Gambar sekadar hiasan

Buah epal kesukaan ramai terutamanya buat mereka yang pentingkan penjagaan kesihatan. Antara epal merah dan epal hijau, mana lebih sihat dan jadi pilihan anda?

Fakta Nilai Pemakanan Epal

Berikut adalah fakta nilai pemakanan untuk sebiji epal mentah, tidak dikupas dan sederhana (100 gram):

Kalori: 52
Air: 86 peratus
Protein: 0.3 gram
Karbohidrat: 13.8 gram
Gula: 10.4 gram
Serat: 2.4 gram
Lemak: 0.2 gram

Epal terdiri daripada karbohidrat dan air. Ia juga mengandungi serat, yang dikatakan mampu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kesihatan usus.

Buah ini tidak kaya dengan vitamin dan mineral. Walau bagaimanapun, ia mengandungi jumlah vitamin C dan kalium yang mencukupi.

Epal adalah sumber baik beberapa antioksidan, termasuk quercetin, catechin, dan asid klorogenik.

Kita Suka Buah Epal, Tapi Mana Lebih Menyihatkan, Hijau @ Merah?
Buah epal merah atau buah epal hijau?

Epal Merah vs Epal Hijau

Tak dinafikan epal merah sudah tentu lebih digemari jika dibandingkan dengan epal hijau kerana rasanya yang sedikit manis daripada epal hijau.

IKLAN

Sebelum kita persoalkan epal manakah yang terbaik? Kita lihat dahulu kebaikan buah epal kepada kesihatan.

1-Meningkatkan Kekebalan Tubuh

Epal dikatakan mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh berikutan dengan sifat antioksidan dan kandungan vitamin C yang terdapat di dalamnya. Disebabkan ini jugalah timbulnya pepatah ‘Sebiji Epal Sehari Menjauhkan Doktor.”

2-Penuh Dengan Serat

Kulit epal khususnya adalah sumber serat yang sangat baik – jadi jika anda buat smoothie, pastikan anda masukkan kulit sekali. Sebatian yang tidak dicerna dari serat ini dikatakan dapat membantu memperbaik tekanan darah anda, menghilangkan kolesterol jahat dan membersihkan usus untuk meningkatkan kesihatan pencernaan.

Serat itu juga sebenarnya cukup baik untuk gigi. Dikatakan dengan mengunyah epal terbukti dapat meningkatkan pengeluaran air liur. Oleh itu, pertimbangkan untuk menambahkan kulit epal ke dalam makanan anda.

IKLAN
3-Merangsang Otak

Memakan epal secara kerap telah terbukti mampu meningkatkan tahap neurotransmitter (hormon otak) yang dikenali sebagai acetylcholine. Ini adalah perangsang utama otak yang meningkatkan aktiviti otak di semua bahagian.

4-Baik Untuk Kardiovaskular

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa makan epal boleh memberikan kebaikan untuk kardiovaskular. Ini berita baik bagi sesiapa yang ingin mengelakkan keadaan seperti penyakit jantung. Epal juga telah dikaji berkaitan potensi manfaatnya dalam mengatur kadar gula darah.

Artikel berkaitan:
Kenapa Kita Perlu Makan Buah Aprikot?
Rendah Kalori, Tinggi Zat, Pilihlah Daun Kucai Jadi Menu Harian!

Mana Satu Jenis Buah Lebih Menyihatkan?

Menurut sebuah laporan kesihatan daripada Amerika Syarikat, satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram karbohidrat manakala satu cawan epal merah pula mengandungi 15 gram karbohidrat. Ia sebenarnya adalah tidak banyak berbeza dan kebanyakan pakar diet akan mengesyorkan untuk mengambil 45 peratus kalori daripada karbohidrat.

IKLAN

Kandungan Gula

Buah ini sangat terkenal dengan khasiat yang mampu melawan penyakit diabetes. Epal merah mengandungi kandungan gula yang lebih manis dan tidak masam. Tetapi jika dikira daripada jumlah kandungan gula, epal hijau lebih selamat untuk penghidap diabetes.

Epal dikatakan juga terbukti megandungi lebih banyak nutrisi terutamanya pada bahagian kulitnya. Tidak kira merah atau hijau, anda disarankan untuk tidak memarut kulitnya sebelum memakannya. Kedua-duanya adalah berkhasiat apatah lagi jika ia adalah jenis yang organik.

Paling penting, anda tidak digalakkan makan buah ini melebihi enam biji sehari kerana kadar gula dalam tubuh akan meningkat. Jangan sesekali mengamalkan diet yang hanya makan buah ini setiap hari tanpa mengambil makanan lain. Cukup hanya satu atau dua biji sahaja sehari.

Secara umumnya, epal merah adalah lebih digemari kerana rasanya yang lebih sedap dan manis. Namun begitu, tidak ramai individu yang menggemari epal hijau kerana rasanya yang sedikit masam.

Sebenarnya, ia juga akan mendatangkan banyak manfaat kesihatan dan kecantikan kepada pemakannya. Ia dilengkapi dengan nutrien, serat, mineral dan vitamin yang baik untuk keseluruhan kesihatan secara total.

Sumber: www.thankyourbody.com / hellodoktor.com/ www.healthline.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI