Makan

Kurma Telur Bersama Kentang & Tauhu, Kuah Pekat, Likat, Memang Sedap!

Share

Kurma telur sememangnya menjadi satu juadah yang enak. Kuahnya yang pekat berempah dan berperisa, enak dinikmati bersama nasi hangat. Memang sangat berbaloi untuk dicuba kerana menu ini pasti disukai seisi keluarga.

Ada juga cili padi untuk yang sukakan rasa pedas. Gigit sahaja. Pasti bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini. Memang terbaik dan anda pasti gemarkan rasanya.

Kurma Telur Bersama Kentang & Tauhu

BAHAN-BAHAN:

8 biji telur – direbus
8 sudu makan serbuk kurma
1 sudu teh serbuk sup
½ cawan air
1/2 biji bawang besar – dihiris
2 cm halia – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
8 biji cili padi merah
9 biji cili padi hijau
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
1 helai daun pandan – disimpul
1 kiub pati ayam
2 sudu makan santan kotak
1 -1½ cawan air
1 biji ubi kentang – dipotong & digoreng
1 keping (besar) tauhu – dipotong & digoreng

BAHAN KISAR:

5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering (kisar sehingga lumat)

CARA MEMASAK:

1. Serbuk kurma, serbuk sup dan ½ cawan air disatukan dan jadikan pes. Ketepikan.

2. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan bawang merah. Tumis lagi sehingga sedikit keperangan.

4. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.

5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan pes bancuhan rempah kurma. Tumis lagi sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.

6. Seterusnya masukkan air dan santan. Kacau sebati.

7. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub pati ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Rasa dan tambah garam jika perlu.

8. Kurma telur bersama kentang dan tauhu sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

IKLAN