Ada mak ayah gigih pakaikan bayi bedak sebab nak bagi bau wangi dan ada yang berniat nak hilangkan ruam yang kulit bayi. Tetapi bagaimana pula dengan kesan bedak itu pada bayi?
Selamat ke?
Nah, sebelum pergi lebih jauh, mak ayah boleh buat keputusan terbaik dengan membaca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang keburukan bedak pada bayi kecil.
ELOKKAH GUNA BEDAK BAYI ?
Ramai para ibu yang menggunakan bedak pada bayi mereka selepas dimandikan. Tujuannya agar bayi menjadi lebih wangi, lebih segar dan bagi mengelakkan ruam pada kulit.
Namun begitu saya mencadangkan agar menggunakan bedak bayi dengan cara yang betul. Jika tidak bedak bayi boleh mendatangkan kemudaratan.
IKLAN
American Academy of Pediatrics tidak menggalakkan penggunakan bedak bayi kerana ia boleh mendatangkan masalah berkaitan dengan pernafasan.
Ramai para ibu yang tidak menyedari hal ini. Mereka tidak menyedari jika digunakan dengan banyak boleh menyebabkan bayi terhidu bedak ini.
Bedak merupakan partikel yang kecil dan halus seperti debu. Jika terhidu (walaupun sedikit) secara berterusan setiap hari, ia boleh menyebabkan batuk, selsema malah menyebabkan paru-paru mudah berlendir.
Terutama jika bayi mengalami masalah seperti berat badan yang kurang ketika dilahirkan, lahir pramatang, mengalami masalah pernafasan akibat masalah jantung dan paru-paru sejak lahir.
IKLAN
Malah ada kalanya bedak bayi boleh menyebabkan alahan pada kulit bayi kerana bedak itu memerangkap peluh pada kulit. Jika tidak dibersihkan segera ia akan menyebabkan bayi mengalami ruam dan rasa gatal.
Walaupun bedak bayi digunakan bertujuan untuk mengurangkan ruam dan alahan, ia harus digunakan dengan betul. Pilih bedak bayi yang sesuai.
Pilih bedak bayi yang tidak memiliki bau yang terlalu kuat.
IKLAN
Jangan menepuk-nepuk bedak bayi menggunakan kapas atau puff powder, sebab dapat membuat partikel bedak berterbangan dan boleh menyebabkan senang masuk ke dalam rongga pernafasan.
Bila bedak bayi menyebabkan kemerahan dan rasa gatal pada bayi, atau menyebabkan bayi mengalami selsema dan batuk, hentikan penggunaannya.
Banyak lagi cara mengurangkan ruam pada bayi seperti menggunakan pakaian yang longgar dan lembut, dan perbaiki pengudaraan dalam bilik menggunakan kipas.
Kulit bayi sememangnya sangat lembut dan wangi. Mengapa perlu diletakkan bedak lagi?
Mak ayah, jangan takut untuk beli barang buatan Malaysia. Ini kerana, banyak produk tempatan sudah mencapai standard kualiti malah lebih baik sehingga tembusi pasaran import.
Inisiatif Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) yang dilancarkan di peringkat kebangsaan pada 2 November lalu banyak memberi kelebihan kepada pengguna. Tentunya manfaat ini pengguna peroleh dari segi kualiti produk malah penjimatan harga barangan.
Ini senarainya kenapa mak ayah takkan rugi bila membeli barang buatan tempatan. Sila hadamkan.
Pertama : Selamatkan Duit Belanja Dapur Mak Ayah
Sebenarnya mak ayah, produk tempatan ini harganya jauh lebih murah berbanding barangan import. Pengguna yang bijak akan berusaha untuk memastikan jumlah perbelanjaan dapur dalam kadar yang menguntungkan seisi rumah. Jadi, kenapa perlu mengeluarkan wang lebih untuk barangan yang sama kualitinya.
Menerusi KBBM ini, pasar raya besar (hypermarket), pasar raya (supermarket), kedai serbaneka (convenient store) dan kedai-kedai serbaneka di stesen minyak serta di 304 kedai Inisiatif Kedai Ekonomi Rakyat (i-keep) terlibat dalam kempen ini.
Tentunya, mak ayah boleh membuat belian produk tempatan di lokasi jualan yang disenaraikan di atas dengan harga jauh lebih murah malah berkualiti.
Pembelian produk tempatan secara atas talian pun salah satu pilihan yang boleh mak ayah buat. Tentunya promosi dan diskaun jualan inilah yang mak ayah nanti-nantikan. Sekaligus, pilihan inilah yang menjimatkan duit belanja dapur mak ayah.
Kedua : Ada Lebihan Wang Untuk Bawa Keluarga Jalan-jalan
Sesetengah pasaraya, mereka mempunyai produk ’house brand’ mereka sendiri. Yang mana, harganya boleh jadi lebih murah 5 ke 20 peratus dari jenama lain.
Jika dalam sebulan itu, mak ayah berbelanja dengan pengurangan 20 peratus daripada sebelumnya. Dalam tempoh beberapa bulan, mak ayah boleh buat simpanan untuk aktiviti lain misalnya percutian keluarga.
Bawa keluarga bercuti ke lokasi menarik dalam negara pun satu langkah penjimatan dan pilihan yang bijak. Ini kerana, dalam masa yang sama mak ayah berjaya membantu ekonomi pengusaha tempatan.
Ketiga : Bantu Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana
Sedar atau tak, apabila mak ayah membeli produk tempatan, tindakan ini sebenarnya salah satu usaha menyokong pembangunan ekonomi usahawan kecil dan sederhana di negara kita.
Jadi industri IKS (Industri Kecil Dan Sederhana) boleh berkembang lebih maju dengan sokongan mak ayah. Maka, semakin banyak penghasilan produk kualiti yang mana akhirnya pengguna akan menikmati keuntungannya.
Dari semasa ke semasa kerajaan dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan yang lain sentiasa menggiatkan lebih banyak ekspo jualan KBBM di seluruh negara. Misinya untuk memasarkan produk tempatan untuk menembusi ke pasaran luar negara yang berpotensi seperti Jepun, Dubai dan China.
Keempat : Mak Ayah Bantu Turunkan Harga Produk Dalam Pasaran
Penghasilan produk ’house brand’ dari sesetengah peruncit sebenarnya menguntungkan mak ayah semasa berbelanja. Selain harga lebih murah, kualiti produk sama seperti produk lain yang ada di pasaran.
Malah, ini juga antara faktor penurunan harga barang. Yang mana, penghasilan produk ‘house brand’ ini tak memerlukan kos pengiklanan atau pemulangan semula produk.
Kelima : Mak Ayah Tunjukkan Semangat Cintakan Negara Dalam Diri Anak-anak
Sebenarnya anak-anak nampak apa yang mak ayah pilih mahupun berbelanja untuk mereka. Terapkan dalam minda anak-anak bahawa produk tempatan yang dihasilkan oleh orang tempatan itu sendiri berkualiti baik.
Tanda sokongan inilah yang akan gerakkan hati seisi rumah untuk lebih menghargai produk keluaran negaranya sendiri.
Apabila tak berbangga dengan produk luar, mak ayah sebenarnya mendidik satu keluarga cintakan negara. Bolehlah mulakan langkah membeli produk tempatan yang ada di pasaraya tempatan, atau berbelanja produk tempatan atas talian dengan tawaran harga yang lebih murah.
Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia dilancarkan di seluruh negara. / Kredit foto : malaysiaaktif.my
Ini Yang Mak Ayah Perlu Tahu Tentang Kempen Beli Barangan Malaysia
Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dah wujud sejak tahun 1984 lagi. Tahun 2009, berlaku krisis kewangan global, jadi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kembali lancarkan kempen ini dengan penjenamaan semula.
Usaha ini untuk galakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia sekaligus membantu usahawan tempatan hadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan pada waktu itu.
Menjelang tahun 2020 ini tentunya cabarannya lebih hebat lagi. KBBM ini antara inisitif yang dapat membantu usahawan tempatan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Peningkatan pembelian produk PKS di kalangan pengguna ini sebenarnya akan membantu merancakkan dan merangsang kembali pertumbuhan ekonomi dalam negara.
Jadi, mak ayah bertindaklah bijak dan teruskan menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia ya.
Badan berpeluh, jangan basuh muka..nanti tumbuh panau.
Kadang-kadang, kita tak sedar ada panau yang datang menyinggah kat muka. Bagi anda yang bernasib baik, panau ada kat belakang atau anggota badan yang tidak dapat dilihat.
Begitu juga anak-anak, panau mungkin mudah diperoleh pada anak-anak, lebih-lebih lagi pada anak yang aktif. Sebab itu, orang tua cakap, kalau badan berpeluh, jangan basuh muka, panau cepat melekat.
Satu hal pula untuk merawatnya. Kalau dibiarkan,makin banyak pula panau akan tumbuh. Sekarang, tak perlu risau, ada cara yang mudah untuk mak-mak rawat panau yang melekat di muka atau mana-mana anggota badan. Cuba cara ini.
Buah Pinang
Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.
Daun Kesum Dan Minyak Tanah
Campurkan segenggam daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.
Halia
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Basuh dengan air bersih. Amalkan selalu.
Bawang Putih Dan Halia
Tumbuk dua ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Lengkuas
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau.
Kadangkala isteri luah masalah itu bukanlah minta suaminya selesaikan pun. Cuma dia perlukan seseorang untuk mendengar ceritanya saja.
Namun, ada suami tak fikir macam itu. Bila isteri meluah, dia mula ambil pendekatan senyap. Atau langsung lari, tidak mahu isteri panjang-panjangkan cerita.
Sudahnya, terasalah hati isteri. Memendam perasaan.. lama-lama boleh jadi tawar hati. Dingin. Kalau tak dikawal dengan baik boleh jadi gaduh besar.
Rosmarlina Binti Abd Ghani berkongsi tip hidup harmoni suami isteri tanpa stress berpanjangan. Hadamkan perkongsiannya.
Isteri Luah Masalah, Suami Dengarlah
Jadilah seorang suami atau Isteri yang tidak memeningkan kepala.
Mungkin nampak tak penting sangat, tapi bagi kitaorang benda ni lah yang buat kitaorang hidup tenang aman harmoni tanpa stress yang berpanjangan.
Bukan kata takda masalah. Ada ja, tapi setiap masalah tu ada penyelesaian nya, jangan kalau wife cerita masalah apa-apa atau luahkan apa-apa tu terus patahkan kata-kata dengan perkataan yang menyakitkan hati, seolah-olah tak mau discuss panjang, nanti wife atau husband tu akan jadi senyap.
Jangan Cipta Masalah Yang Peningkan Kepala Pasangan
Bila senyap tu sebenarnya makin bahaya, takut jadi tawar hati nk bincang apa-apa, jangan cipta masalah yang akan memeningkan dua-dua pihak, kalau rasa tak suka atau tak puas hati, kena bgtau direct. Lepas tu kita baiki lah, sebab masalah tu pun datang kadang-kadang dari kita juga.
Fikir banyak ni rasa semua orang buat, fikir masa depan. Itu biasa, janji kita tak risau yang deep sangat. InsyaAllah OK, doa banyak-banyak dan serah pada Allah.
Nobody perfect kan, banyak juga kekurangan kita ni. Biarkan rasa tak best tu pergi macam angin lalu, kalau marah atau pening sangat nanti, takut Syaiton nirrojim cucuk jarum, mulalah pikir bukan-bukan.
Bila pening nanti tak boleh tidur malam, bila tak lena tidur takut jadi anxiety lepas tu mulalah penyakit yang lain juga tetiba ada.
Moga dijauhkan, Amin
Kunci nya tu ja, jangan peningkan pasangan
Kalau kena tegur terima, tak salah wife nasihat suami, dan suami nasihat Isteri. Saling beringat antara satu sama lain.
Solat Jemaah tu pun kunci utama kebahagiaan juga.
Kalau boleh amalkan walaupun sekali dalam sehari solat jemaah tu.
#selfreminder
Mingguan Wanita :Sebenarnya bukan susah mana pun nak tadah telinga dengar luahan hati isteri.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
Rahsia mereka?
Apa yang mereka lakukan?
Ilmu-ilmu yang diamalkan?
Siapa yang susah senang bersama mereka?
Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...