gula
Kapur sebesar ibu jari
Sebijik Telur
Satu sudu serbuk kunyit
Cara Membuat:
Bancuh semuanya, jangan terlalu cair atau pekat sedang-sedang ngam.
Mingguan Wanita : Terima kasih berkongsi resipi adunan tepung goreng pisang yang dibuat niaga. Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah, atau pun di buat niaga juga nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Sekarang musim hujan. Memang syok kalau pekena lempeng kampung cicah dengan gulai kawah. Gandingkan dengan kopi o panas, macam betul-betul dok kampung.
Dengan keadaan sekarang ini, memang rindu untuk balik kampung dan nikmati pelbagai masakan kampung. Lebih-lebih lagi waktu pagi, aneka sarapan ikut selera kampung, pulut pagi, pulut cicah ikan kering dan semestinya lempeng.
Sebenarnya, nak masak lempeng kampung ini tak susah pun. Bahan-bahan yang digunakan pun senang nak buat. Jadi bagi nak ubati rindu kat kampung boleh cuba masak resipi yang dikongsi oleh Afy AL Habibi ini.