Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti sekali lagi membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus mencipta kejayaan. Pada usia 51 tahun, beliau melakar sejarah tersendiri apabila memenangi pingat perak di Kejohanan Dunia Kungfu ke-10 yang berlangsung di Emeishan, China.
Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Krisdayanti memenangi pingat perak dalam kategori Women’s Single Weapon Routines dalam kejohanan yang dianjurkan selama seminggu. Krisdayanti memenangi pingat tersebut selepas menunjukkan persembahan bertenaga dan teknik hebat yang memukau para juri.
Ruangan komen Instagram milik diva Indonesia itu dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti. Ramai menyatakan kekaguman terhadap semangat juang Ahli Dewan Perwakilan Rakyat itu yang tidak pernah berhenti mencabar diri walaupun sudah melepasi usia 50-an.
Ads
“Tahniah sayangku, wanita hebat,” tulis Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ads
“Kejayaan yang diraih senyap-senyap. Tiada apa yang tidak boleh dilakukan oleh seorang wanita. Tahniah,” tulis seorang peminat.
Kejohanan Dunia Kungfu Himpun Atlet Dari Seluruh Dunia
Kejohanan Dunia Kungfu merupakan acara berprestij yang menghimpunkan atlet kungfu dari pelbagai negara bagi menilai kemahiran mereka dalam pelbagai kategori, termasuk penggunaan senjata, kemahiran berlawan tanpa senjata, serta rutin tradisional.
Ads
Pencapaian Krisdayanti memenangi pingat perak ini bukan sahaja membanggakan dunia seni Indonesia, malah membuktikan bahawa disiplin, ketekunan dan semangat belajar baharu boleh membawa kejayaan luar biasa tanpa mengambil kira usia.
Kejayaan ini turut menjadi inspirasi kepada ramai wanita untuk terus berusaha mengejar impian tanpa mengira batasan usia atau latar belakang.
Dalam kesibukan dunia moden, wanita hari ini sering berlari tanpa henti antara tanggungjawab kerjaya, keluarga, dan tuntutan sosial yang tidak pernah berakhir. Dalam setiap senyumannya tersimpan keletihan, namun juga kekuatan luar biasa.
Justeru, kempen “Still Me With More” lahir sebagai satu gerakan kesedaran baharu menyeru setiap wanita untuk berhenti sejenak, menarik nafas, dan kembali mengenal dirinya.
Lebih daripada sekadar kempen kecantikan, “Still Me With More” adalah satu falsafah hidup. Ia meraikan wanita yang memilih untuk mengimbangi, bukan mengorbankan mengingatkan bahawa keyakinan sebenar tidak bermula di cermin, tetapi di hati yang tenang.
Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, pelancaran kempen ini yang diserikan dengan sesi perbualan eksklusif bersama tiga figura inspirasi iaitu Prof. Dr. Azmawaty, Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan dan kaunselor bertauliah, Ezzanie Jasny, pelakon dan Duta BMF dan Dato’ Fazley Yaakob, cef selebriti, usahawan dan Duta Svenson.
Mereka menyelami topik penuh makna tentang mengurus tekanan hidup, membina kesejahteraan emosi, dan bagaimana falsafah Reset, Recharge, Recover menjadi kunci keseimbangan sebenar dalam kehidupan seharian.
Majlis dimulakan dengan mesej yang cukup menyentuh hati mengenai“Kecantikan dan kesihatan mental tidak boleh dipisahkan.”
Kajian semasa menunjukkan 4.6% rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas kini berdepan kemurungan. Hampir dua kali ganda berbanding tahun 2019. Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi kisah hidup yang senyap-senyap menjerat ramai wanita di tengah kesibukan mereka menjaga semua orang, kecuali diri sendiri.
Menurut Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif BMF The Aesthetics People, menyentuh realiti itu dengan kata-kata cukup bermakna.
“Kesihatan mental amat penting kerana tanpa keyakinan dari dalam, sukar untuk kita melihat nilai diri sendiri. Tiada rawatan wajah yang dapat menggantikan keyakinan yang datang dari hati.”
Sementara itu, Prof. Dr. Azmawaty menekankan bahawa walaupun kesedaran tentang kesihatan mental semakin meningkat, stigma masih menjadi tembok besar. Beliau mengajak masyarakat untuk lebih empati belajar mendengar tanpa menghakimi, dan mencintai diri tanpa syarat.
Antara langkah mudah yang disarankan untuk mengatasi masalah ini termasuklah meditasi ringkas, menetapkan sempadan peribadi, dan memberi ruang kepada diri untuk berehat tanpa rasa bersalah.
Ezzanie Jasny, dalam kelembutan senyumannya, mengakui tekanan media sosial sering mengusik keyakinan diri wanita. Namun, baginya keaslian adalah bentuk kecantikan paling tulus.
“Kini, kecantikan bukan lagi tentang kesempurnaan. Ia tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri.”ujarnya.
Sebagai pelakon dengan jadual yang padat, Ezzanie mengekalkan keseimbangan diri dengan CFU Face Treatment BMF, yang membantunya tampil segar tanpa mengorbankan waktu rehat.
Sementara itu, Dato’ Fazley Yaakob pula memberi dimensi berbeza sebagai seorang bapa, cef dan usahawan. Mengurus pelbagai peranan bukan mudah, namun beliau menemui ketenangan melalui Muay Thai, muzik, dan 8-in-1 Stress Relief Therapy Svenson.
“Kesihatan mental bukan tanda kelemahan.Ia perjalanan berterusan ke arah keseimbangan dan penambahbaikan diri.”tegasnya.
Melalui “Still Me With More”, BMF x Svenson ingin mengingatkan setiap wanita bahawa tidak mengapa untuk memperlahankan langkah kerana ketenangan bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan yang sebenar.
Apabila kesejahteraan dalaman berpadu dengan kecantikan luaran, maka lahirlah versi terbaik diri kita. Masih diri yang sama, tetapi dengan lebih ketenangan, lebih keyakinan, dan lebih cinta!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
“Ibu akan sentiasa menyayangi dan merindui kamu, selalu…”
Itulah bait kata yang menggoncang jiwa seorang ibu yang kehilangan anak gadisnya dalam tragedi penuh tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, semalam.
Dalam satu hantaran di Facebook, wanita itu meluahkan rasa rindu yang tidak bertepi terhadap pemergian anak perempuannya yang baru berusia 16 tahun anak yang selama ini menjadi sumber ketenangan dan kebanggaan keluarga.
“Dia seorang anak yang sangat penyayang, baik hati dan berdisiplin. Sejak kecil, dia tidak pernah membuat kami risau.
Dia sentiasa mengambil berat terhadap ibu bapa dan orang lain, serta tidak pernah meminta apa-apa daripada kami,” tulis si ibu, yang kini hanya mampu berbicara dengan bayangan memori.
Baginya, anak yang pergi itu bukan sekadar darah daging, tetapi cerminan kasih yang paling tulus.
“Anak seindah itu, namun ditimpa nasib yang begitu kejam. Saya benar-benar kehilangan kata-kata, hati saya amat sakit. Semoga dia berada dalam keadaan baik di dunia lain, semoga rohnya tenang dan bahagia.”
Luahan itu diakhiri dengan ungkapan yang meruntun hati.
“Ibu akan sentiasa menyayangimu dan merindui kamu, selalu.”
Dalam nada tenang yang menyembunyikan derita, wanita itu turut berterima kasih kepada semua yang mengirim doa dan kata semangat buat keluarganya yang kini berdepan kehilangan paling pedih dalam hidup.
Dalam kejadian sekitar jam 9.10 pagi kelmarin, pelajar perempuan berusia 16 tahun itu ditemui berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman pada badan. Polis kemudian menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dan merampas dua senjata tajam di lokasi kejadian.
Kegembiraan yang tidak mampu disembunyikan. Itulah yang jelas terpancar di wajah pempengaruh media sosial dan usahawan popular, Bella Park, apabila berkongsi khabar paling indah dalam hidupnya, dia disahkan hamil lagi.
Berita manis ini hadir selepas sedekad menanti, membuatkan hatinya dipenuhi rasa syukur, sebak dan bahagia yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
“Alhamdulillah, kami berdua sangat emosi sebab terus terbayangkan Nenel. Dia dah 10 tahun umur, memang teringin adik sangat-sangat,” luah Bella dalam nada penuh haru.
Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabila Zolkepli meluahkan perasaan di laman sosial dengan menulis,
“Alhamdulillah, kami berdua sangat emosi sebab terus terbayangkan Nenel. Dia dah 10 tahun umur, memang teringin adik sangat-sangat.”
Bagi pengikut setia perjalanan hidupnya, ramai maklum bahawa Bella bukan sekadar simbol gaya hidup glamor. Pada usia 30 tahun, dia adalah seorang ibu yang tabah membesarkan anak lelakinya yang istimewa, Nenel, dengan penuh kasih sayang dan kekuatan.
Dalam hantaran itu juga, Bella menitipkan doa khusus buat pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat:
“Bella doakan semua yang tengah TTC (Trying To Conceive) akan diberikan zuriat secepat yang mungkin. Amin.”
Ungkapan ringkas tetapi sarat dengan makna itu nyata mengundang rasa terharu warganet, terutama kalangan wanita yang senasib.
Lebih menarik, Bella mengakui dirinya langsung tidak menyedari sedang berbadan dua walaupun aktif melakukan pelbagai aktiviti lasak.
“Tak perlu tanya berapa bulan dah Bella mengandung. Cukup tahu Bella dah panjat unta, naik roller coaster, lari dalam guni, malah lawan lari dengan suami. Memang tak tahu kata mengandung!”
Kisah spontan itu membuatkan ramai pengikutnya terhibur, malah kagum dengan ketabahan dan sikap selamba Bella.
Bella juga mendedahkan hanya mengetahui tentang kehamilan beberapa hari sebelum berangkat ke luar negara.
“ALLAH ni Maha Baik sebab jaga kandungan. Masa tahu tu pun lagi beberapa hari nak terbang ke Bosnia, Croatia, Montenegro. Kalau tak tahu ada, dah di sana lah ni,” ujarnya penuh syukur.
Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama sebelum berpisah. Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki, Nenel, yang kini berusia 10 tahun.
Kini, dengan khabar gembira ini, rezeki Allah sekali lagi hadir menyinari hidupnya menutup 10 tahun penantian panjang dengan anugerah paling bermakna.
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.