Jaga-jaga mak ayah, di media sosial yang serba terbuka ini, akaun mak ayah pun terdedah sama dengan bahaya si pedo atau pedofilia. Semakin berani pula mereka ini.
Hal ini didedahkan oleh Akhtar Syamir yang mana, ada kemungkinan pedofilia ini menggunakan banyak akaun untuk memperdayakan mak ayah.
Si Pedo Ini Sedap Puaskan Nafsu Dengan Gambar Anak Kita
Dia datang lagi. Hati-hati semua dengan akaun pedofilia ini. Ramai yang dah buat aduan mengenai akaun-akaun ini yang besar kemungkinan dari orang yang sama.
Ads
Kita sedap berbuka puasa dengan anak. Si pedo ni sedap puaskan nafsu dengan gambar anak kita.
Pedo kali ini minat pada kanak-kanak perempuan yang memakai legging. Jangan pelik. Mereka ini memang ada macam-macam perangai. Cuma kali ini fokusnya ialah legging.
Dia akan komen di post yang mempunyai gambar kanak-kanak perempuan yang memakai legging dan akan tag diri sendiri betul-betul di bahagian kemaluan budak tu.
Memang sakit orang macam ni. Jadi, sila jauhkan diri dari dia dan semua akaun dia yang lain. Block sahaja dan berhati-hati apabila memuat naik gambar anak. Pastikan cover mana yang patut.
Ads
Ada banyak akaun.
Sebaik Kesan Pedofilia, Mak Ayah Cepat Lakukan Ini
Tolong bagitau semua kawan-kawan. Search nama Syazwani Sapari ni dan tengok “MUTUAL FRIENDS” dia. Jika ada nama kawan kita yang menjadi friends dia, sila tag di sini dan minta mereka baca dan block sekali.
Dia ni ada banyak akaun. Kebanyakan akaun dia semua guna gambar budak dan legging. Pastikan block semua. Kalau boleh report dulu kemudian block.
Ads
Dia memang akan add semua orang yang ada gambar anak perempuan. Jadi jangan senang-senang approve friend request ye.
Jangan takut untuk post gambar anak-anak. Cuma kena tahu batasan dia dan tutup mana yang patut. Bila terhidu je pedo seperti ni, terus block.
SHARE post ini supaya kita dapat lindungi anak-anak kita dari menjadi pemuas nafsu pedofilia sampah ini. Jangan lupa TAG nama friends yang MUTUAL FRIENDS dengan pedo ni.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa di fb juga Supergroup Telegram BroOhsem Fans http://t.me/broohsemfans
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Harapkan pagar, pagar makan padi. Sungguh perbuatan tidak bertanggungjawab dan mencemarkan kepercayaan institusi penjara. Bilamana tindakan seorang warden sanggup menggadai kepercayaan dengan mengedar dadah di Penjara Sungai Buloh.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila tindakan tersebut mengundang padah apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.
Mohd Elmy Arif Hamid, 40, menunduk selepas hukuman itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Nurulhuda Nur’aini Md Nor.
Dalam penghakimannya, Nurulhuda Nur’aini berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dengan anggapan mengedar dadah tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam, Zameri Mat Nawang dan Ilya Hakim.
Kesalahan Edar Dadah
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar dadah iaitu 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh di sini, pada jam 11 malam, 18 Jun 2019 lalu.
Hukuman dibuat mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Bagi pertuduhan ketiga, dia dihukum dua tahun penjara dan tiga sebatan kerana memiliki 4.25 gram dadah jenis heroin, mengikut Seksyen 39A (1) akta sama.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam bulan hingga setahun bagi tiga lagi pertuduhan iaitu memiliki 1 gram dadah Monoacetylmorphines dan ada dalam kawalannya dadah Etizolam (38.67 gram) serta Clozapine (50.8gram).
Mingguan Wanita: Harapkan pagar, pagar makan padi. Semoga menjadi pengajaran buat yang lain agar lebih bertanggungjawab dan tidak menggadai amanah serta kepercayaan yang telah diberikan.
Berani sungguh isteri usia muda yang menghubungi Puan Suzima Hazish pengasas jamu Suzy Honey Herbs ini. Semasa berpantang hari ke 23, ibu muda ini telah ‘bersama’ dengan suami yang dimaklumkannya tinggal berjauhan dengannya.
Tapi ini bukan soal berani atau tak. Ia lebih pada soal kesihatan tubuh ibu muda itu sendiri. Seharusnya suami tak menggunakan alasan susah nak jumpa isteri demi memenuhi tuntutan ‘bersama’ pasangannya.
“Pagi ini ada kes. Seorang ibu dalam pantang wassap saya.
“Kak, saya nak tanya sedikit. Saya dalam pantang sudah masuk 23 hari. Darah nifas dah mulai kering. Bersalin anak kedua. Kebetulan jahitan luka saya pun sudah mulai baik.
“Sebab jahit sikit saja. Saya bersama dengan suami baru-baru ini. Tak dapat nak elakkan. Sebab saya dan suami tinggal berjauhan. Bila berjumpa…terjadilah.
“Lepas tu, esoknya saya keluar darah banyak. Ini darah haid ke kak? Dan badan saya sakit. Habis berdenyut satu badan.
“Tolong lah kak, apa perlu saya buat. Silap saya kerana tak sampai habis tempoh pantang sudah melakukan hubungan.”
Dan wassap itu buatkan Puan Suzy terpaksa menarik nafas dalam-dalam. Memang sukar untuk membayangkan apa yang sudah berlaku.
“Sebaiknya adik ini segera ke klinik/hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.” Dan hadamkan nasihat lanjut dari Puan Suzy ini ya mak-mak muda. Untuk panduan kita bersama juga.
Ini Nasihat Saya Untuk Semua Tentang ‘Bersama’ Dalam Tempoh Pantang
Zaman sudah terlalu moden dan tidak dinafikan ramai para ibu muda yang sudah tidak mengambil berat akan kepentingan dan adab dalam berpantang. Boleh dikatakan berbeza cara berpantang zaman dahulu dan sekarang.
Zaman kami yang emak-emak ini ( macam saya ) sangat takut bila bab berpantang ini. Bersungguhlah kami mengikut cakap mak bidan dan pesan orang lama.
Zaman sekarang ini, ibu dalam pantang mereka seakan bebas mengambil apa sahaja pemakanan dan melakukan aktiviti harian seperti membeli belah, kemas rumah, naik kereta ke sana sini ada juga keluar bersiar waktu malam. Seolah kedatangan nifas ini seperti waktu kedatangan haid saja!
Akibatnya ibu-ibu ini mudah diserang sakit-sakit badan dan sakit sendi seperti arteritis, rhuematoid arteritis juga reumatisme. Malah ada juga di kalangan mereka ini diserang masalah terencat urat besar atau urat sum di bahagian pinggul yang mengganggu pergerakan mereka ini.
Lagi malang hal ini membuat mereka menderita seumur hidup pun ada. Ada sesetengah kes diserang penyakit lumpuh dan terpaksa berkerusi roda seumur hidup.
Hal yang paling tragis ialah bila dalam pantang melakukan aktiviti ‘bersama’. Tindakan ini boleh merosakkan saluran bahagian intim, pintu rahim dan rahim secara keseluruhannya kerana rahim masih lagi uzur dan dalam keadaan lemah. Urat saraf, otot-otot juga tisu saluran bahagian intim belum bersedia lagi menerima untuk melakukan pergerakan kuat dan geselan. Ini boleh mengakibatkan masalah turun darah, peranakan rendah, terkeluar rahim atau tombong!
Pesanan saya buat ibu dalam pantang supaya merawat dan menjaga diri sebaik mungkin.
Beri masa untuk diri sendiri sihat segar pulih sebaiknya. Jangan kita rasakan kita ini sihat. Padahal urat dan dalaman belum lagi pulih sepenuhnya.
Juga minta kerjasama suami dan keluarga untuk saling menolong memberi kerjasama dan sokongan sebaiknya.
Insha allah. Semoga menjadi pedoman.
Uji Darah Nifas Dengan Putik Kapas
Manakala menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramah beliau, Siti Aisyah r.a pernah ditanyakan Rasulullah s.a.w tentang bilakah darah nifas berhenti.
“Dulu tak ada tisu. Jadi ambil perca kain (cebisan kain) letakkan dalam bahagian intim isteri. Tengok warnanya. Jika putih bersih bermakna sudah tiada darah nifas.
“Zaman sekarang lebih mudah caranya. Ambil putik kapas, minta isteri mencangkung. Kata ulama masukkan putik kapas sekadar seruas jari ke dalam bahagian intim isteri. Sebelum itu, minta isteri bersihkan dulu bahagian intimnya dengan air dahulu. Minta dia berehat dalam 10 minit barulah dimasukkan putik kapas. Bimbang darah-darah lama masih melekat di sekitarnya.
Masa inilah isteri dah boleh mandi dan wajib bersolat. Tapi adakah bermakna isteri yang dah boleh solat itu, suami boleh gauli?
“Belum boleh. Lagi-lagi isteri yang tiada istihadah iaitu bersalin secara cesarean. Yang mana isteri dalam keadaan kesakitan akibat pembedahan.
“Jadi dalam soal bersama suami isteri dalam pantang ini ia tiada kaitan dengan tarikh boleh solat. Tapi suami hendaklah memastikan darah isteri dah kering dan sekiranya tubuh isteri masih lemah yang mana boleh memudaratkan kesihatan isteri, ‘bersama’ suami isteri tetap tak boleh dilakukan.
“Jika darah isteri dah kering pada hari ke 44 dan isteri minta tempoh untuk dia betul-betul pulih dalam masa 2 minggu. Maka suami kena penuhi.”
Buat jamu sendiri memang lebih puas hati dan menjimatkan berbanding beli yang dah siap.Fungsi jamu pastinya untuk kesihatan dalaman, sekaligus mampu memberi kesan pada kecantikan luaran wanita. Menerusi perkongsian Suhanna Zakaria,jamu yang beliau amalkan ini mempunyai khasiat untuk buang angin dalam badan, lawaskan perut,atasi keputihan, kecutkan peranakan dan naikkan seri wajah awet muda.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Dah pepetang ni baru ada free sikit nak share something yang Kak Ana Gojes rasa korang patut buat sendiri je kat rumah.Asyik masak makanan pun boring juga kann. So lets masak jamu untuk diri sendiri pulak. Moga moga lepas amal jamu ni, tetap jadi kekasih awal dan akhir untuk hubby korang.
Sebenarnya jamu ni memang Kak Ana Gojes sendiri amalkan. Save banyak taw duit bila buat sendiri.Badan pun lain macam bila kita jadikan amalan. Cargass walaupun dah umur macam sekarang ni. Korang yang muda muda tu elok amalkan segera. Untuk awet muda pun ya.
Sebelum ni Kak Ana Gojes beli yang ready made je, ada la dalam sratus ringgit sebulan. Better korang buat sendiri je. Duit seratus tu boleh juga simpan time emergency.Kita guna barang barang kat dapur je. Cara masak pun senang yakmat. Korang minum ni tetiap hari. Sekali sehari pun dah okey.
Make sure air puteh kena minum banyak ya. Biar segala toksin dalam badan tu keluar semua. Bagus taw jamu ni untuk buang angin, senggugut dan kecutkan peranakan.
Bahan-Bahan:
1 1/2 inci kunyit hidup } hiris nipis
1 inci halia } hiris nipis
1 inci gula melaka @ gula merah
1 sudu besar pes asam jawa.
1/4 sudu teh serbuk manjakani (optional)
1 liter air
Cara Membuat :
1.Didihkan dulu air, kemudian masukkan semua bahan. Reneh sehingga air satu liter tu tinggal separuh je.
2.Nak senang masukkan dalam rice cooker so tak perlu nak tunggu kat situ lama-lama.Boleh reneh sambil buat kerja lain. Kan senang.
3.Dah siap. Tapis kan dan sejukkan sebelum masukkan ke dalam botol. Simpan dalam peti ais. Cukup untuk bekalan dalam seminggu.
Jamu yang dah siap di tapis. Tunggu sejuk je tu untuk simpan dalam botol.
Khasiatnya:
Buang angin, lawaskan perut, keputihan, kecutkan peranakan, perapat dan seri wajah.
Amalkan dalam seminggu pun dah boleh nampak perubahan.
Boleh minum time period untuk lawaskan darah haid.
Minum sikit je. Dalam 6 sudu besar je. Atau boleh tengok kat gambar. Tak sampai separuh cawan pun kan.
Lepas minum jamu. Minum air suam segelas taw. Jangan lupa.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.