Kita Yang Tak Banyak Pahala Tolong Jangan Muflis Di Akhirat Nanti

Sebelum Terlewat ambillah masa yang ada semasa Perintah Kawalah Pergerakan atau PKP ini untuk berubah ke arah jalan yang terbaik. Ingat juga pesan Pendakwah Bebas, Fakhrul UNIC ini.

Hadis Nabi SWT bermaksud, Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu, kepada jasad kamu. Tetapi Allah memandang kepada hati kamu dan amalan kamu. Maka itulah yang sebaik-baiknya kita kena rebut.

“Siapa kita di sisi Allah SWT ini, Allah memandang apa yang ada dalam hati kita dan apa yang kita buat.

“Allah juga telah menyebut pada akhir zaman ini berbekal paling penting. Masing-masing ada akaun dosa dan pahala.

“Kita kena seimbangkan dosa dan pahala. Jadi tolonglah, kita yang tidak banyak pahala ini tolong jangan jadi muflis di akhirat nanti.”

“Semasa di akhirat kita bawa pahala baca Al-Quran, pahala berpuasa dan solat dan sebagainya. Tetapi di dunia ini kita sakiti hati orang lain, mengata mereka dan sebagainya, nanti orang itu tuntut pahala kita.

“Sudahlah pahala kita tidak banyak, kita tanggung pula dosa orang lain. Maka kita akan menjadi muflis di akhirat.”

Belajar Baca Al-Quran Dengan Baik Sebelum Terlewat

Belajar membaca Al-Quran bukan setakat mampu memberi pahala tetapi pada masa yang sama membaca Al-Quran dengan betul adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk berubah ke arah kebaikan.

Untuk berubah kepada yang lebih baik ini perlu ada turning point. Turning point itu bermaksud, kita mungkin ada sejarah silam yang membuatkan hati kita tersentak. Bila berubah menjadi baik ini satu yang subjektif.

“Maka permulaannya apabila kita sudah berubah menjadi baik disebabkan apa sahaja perkara, dari situ ia membawa kepada keikhlasan kita. Perlahan-lahan kita melatih diri dan lama-kelamaan kita akan berubah menjadi lebih baik.

“Allah SWT tidak memandang benda yang lepas. Sebagai contohnya, kita tidak pandai mengaji pun sebab latar belakang kita semua tidak sama. Apabila latarbelakang kita tidak sama, maka kita perlu meraikan proses perubahan manusia.

“Allah SWT tidak akan pandang yang lepas. Allah hanya pandang yang sekarang dan apa ending (pengakhiran) kita nanti.”

Pendakwah bebas, Fakhrul UNIC menggunakan masa semasa PKP untuk mengajar membaca Al-Quran secara online kepada mereka yang berminat. Beliau dijemput menjadi tetamu undangan Mingguan Wanita Talkshow pada hari Khamis 1 April 2020.

Perbualan secara video call bersama hos Naufal dan Nurul Syuhadah ini membincangkan topik Sebelum Terlewat.

Berubah Kerana Allah Bukan Kerana Orang Lain

Bagi mereka yang mahu belajar membaca Al-Quran dan malu untuk melakukannya, nasihat Fakhrul segala-galanya bermula dengan niat yang baik.

Kita perlu berubah kerana Allah. Kalau kita buat benda kerana manusia, ia akan separuh jalan sahaja. Tetapi kalau kita buat kerana Allah SWT, ia akan memberi kekuatan yang lagi baik. Walaupun semasa mahu melakukan perubahan itu diri dikecam(kerana kita tidak mampu memuaskan hati semua orang), ketahuilah apa yang kita buat itu semuanya kerana mencari reda Allah sahaja. Ingatlah reda manusia itu hanya sementara.

“Bila Allah reda, Allah akan bantu daripada pelbagai sudut. Allah akan datangkan kepada kita, sebagai contohnya kawan-kawan yang memberi sokongan.

IKLAN

“Maka dari situ walaupun dari mulanya diri seseorang itu malu, namun daripada sokongan kawan-kawan itu dia akan semangat baru.”

Nasihat Fakhrul lagi, jangan fikirkan pandangan orang kerana dengan cara itu apa yang diinginkan tidak akan diperolehi.

Tak Tahu Tetapi Mahu Belajar?

Bagi mereka yang kurang pandai membaca Al-Quran, janganlah berputus asa untuk belajar membacanya sehingga mampu membaca dengan baik. Ini kerana mereka akan mendapat pahala apabila membaca Al-Quran.

Hos Naufal Hatta yang juga peserta program Imam Muda sempat menitipkan hadis berkaitan dengan mereka yang rajin membaca Al-Quran.

“Terdapat satu hadis Nabi SAW tentang hendak berubah. Maksud hadis tersebut, Nabi SAW berkata mereka yang mahir membaca Al-Quran adalah seperti sahabat kepada para Malaikat.

Dan bagi mereka yang baca Al-Quran secara merangkak-rangkak dan rasa susah ketika membaca Al-Quran, Nabi kata mereka dapat dua pahala.

Pahala pertama adalah usaha mereka untuk membaca Al-Quran dan pahala kedua adalah setiap kali dia mengulang-ulang ayat Al-Quran yang dibaca.”

IKLAN

Kesimpulannya, di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan ganjaran.

Baru Belajar, Buat Silap, Dimaafkan

Kenyataan ini disokong oleh Fakhrul sendiri. Jelasnya kalau diri seseorang itu tidak tahu membaca Al-Quran dan masih hendak belajar dan membaca walaupun secara merangkak-rangkak, mereka akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Susah dia hendak membaca ayat Al-Quran itu. Nabi kata Allah akan bagi dia dua ganjaran. Imam Nabawi kata, satu ganjaran untuk kesusahan dia hendak belajar dan ganjaran kedua adalah ketika kesukaran dia menyebut huruf-huruf Al-Quran.

“Tetapi orang ini bukan kita menggalakkan ganjaran dua pahala itu sehingga ke tua. Kalau boleh kita mahu dia terus baca Al-Quran. Motivasikan diri untuk belajar Al-Quran kerana kita perlu faham belajar Al-Quran ini adalah satu proses.

“Kita tidak terus pandai baca Al-Quran. Proses membaca Al-Quran ini bermula dengan belajar sebutan huruf. Selepas pandai sebut huruf, kita belajar sambung ayat. Selepas pandai sambung ayat barulah kita belajar tajwid.

“Semua itu mengambil masa dan perlukan banyak proses mengulang. Oleh itu bagi orang yang baru belajar dan buat silap, ia dimaafkan.

“Tetapi bagi orang yang sudah tahu hukum dan boleh baca Al-Quran dan sengaja buat salah, maka itu dikira berdosa. Hukumnya haram.”

IKLAN

Satu Huruf 10 pahala

Ingat pesan Fakhrul ini lagi. Katanya kalau kita baca Al-Quran secara berterusan, maka kita akan dapat pandangan rahmat daripada Allah dan pahala yang berpanjangan.

Bila membaca dan bersama dengan Al-Quran, Malaikat akan bersama-sama kita. Keberkatan atau Sakinah, rahmat Allah SWT itu akan turun pada rumah yang dibaca Al-Quran. Nabi sebut, bila Al-Quran dibaca di dalam rumah, maka rumah itu akan turun Sakinah, rumah itu akan turun ketenangan.

“Bila kita baca Al-Quran, Nabi sebut, satu huruf dia akan dapat kebaikan. Kebaikan itu akan Allah akan gandakan dengan sepuluh pahala. Rugilah kita tidak membuatnya.”

Tip Orang Dewasa Yang Mahu Belajar Membaca Al-Quran

1-Niat hendak berubah itu kerana Allah SWT. Jika niat kerana Allah, maka Allah akan dorongkan orang-orang yang baik menolong kita.

2-Buang sifat malu. Sifat malu kena ada tetapi jangan malu dalam menuntut ilmu. Mereka yang berusia tetapi hendak belajar boleh mulakan dengan membaca Iqra’.

3-Cari guru yang betul.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI