Ads

Kisah 7 Beranak Pernah Viral Tidur Dalam Kereta Berbumbungkan Langit Kini Berubah, Bapa Bangkit Dengan Gaji RM5,000 Sebulan

Kisah tujuh beranak pernah viral tidur dalam kereta berbumbungkan langit kini berubah, bapa bangkit dengan gaji lebih RM5000 sebulan. Setahun lalu, kisah keluarga ini pernah viral di media sosial.

Dengan anak-anak yang masih kecil, mereka sekeluarga seramai tujuh orang tidur berhimpit-himpit di dalam sebuah kereta Bezza berbumbungkan langit. Tidak hanya berbumbungkan langit, cermin belakang kenderaan yang pecah hanya mampu ditampal dengan plastik sekaligus tiada jaminan keselamatan saat mereka melelapkan mata di taman-taman awam.

Kisah 7 Beranak Pernah Viral Tidur Dalam Kereta Berbumbungkan Langit Kini Berubah, Bapa Bangkit Dengan Gaji RM5,000 Sebulan
Inilah kisah Hilmi dan Yani setahun lalu.Tidur berhimpit dalam kereta berbumbungkan langit selepas jadi mangsa penipuan penghijrahan dari Kelantan ke Pulau Pinang sebelum dibantu oleh YB Steven

Penghijrahan dari Kelantan ke Pulau Pinang dengan membawa impian besar hanya tinggal harapan apabila menjadi mangsa penipuan termasuk rumah sewa meruntun perasaan ramai. Si bapa, Hilmi, yang datang dari Kelantan bersama isteri dan lima anak kecilnya, kehilangan wang simpanan serta tempat tinggal, memaksa mereka bertahan hidup di tepi jalan dalam serba kekurangan.

Kisah 7 Beranak Pernah Viral Tidur Dalam Kereta Berbumbungkan Langit Kini Berubah, Bapa Bangkit Dengan Gaji RM5,000 Sebulan
Dahulu nasib keluarga ini agak susah sehingga dibantu oleh YB Steven

Keadaan keluarga itu kemudiannya mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, YB Steven Sim Chee Cheong yang kini menjawat jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) tampil menghulurkan bantuan bagi membantu keluarga ini  keluar daripada situasi sukar tersebut. Melalui sokongan awal termasuk bantuan kebajikan dan usaha mencarikan peluang pekerjaan, Hilmi diberi ruang untuk bangkit semula dan memulakan kehidupan baharu bersama keluarganya.

Kisah 7 Beranak Pernah Viral Tidur Dalam Kereta Berbumbungkan Langit Kini Berubah, Bapa Bangkit Dengan Gaji RM5,000 Sebulan
Masa pertama kali jumpa Hilmi, hidupnya hampir runtuh. Yang saya lakukan hanya membuka ruang. Selebihnya, Hilmi bangkit dengan usahanya sendiri. Jangan mudah anggap orang miskin itu malas atau bermasalah, sebaliknya mereka perlukan peluang untuk keluar daripada belenggu kehidupan. Hilmi telah buktikan!

Dalam hantaran terkini di facebooknya, YB Steven berkongsi keadaan terkini Hilmi dan keluarga yang sudah jauh berubah dari setahun lalu.

Ads

“Hangpa ingat lagi tak setahun lalu kisah Hilmi yang merantau dari ke Kelantan ke Bukit Mertajam untuk bina hidup baru bersama keluarganya tapi malang tak berbau, mereka kena scam dan akhirnya 7 sekeluarga terpaksa tinggal dalam kereta usangnya.

“Baru-baru ini saya terima pesanan whatapps daripada Hilmi “Selamat Hari Natal YB, terima kasih YB bagi saya peluang mulakan hidup baru, Jika YB ada masa singgahlah rumah saya”.

Hari ini saya ambik sedikit masa untuk ziarah kat rumah Hilmi. Saya nak tengok sendiri keadaan keluarga mereka berbanding setahun lalu.

Ads
Kisah 7 Beranak Pernah Viral Tidur Dalam Kereta Berbumbungkan Langit Kini Berubah, Bapa Bangkit Dengan Gaji RM5,000 Sebulan
Saya masih ingat pertama kali bertemu mereka. Tujuh beranak hidup bersempit tidur berhimpit di dalam kereta. Hari ini, anak-anak mereka lebih selesa di rumah sendiri. Tambah pula sorang lagi baby baru. ♥️
Hilmi sambut saya di depan pintu, terus peluk dan ucapkan terima kasih. Lelaki yang setahun lalu saya temui sedang duduk beralaskan kain rentang buruk di tepi kereta usang bersama isteri dan lima anak kecil, hari ini berdiri di depan rumah sendiri dengan senyuman dan keyakinan.
Kisah 7 Beranak Pernah Viral Tidur Dalam Kereta Berbumbungkan Langit Kini Berubah, Bapa Bangkit Dengan Gaji RM5,000 Sebulan
Di ruang tamu rumah sewa yang kini ditanggung bayar sendiri oleh Hilmi, kami duduk makan bersama. Saya tengok anak-anaknya makan dengan penuh selera. Dulu, kalau makan ayam, mereka kongsi dua ketul tujuh orang.

Hari ini, masing-masing ada bahagian sendiri. Ada air teh dalam jag, ada peti ais di dapur. Isteri Hilmi, Yani, senyum berseri-seri sambil mendukung anak bongsu mereka. Ya, kini mereka sudah berlapan, bukan tujuh lagi, tapi lapan sekeluarga. Anak keenam lahir beberapa bulan lalu.

Saya tengok sekeliling. Rumah ini bukan mewah, tapi cukup selesa. Ada sofa, ada meja makan, ada langsir. Anak-anak berlari riang, tak perlu lagi tidur dalam kereta yang cerminnya ditutup plastik.

“Sekarang Hilmi ada kerja tetap sebagai pemandu lori. Gaji agak lumayan, cukup untuk sara keluarga. Tapi kerja jauh, jarang ada di rumah. Hari ini, dia ambil cuti khas sebab tahu saya nak datang. Katanya, “Saya nak YB tengok sendiri hasil bantuan YB. Saya tak lupa.”
Dia bangga tunjuk slip gaji bulanan – lebih RM5,000!

Kisah 7 Beranak Pernah Viral Tidur Dalam Kereta Berbumbungkan Langit Kini Berubah, Bapa Bangkit Dengan Gaji RM5,000 Sebulan
Hilmi cerita kat saya, sekarang gaji dia dah lebih baik dari dulu. Sebulan busuk-busuk RM5,000 ke atas. Ya bukan mewah, dan memang perlu rajin kerja, tapi rezeki halal dan cukup untuk hidup dengan lebih tenang.
“Saya senyum. Saya tak buat semua ini untuk dikenang. Saya buat sebab saya percaya bila kita bantu orang susah, kita bukan sekadar ubah hidup mereka, kita ubah masa depan anak-anak mereka.

Ads
Selesai minum pagi tu Hilmi, isteri dan anak-anaknya hantar saya hingga ke bawah, Saya teringatkan kereta Bezza biru mereka, “mana kereta biru tu”?

“Kereta tu saya dah jual YB”.

Hilmi tunjukkan kereta barunya, Proton Waja second hand. Ya bukan kereta mahal tapi cukup untuk bawa barang dan keluarga. Yang penting, dia beli secara tunai. Tak mahu lagi hidup dibelenggu hutang. Katanya, “Saya tak nak anak-anak saya ulang hidup susah macam saya dulu.”

Kisah 7 Beranak Pernah Viral Tidur Dalam Kereta Berbumbungkan Langit Kini Berubah, Bapa Bangkit Dengan Gaji RM5,000 Sebulan
Adik Hamza pernah memanggil kereta sebagai rumah. Hari ini, ia hanya sebahagian daripada perjalanan hidupnya. Itupun kereta dah upgrade
Hilmi ucap terima kasih sekali lagi. Saya jawab, “Jangan ucap terima kasih. Yang penting, kamu bangkit. Kamu tak putus asa. Kamu terus jalan.”

Saya tengok Hilmi dan Yani bukan saja bangkit  tapi mereka bangkit dengan maruah. Mereka tak minta-minta, mereka tak merungut. Mereka usaha, mereka kerja keras, mereka jaga anak-anak dengan penuh kasih. Saya bangga dengan mereka.
Jalan Teruih, Hilmi!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Lelaki Curi Barangan Bernilai RM113.70 Di Sebuah Pasaraya Di Penjara Sebulan,...

Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.