Kontroversi saman Rita Rudaini & YDP Muafakat MRSM Sg Besar, Dr Ashraf Wajdi panggil kedua belah pihak jernihkan keadaan.

Kontroversi membabitkan  Rita Rudaini dan kepimpinan Yang Dipertua serta Naib Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar hangat apabila kedua-dua tokoh akademik ini  memfailkan tindakan undang-undang terhadap pelakon ini susulan dakwaan fitnah dan notis tuntutan RM1 juta yang didakwa tidak dipatuhi.

Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith sebagai plaintif kedua memfailkan saman terhadap defendan iaitu Rita Rudaini menerusi firma guaman Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili peguam Datuk Adnan Seman.

Kontroversi Rita Rudaini Disaman YDP & Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Dr Asyraf Wajdi Akan Panggil Kedua Belah Pihak Bagi Jernihkan KeadaanMenurut Adnan, saman tersebut difailkan selepas Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah yang dikongsikan di akaun Instagram, WhatsApp dan di platform media sosial lain.

Ads

“Antara label fitnah yang dipersoalkan termasuk gelaran ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu selain dakwaan plaintif-plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak professional, tidak layak memegang jawatan MUAFAKAT serta tuduhan salah urus wang ibu bapa.

Kontroversi Rita Rudaini Disaman YDP & Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Dr Asyraf Wajdi Akan Panggil Kedua Belah Pihak Bagi Jernihkan Keadaan

Ads

Kontroversi itu turut menarik perhatian Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dalam hantaran di facebooknya sebentar tadi memaklumkan awal dirinya tidak berhasrat mencampuri urusan dalaman antara ibu bapa dan kepimpinan Muafakat.

Ads

Namun jelasnya,  situasi yang semakin panas dan mendapat perhatian umum masyarakat memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan persekitaran sekolah terjejas.

“Peringkat awal saya tidak mahu campur isu perbalahan antara ibu bapa pelajar MRSM. Namun atas rasa tanggungjawab, saya akan panggil kedua-dua pihak bagi menjernihkan keadaan yang tidak sihat; bahkan ia menjadi tauladan yang tidak baik buat pelajar,” tegasnya.

Beliau menegaskan bahawa keutamaan MARA adalah memastikan keharmonian komuniti sekolah dipelihara dan pelajar tidak terkesan dengan pertikaian terbuka melibatkan orang dewasa.

Sesi libat urus antara pihak Muafakat MRSM Sungai Besar dan Rita Rudaini dijangka diadakan dalam masa terdekat sebagai langkah mencari penyelesaian secara berhemah dan profesional.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads