Pra Menopause Bermula Seawal Usia 30-an, Kitaran Haid Mula Tidak Teratur! Agak sukar bagi seseorang wanita untuk menerima hakikat apabila diri sedang mengalami kemerosotan kesihatan dan kewanitaan. Peringkat Menopause pula bagaikan suatu mimpi ngeri buat wanita apabila usia kian meningkat dan merasakan diri tidak lagi sempurna.

Adalah penting bagi seorang wanita untuk mengenali gejala-gejala Pra Menopause yang mungkin tidak disedari selama ini.

Pra Menopause, adalah suatu fasa dalam kehidupan seorang wanita yang berlaku beberapa tahun sebelum wanita itu mengalami menopause yang sebenar.Keadaan ini berlaku apabila kelenjar ovari mula kurang berfungsi dengan tidak mengeluarkan hormon estrogen secukupnya. Namun ketika ini ovum, benih wanita masih lagi dikeluarkan, tetapi tidak sebagaimana ketika berumur 20an.

Pra Menopause boleh bermula apabila seorang wanita mencapai umur 40an, Namun ada kalanya ia bermula seawal 30an.

Fasa ini berlangsung selama 4 tahun secara purata, namun ada wanita yang mengalaminya untuk beberapa bulan dan ada juga yang mengalaminya selama 10 tahun.

IKLAN

Selalunya doktor akan membuat diagnosis wanita telah mengalami Pra Menopause secara klinikal sahaja iaitu berdasarkan gejala-gejala yang dialami.

Namun cara terbaik ialah dengan membuat pemeriksaan darah untuk melihat kepekatan hormon didalam darah.Oleh kerana dalam fasa Perimenopause ini, kepekatan hormon mungkin berubah-ubah, maka ada baiknya lakukan beberapa siri pengambilan darah sebagai perbandingan.

Seseorang dikatakan telah memasuki fasa Menopause apabila dia sudah tidak mengalami kedatangan darah haid selama SETAHUN.

IKLAN

Tanda-tanda Memasuki Fasa Pra Menopause:

1.Kitaran Haid yang tidak teratur
2.Sakit pada payudara
3.Rasa kurang bernafsu untuk bersama suami
4.Rasa panas badan
5.Rasa kekeringan pada faraj dan menyebabkan rasa sakit ketika bersama suami
6.Perubahan mood yang tidak menentu
7.Masalah sukar tidur
8.Adakalanya mengalami masalah membuang air kencing seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan tidak dalam menahan kencing.

IKLAN

Kebanyakan wanita yang mengalami perimenopause akan mengambil pil penambah hormon. Namun begitu, jika tidak mengalami apa-apa masalah atau gejala yang teruk, tidak perlu mengambil pil ini.

Antara cara lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala Pra Menopause ini:
1.Melakukan senaman ringan.
2.Tidur yang cukup dengan bangun dan tidur pada waktu yang tetap.
3.Mengawal berat badan’
4.Mengambil multivitamin dan pil kalsium (jika tidak boleh minum susu) setiap hari.
5.Minum air secukupnya.

Namun demikian kepastian hanya dapat dibuat dengan pemeriksaan darah untuk menguji kepekatan hormon.Dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor jika mengalami tanda-tanda ini.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI