Laga gigi, inilah yang selalu mak-mak dengar selepas tidurkan anak. Mahu terkejut dan rasa ngilu pula bila dengar bunyi tu. Terfikir juga kenapa boleh berlaku dan kebiasannya anak-anaklah yang kerap alaminya.
Ada pendapat orang tua-tua, bunyi laga gigi sebab anak terlalu penat, banyak bermain waktu siang, ada juga yang kata, anak ni degil dan sebagainya. Kalau orang dewasa pula dikaitankan dengan pelihara saka atau jin.
Dengar penjelasan doktor ini tentang apa yang dikatakan dengan laga gigi semasa tidur.
Bruxism atau melaga gigi biasa berlaku pada kanak-kanak kerana gigi susu hendak mula tumbuh dan boleh berlaku lagi apabila gigi kekal pula hendak tumbuh. Biasanya hilang selepas gigi kekal sudah siap semua tumbuh keluar.
Ads
Kesian anak belum apa-apa sudah dikata degil.
Kalau orang dewasa pun ada laga gigi, tandanya apa pula? Dituduh saka dan jin pula.
Bruxism boleh berlaku ketika sedang tidur. Kadang-kadang orang yang ada masalah bruxism ini tidak sedar dia ada berlaga gigi (teeth grinding), sebab sedang tidur kan.
Jadi orang yang terdekat akan tahu atau sedar, kerana laga gigi akan menghasilkan bunyi dan kadang kala bunyinya kuat dan oleh kerana berlaku pada waktu malam, boleh menimbulkan rasa seram.
Agaknya di situlah timbul cerita saka.
Ia boleh berlaku ketika bukan waktu tidur juga. Tetapi kita tidak sedar. Bukanlah secara melaga gigi secara total, sebaliknya lebih kepada mengetap gigi dan rahang (jaw clenching), sehingga boleh menimbulkan rasa sakit pada rahang, dan kadang kala dalam telinga.
Ads
Apa puncanya? Kurang lebih 70% disebabkan kerisauan dan stress. Obstructive Sleep Apnea atau gangguan pernafasan ketika tidur juga boleh menyumbang kepada masalah bruxism ini.
Ubatan seperti anti-depressant dan cara hidup seperti meminum alkohol antara punca juga.
Apa yang berlaku selepas bruxism? Anda boleh rasa sakit pada rahang apabila hendak buka dan tutup mulut. Gigi anda akan merasa sensitif disebabkan gigi anda terhakis (worn teeth) akibat daripada gigi berlaga dengan kuat.Kepala dan telinga juga sakit, begitu juga dengan otot-otot di bahagian muka (facial myalgia). Tidur anda juga kadang kala terganggu, jika tidak anda, pasangan anda boleh terganggu dengan bunyi gigi anda.
Rawatan Terbaik
Apa kena buat? Berjumpa doktor gigi jika ada masalah gigi sensitif atau sakit pada rahang. Urus stres dengan baik. Ubah lifestyle. Berjumpa dengan pegawai perubatan untuk masalah seperti ubatan.
Tidak salah untuk berikhtiar dengan doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran. Semua yang berlaku adalah atas izin-Nya jua.
Ads
Cuma ketahuilah masalah laga gigi atau bruxism ni bukan berlaku dekat orang melayu je sampai kita nak kaitkan dengan saka ke jin ke. Di UK, 6 juta rakyatnya ada bruxism ni.
Takkanlah diorang semua bela saka kot.
Mingguan Wanita : Jangan pandai-pandai buat tafsiran. Baru tahu sebab apa anak laga gigi masa tidur.
Masalah habuk dan kulat yang menempel kat perabot rumah, memang tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi denan keadaan cuaca sekarang ini. Habuk memang cepatlah menyinggah. Manakala, kalau cuaca sejuk pula, kulat-kulat cepat membiak terutamanya pada perabot rumah.
Kadang-kadang, jenuh nak membersihkan dan setiap minggu, inilah rutin yang harus mak-mak buat. Kan. Kalau beli gel silika yang menarik habuk dan kulat, agak mahal juga terutamanya yang berkualiti. Kalau beli yang murah, takut tak berbaloi.
Jadi, apa kata kita buat sendiri saja gel silika untuk nyahkan habuk dan kulat nie. Beli timbang kilo, bolehlah dapat banyak dan satu rumah boleh letak untuk menyahkan habuk dan kulat ni.
Perkongsian daripada Bijen Mohd, boleh membantu mak-mak untuk menyediakan sendiri gel silika ini. Moga bermanfaat.
Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah kongsi cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?
Kali ini, saya bagi testimoni sikitlah. Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ini saya buat deep cleaning kat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.
Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter kat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik. Issue permanently solved.
Jadi, saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah
1. Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu. Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
2. Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya. Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
3. Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik. Kristal ni boleh di kitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur. Kalau beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak. 4. Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya. Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Jangan salah faham pula.
Satu lagi tip nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan. So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik.
Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.
5. Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.
Sementara menunggu suami baiki kereta, sempat lagi aku ‘godek’ website kecantikan. Mula-mula sekadar mengisi masa lapang tapi apabila membaca komen ramai wanita yang mencuba petua tegangkan kulit yang dikongsi wanita Jepun, aku exciced.
Ramai yang kata petua ini memang menjadi. Dalam masa seminggu, kulit beransur cerah dan tegang. Membayangkan kulit yang gebu macam wanita Jepun, semangat aku pun berkobar. Apa lagi aku pun terjebak buat kesekian kali. Gigih mencari beras Jepun ( sushi rice) semata-mata nak kulit gebu.
Bukan nak propa tapi memang betullah petua ni memang berkesan. Kulit jadi halus dan cerah sekata. Apa lagi korang, jom ramai-ramai cantikkan diri. Barang-barang yang digunakan untuk masker ini pun mudah didapati dan murah. Jom cuba!
Masker Sushi Rice Tegangkan Kulit
Bahan-bahan:
3 sudu besar beras Jepun (sushi rice)} boleh juga diganti dengan beras pulut
1 sudu besar madu
1 sudu besar segar
Cara membuat:
1. Rebus beras selama dua minit.
2. Kemudian, toskan beras. Air rebusan ini simpan di dalam bekas lain.
3. Campurkan susu panas bersama madu.
4. Gaul sebati, kemudian jadikan ramuan ini sebagai masker.
5. Oles pada seluruh wajah dan leher.
6. Biarkan ia kering antara 20 hingga 30 minit.
7. Akhir sekali, bilas wajah dengan air rebusan beras tadi.
Khasiat
1. Membantu melancarkan perjalanan darah pada wajah.
2. Kaya dengan antioksidan.
3. Membantu melembapkan kulit dan antipenuaan.
4. Ia mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.
Tip
Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan petua ini seminggu sekali. Anda akan terkejut melihat perubahan kulit yang akan kelihatan sihat dan cantik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya kalau masak nasi, ia boleh bertahan sampai 2-3 hari. Tapi, peliknya ada juga hanya bertahan sehari selepas itu basi. Mulalah fikirkan tentang periuk nasi tak elok atau cara kita membasuh beras tak berapa bersih.
Kalau orang dulu-dulu, mula berfikiran nasi basi kerana ada ‘benda’ di rumah kita. Bergantung pada cara pemikiran masing-masing.
Ada juga mak-mak guna petua tertentu untuk elak nasi basi. Bakar periuk nasi terlebih dahulu, ada juga yang masukkan bawang putih dan sebagainya. Dalam perkongsian kali ini, disarankan untuk letak bunga cengkih dan secubit garam.
Dikatakan pada zaman dulu, ada seorang wanita telah terjatuhkan beberapa bunga cengkih kedapa periuk nasi yang dimasak. Selepas makan dan ada baki nasi, ia biarkan di atas dapur sehingga keesokkan hari.
Selalunya, bila sehari, nasi akan basi tapi sebaliknya dan masih elok. Apabila diingatkan kembali, barulah dia perasan telah menjatuhkan beberapa tangkai bunga cengkih semasa memasak nasi.
Jadi, inilah cara yang boleh mak-mak lakukan untuk elak naso cepat basi.
1. Ambil sedikit bunga cengkih, lebih kurang 2-3 tangkai bersama secubit garam.
2. Campurkan bahan tadi ke dalam beras yang ingin dibasuh.
3. Basuh beras seperti biasa dan masak.
Hasilnya, mak-mak akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ini, macam-macam cara tak membantu. Boleh cuba cara ini pula.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.