Membesarkan anak bukan setakat memberi makan, pakai yang cukup sahaja. Sebaiknya kawal anak-anak sejak kecil kerana bimbang dengan perkembangan dunia sekarang. Anak-anak menjadi terlalu bebas dan mudah untuk akses ke mana-mana jika tidak dikawal sebaiknya.

Tidak dinafikan, mak dan ayah memegang tanggungjawab terbesar dalam mengawal dan memantau aktiviti anak-anak. Tetapi peranan guru dan orang sekeliling seperti jiran tetangga, keluarga terdekat mampu membantu anak-anak terjebak dalam gejala tidak sihat seterusnya dimasukkan ke dalam penjara.

Ikuti perkongsian, Jefri Ali
Sebagai guru yang mengajar di sekolah dalam penjara, saya terpanggil untuk meluahkan sesuatu dalam ruangan ini sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan semua.

Oleh kerana berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai kes jenayah lampau yang membabitkan dadah, rogol, cabul, bunuh,samun, gaduh, rompak, pelacuran, pemerdagangan manusia dan sebagainya, mereka sebenarnya telah mengajar kita banyak ERTI HIDUP.

IKLAN

Justeru, ibu bapa terutamanya perlu mengawal dan ambil tahu anak-anak dari kecil sehinggalah mereka dewasa.

1. Kawal anak-anak kecil perempuan dan lelaki agar tidak menjadi mangsa rogol dan cabul keluarga sendiri mahupun jiran-tetangga.
2. Kawal pergerakan anak-anak remaja dan perlu ambil cakna setiap tingkah-laku mereka
3. Ibu bapa perlu tahu kawan anak-anak mereka.
4. Didik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan sepenuh perhatian
5. Jangan biasakan anak-anak dengan kemewahan yang menggunung tinggi.

Tanggungjawab Bersama

Guru di sekolah aliran perdana juga perlu memikul tanggungjawab ini agar murid-murid sekolah tidak terjebak dengan pelbagai tingkah-laku sosial.
“Jangan masuk kelas kemudian mengajar, tunggu masa habis terus pulang”
(Sebenarnya tanggungjawab kita banyak lagi
)

IKLAN

Anak-anak yang ada di hadapan mata saya tadi mempunyai 1001 persoalan dalam dada yang kita sendiri pun tidak tahu kehidupan sebenar mereka

Semoga kita guru-guru yang mengajar dalam tirai Besi akan terus tabah dan diberikan kerahmatan oleh Allah swt.

IKLAN

Kepada anak murid cikgu yang sudah bebas, tolong jaga diri baik-baik ya.

#CikguSayangKalian
Sumber: Jefri Ali

MW: Semua orang tidak mahu anaknya dimasukkan ke penjara, tetapi apa yang mak, ayah lakukan dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan pelbagai tingkah laku negatif. Kawal dan ambil tahu tentang anak-anak sebelum terlambat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI