jangkitan Listeriosis

Masih ramai mak-mak hamil yang tak tahu tentang jangkitan Listeriosis, masa makan main sebat. Kononnya mengidam, jadi bahaya tak bahaya pada badan sendiri pun, selalu tolak tepi.

Haaa… tak boleh lah ikut nafsu tekak semata ya, tolong ikut pesanan Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ini sebelum penyakit singgah.

Elak Jangkitan Listeriosis

Semua ibu hamil perlu diberitahu bagaimana nak kurangkan risiko untuk mendapat jangkitan Listeriosis ketika mengandung. Ini jangan cakap abam tak payung, baca betul-betul.

Bagaimana boleh elakkan jangkitan Listeria ni ?

1) Minum hanya susu yang dipasteur atau Susu UHT. Susu fresh diperah dari kambing ke lembu ke rusa ke buaya ke tak digalakkan minum. Tak payah rasa bangga dapat minum susu ‘fresh’ panas-panas lepas perah tu, tanpa anda sedari sebenarnya terdedah kepada bakteria ini. Jaga-jaga.

IKLAN

2) Tak digalakkan makan soft cheese seperti Camembert, Brie, Blue-veined cheese. TIADA risiko listeriosis dengan memakan hard cheese seperti Cheddar, cottage cheese atau cheese yg sudah diproses. Baca bebetul. SOFT cheese jer tak boleh makan, HARD cheese makan tanpa rasa was was.

3) Tidak memakan pate ( sebarang jenis termasuk yang ada sayur ) – sejenis daging mentah.

4) Tak memakan makanan yang separuh masak, atau memanaskan semula makanan yang lama kalau boleh.

IKLAN

Untuk mengurangkan risiko dapat jangkitan Salmonella pula:

1) Elakkan makan telur mentah, telur separuh masak atau apa apa makanan yang mengandungi telur mentah atau telur separuh masak.

IKLAN

2) Elakkan daging mentah, atau daging separa masak.

Tak ada istilah mengidam makanan-makanan yang saya cakap kat atas ni. Lepas beranak boleh lah makan kalau nak. Tak payah beriya nak masuk Fear Factor masa mengandung dan try makanan pelik-pelik.

Jadi selepas ini mak-mak boleh pilih-pilih sikit bab pengambilan makanan, jangan sebab ikut kata orang makanan itu bagus, anda sanggup telan dan bahayakan nyawa sendiri.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI