Bahang Ramadan yang bakal menjelang telah memberi inspirasi buat Ratu Rock, Ella melancarkan Koleksi Raya ‘Kasih Monolog dari Hati’ untuk tahun 2024. Ia merupakan satu penghormatan kepada keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan.
Diinspirasi dari lirik lagu Kasih nyanyian Ella sendiri, koleksi ini membawa intisari kasih sayang serta gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan, dan makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.
Konsep Koleksi ‘Kasih’
“Koleksi ‘Kasih’ terinspirasi dari keindahan hubungan manusia yang dibina atas asas kasih sayang dan empati. Dengan mengambil intipati dari nilai-nilai murni dalam budaya kita, ia membawa sebuah interpretasi moden yang tidak hanya menonjolkan keunikan rekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan kasih,” ujar Ella.
Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono ‘Seri’, Abaya Hoodie ‘Khaela’, dan Baju Melayu ‘Arjuna’, setiap satu dibuat dengan sentuhan personal dari Ella sendiri yang mencerminkan keistimewaan dan gayanya dalam seharian dan menyambut lebaran.
Lebih dari sekadar fesyen, ‘Kasih’ menjadi seruan kepada inti kemanusiaan kita yang bersama. Dalam saat-saat kegembiraan kita, janganlah kita lupa kepada saudara kita di Palestin yang menghadapi tantangan yang menguji keadaan mereka.
Ads
Mesej di Sebalik Kempen
Mengusung semangat ‘Kasih’ sebagai pengingat yang mendalam di tengah-tengah momen kebahagiaan kita, Rockqueen mengingatkan kita untuk selalu mengenang saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.
Kempen kali ini istimewanya menampilkan Ella sendiri bersama-sama dengan suami tercinta Captain Azhar dan Kaka Azraf sebagai pendukung utama kempen ini. Menggunakan kabut dan kabus dalam sesi fotografi ‘Kasih’ sebagai metafora yang mendalam, menciptakan suasana awangan yang melambangkan cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. Kabut mewakili tirai ketidakpastian, sementara kabus merujuk kepada jalan yang kabur yang mereka lalui.
Kuda – dengan kehadirannya yang kuat dan megah, menjadi pusat perhatian sebagai lambang kebebasan. Lebih dari peranan simboliknya, ia memberi nuansa pejuang, melambangkan kekuatan dan ketabahan. Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen untuk membangkitkan rasa solidariti dan keberanian.
Ads
Kempen ini bertambah mendalam intipatinya apabila diiring dengan alunan susunan baru bagi lagu Kasih nyanyian Ella sendiri.
Ella menekankan pentingnya untuk mengenang saudara-saudara kita di Palestin yang menghadapi cabaran yang sukar untuk mencapai kebebasan dan kedamaian yang mereka layak miliki.
Kasih
“Melalui ‘Kasih’, kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai,” ujarnya dengan penuh empati. “Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita semua.
Ella menegaskan bahawa koleksi ‘Kasih’ Rockqueen bukan sekadar sebuah kempen pemasaran, tetapi juga satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan yang penting di sekitar kita. Dengan keprihatinan yang mendalam dan semangat kesatuan yang kuat, Ella dan Rockqueen mengajak semua untuk bersama-sama menyokong misi untuk mencipta dunia yang lebih adil dan berkasih sayang bagi semua.
Koleksi ini mempersembahkan 10 jenis pakaian termasuk Seri (Abaya kimono), Khaela (Abaya Hoodie), Arjuna (Baju Melayu), dan lain-lain, semuanya dalam nuansa hitam dan putih, koleksi ini diberi sentuhan yang penuh makna.
Rockqueen ‘Kasih’ Eid Collection 2024 tidak hanya menampilkan keanggunan koleksi Raya tetapi juga memperkuatkan mesej mendalam kempen kali ini. Untuk informasi lebih lanjut tentang koleksi ‘Kasih’, kunjungi www.rockqueen.com.my
Benarlah apa yang dikatakan oleh selebriti Yatt Hamzah dimana tak terbayang lalui Ramadan tanpa terawih di Masjid.
Seperti mana yang dipetik menerusi akaun facebook HARYATI HAMZAH – YATT beliau menerusi statusnya menyatakan;
Tak Apa Tanpa Bazaar
“Tak apalah jika Ramadhan tanpa bazaar. Tapi janganlah tanpa Terawih di masjid. Tak terbayang Ramadhan tahun ini tanpa kemeriahan Tarawih di masjid2. Ya Allah rezekikanlah kami berjumpa ramadan lagi dalam keadaan selamat dan sejahtera.”
Marilah Sama-sama kita berdoa agar COVID-19 berakhir dengan segera.
Sumber Foto: facebook HARYATI HAMZAH – YATT
Hidupkan Ramadan Dari Sekarang
Yatt Hamzah juga turut mencoretkan dalam suasana hari ini marilah bersama-sama kita membuat persiapan awal Ramadan dari rumah.
“Ramadhan kurang dr 23 hari lg. Jomlah kita buat persiapan. Kita hidupkan Ramadhan tahun ini dr sekarang.. Buat persiapan awal dr rumah je ok. Menghidupkan suasana Ramadhan di rumah.
“Mood Ramadhan perlu dicari dan dibina. Jika kita bersiap- siap untuk Hari Raya dengan penuh semangat dan teliti, Ramadhan seharusnya lebih lagi.
“Kongsikan hadis-hadis atau ayat al-Quran berkaitan Ramadhan sesama isi rumah. Menceritakan isi-isi buku berkaitan Ramadhan yang dibaca. Membeli atau membasuh sejadah, pakaian solat seperti telekung dan kain pelikat bagi menaikkan semangat.
Gunakan al-Qur’an yang paling digemari. Mainkan lagu-lagu berkaitan Ramadhan dan ayat-ayat al-Quran di rumah. Buat jadi ringtone ke. Hee… Letak al-Quran dan buku-buku bertemakan Ramadhan di setiap sudut rumah iaitu kawasan-kawasan yang paling selalu diduduki. Rancang ingin berbuka dan berterawih di masjid mana nanti ketika Ramadhan nanti jika ada rezeki kita ya.. Aameen..
“Doakan kami melayari bahtera hidup penuh sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke jannatul firdaus” begitulah doa dari suami kepada selebriti dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi.
Penuh kejutan bagaikan, tiada angin, tiada ribut, Heliza Helmi membuka lembaran tahun 2022 melangsungkan pernikahan dengan jutawan muda, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Pasangan itu sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz pada 1 Januari 2022 jam 11.11 yang dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.
“Doakan Kami Melayari Bahtera Hidup Penuh Sakinah, Mawaddah Warahmah”
Seperti mana perkongsian di akaun rasmi Instagram Mahadi mendoakan mahligai yang dibina bersama bidadarinya, Heliza diberkati Allah.
“Alhamdulillah dengan 1 kali lafaz Ijab Qabul pada 11.11am tarikh 1.1.22.
“Semoga perjalanan kita mempunyai matlamat 1 yang sama yakni Jannatul Firdaus..
“Taat pada yang 1 yakni Allah SWT..
“Ikut cara hidup yang 1 yakni Nabi Muhammad SAW..
“Berpandukan kitab yang 1 yakni Al Quran..
“Daripada 7.8 billion manusia, kamulah yang 1 bertakhta di hati di Jannah,” coret Mahadi.
Mas Kahwin Berupa Sebentuk Cincin & Senaskhah Al-Quran
Mahadi telah menghadiahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al Quran kepada Heliza.
Usai nikah, pasangan itu diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara juga di Putrajaya.
Malah Mahadi juga menyambung coretannya di akaun Instagram dengan memohon doa agar dirinya dan heliza dapat melayari bahtera hidup bersama hingga ke syurga.
“Depa cakap life start at 40, kami start at 38 InsyaAllah…
“Doakan supaya kami dan bidadari dunia akhirat kami, Nur Heliza Helmi dapat melayari bahtera hidup bersama yang penuh dengan sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke Jannatul Firdaus..
“Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘Alaykuma
“Wa jama’a baynakuma fi khayr.. Aamiin,” tulisnya.
Sebelum ini Heliza menerusi laporan pernah memaklumkan dirinya tidak pernah berasa tertekan apabila diajukan soal kahwin.
Ini kerana keutamaannya sebelum ini hanyalah kepada keluarga dan misi kemanusiannya. Malah dia turut berasa bersyukur kerana kedua ibu bapanya juga tidak memberi sebarang tekanan mengenai soal kahwin.
Rezeki pengantin baru!. Itulah yang boleh digambarkan kejayaan aktres popular, Siti Saleha apabila penghargaan menerima Brand Personality Award 2025 anjuran BrandLaureate yang berlangsung di Swissotel, The Stamford, Singapura, semalam.
Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu berkongsi momen indah tersebut di laman Instagram miliknya sambil menitipkan penghargaan yang diterima adalah lambang kerja keras ditampilkan sepanjang bergelar anak seni.
“Dengan rendah diri saya amat bersyukur menerima pengiktirafan berprestij daripada BrandLaureate atas sumbangan saya sebagai pelakon Malaysia”-Siti Saleha.
“Anugerah ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi peringatan mengenai semangat, kerja keras dan sokongan daripada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan saya,” ujarnya memetik perkongsian di Instagram miliknya.
Usai menerima penghargaan itu, Siti Saleha memasang azam mahu terus meningkatkan usaha dalam mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Terima kasih kerana menghargai usaha saya, anugerah ini sangat bermakna buat saya.Saya berharap dapat terus melangkaui batas, mewakili Malaysia ke tahap lebih tinggi dan terus memberi inspirasi melalui karya,” katanya yang kini muncul dalam drama Dia Imamku di Astro yang memegang watak sebaga Cempaka Humairah.
Bukan Anugerah Pertama
Untuk rekod Siti Saleha pernah meraih trofi Bintang Asia Terbaik, Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 menerusi lakonan hebatnya dalam drama SeOfis.Malah Siti Saleha juga pernah membawa pulang tiga trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada edisi 27, 33 dan 34.
Kunjungan ke Singapura kali ini lebih bermakna apabila aktres berusia 34 tahun ini ditemani oleh suami tersayang, Joshua Fitton. Pasangan ini sah bergelar suami isteri 14 Februari lalu di mana majlis pernikahan secara tertutup telah diadakan di Janda Baik, Pahang.
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...