kecilkan peha

Bila tubuh badan dah mula kembang semangkuk, bahagian paling susah nak kuruskan balik adalah peha.

Tetapi kalau anda cuba petua ibu anak tiga ini, Puan Norafiza Mahmud, hasilnya memang menjadi. Cuma kena fokus dan terus praktik!

Tip Kecilkan Peha

Ini cara Cik Oya kecilkan peha yang masyaallah gebu yakmat.

Teknik ini Cik Oya hadam dari “slimming center”. Satu kali rawatan rm590. Kalau nak murah ambil pakej dalam 5k – 10k.

Ayo yo.
Dapat la merasa sekejap sebab dia bagi Cik Oya trial. Balik rumah Cik Oya olah bagi jadi.

Alatan : batu Sungai, krim panas, vacuum.

Benda ni perlu konsistan. Cik oya focus sebulan sahaja masa mula mula tanam azam hendak kurus. Sebulan pertama konsistan diet dan joging.

Naik bulan kedua, cik oya focus shaping pada bahagian bahagian yang bermasalah. Dalam satu masa cik oya hilang berat badan dan terus bentukkan tubuh.

Bila kita focus. Result juga akan jelas dan terang.

Orang perempuan perlu jaga kesihatan dan cantik bukan untuk suami semata. Tetapi untuk kepentingan diri sendiri dahulu.

IKLAN

Tiada la isu suami buli isterikan. Ha ha.

Vacuum rumah.

Kena paksa diri menggunakan vacuum ni sebab nak jimat dan Nak kurus.

Jadi atau tidak bergantung kepada usaha kau orang.

Cik oya buat jadi sihat.

IKLAN

Batu tungku Zaman berzaman.

Batu ini bukan sahaja boleh mencairkan lemak malah membantu perjalanan darah yang lebih baik.

Sakit belakang pun hilang.

Proses tungku ada 2.

Pertama,
Lakukan dengan Posisi baring. Dari peha sampai belakang punggung, belakang pinggang dan Perut.

Focus pada bahagian yang tebal dengan lemak.

IKLAN

Kedua,
Lakukan ketika duduk menontot TV bersama anak anak. Ini lebih focus kepada bahagian bawah peha atas peha dan juga punggung.

Yang ini krim panas.

Kau orang boleh pakai apa pun brand panas yang kau orang suka.

Gunakan krim panas ini selepas bertungku. Kemudian wrap.

Ini la wrap.

Kenapa perlu wrap?

Wrap ini akan membantu proses pemecahan lemak secara terkawal. Lemak umpama lendir. Lendir yang sekejap lari sini lari sana. Sukar utk kita focus jika proses pecah lemak menggunakan vacuum dilakukan tanpa wrap.

Kesan effectivenya juga akan berbeza.

Terserah kepada kau orang untuk melakukannya atau tidak.

Olah setiap gerak kerja mengecilkan peha kepada kesuaian kau orang.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI