Suspek lelaki berusia 14 tahun yang terlibat dalam kes tikam pelajar Petaling Jaya semalam didapati tidak pernah menyatakan perasaan cintanya kepada mangsa, seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun di sebuah sekolah menengah.
Suspek Hanya Pendam Perasaan Terhadap Mangsa
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata hasil siasatan awal mendapati remaja terbabit hanya menyimpan perasaan terhadap mangsa tanpa pernah meluahkannya.
“Setakat siasatan hingga kini, kita percaya suspek mempunyai perasaan kepada si mati tapi tidak dikongsikan kepada si mati. Ini lebih kepada memendam perasaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Tiada Hubungan Rapat Antara Suspek dan Mangsa
Menurut beliau lagi, kedua-dua pelajar itu tidak mempunyai sebarang hubungan rapat kerana mereka berada dalam kelas serta peringkat umur yang berbeza. Oleh itu, mereka dipercayai jarang atau tidak pernah berinteraksi antara satu sama lain.
Motif Cinta Ditolak Masih Dalam Siasatan
Terdahulu, media melaporkan bahawa polis turut menyiasat kemungkinan motif serangan berpunca daripada perasaan cinta yang ditolak. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, menjelaskan bahawa dakwaan berkenaan mula tular di media sosial sejak semalam.
“Perkara itu turut berada dalam sudut siasatan pihaknya namun perlu diteliti lanjut. Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya.
Ads
Kes Tikam Pelajar Petaling Jaya Cetus Kebimbangan Awam
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menunjukkan gambar rampasan barang milik suspek pada sidang media susulan kes pelajar lelaki berusia 14 tahun menikam seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Petaling Jaya. FOTO Faiz Anuar
Kes tikam pelajar Petaling Jaya ini terus menarik perhatian ramai apabila insiden tragik berkenaan menyebabkan kematian seorang pelajar perempuan di kawasan sekolah. Tragedi itu mencetuskan kebimbangan masyarakat tentang kesejahteraan mental dan emosi pelajar masa kini.
Pakar psikologi berpendapat, insiden seperti ini menekankan keperluan meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental di kalangan pelajar, terutama dalam menangani tekanan emosi dan hubungan sosial di persekitaran sekolah.
Polis masih meneruskan siasatan secara menyeluruh untuk mengenal pasti motif sebenar di sebalik kejadian yang mengejutkan masyarakat Petaling Jaya ini.
PU Haris dedah Neelofa reda jenama antarabangsa batalkan kontrak. Selepas mengenakan niqab rupanya banyak dugaan yang ditempuhi. Suami kepada Neelofa iaitu PU Haris mendedahkan isterinya reda apabila sebuah jenama antarabangsa membatalkan kontrak pekerjaan bernilai jutaan ringgit sebaik memilih untuk berniqab.
PU Haris Dedah Neelofa Reda Jenama Antarabangsa Batalkan Kontrak
Seperti yang dikongsi menerusi sebuah video yang tular Haris menyatakan isterinya reda dengan apa yang berlaku.
“Ada sebuah syarikat besar dari Perancis jual produk penjagaan wajah.
‘Mereka kata, ‘Neelofa sudah pakai niqab, jadi kami perlu fikirkan semula nak ambil dia atau tidak.’ Mereka bubarkan kontrak yang nilainya jutaan ringgit.
“Kalau saya, projek berjuta macam ini saya akan minta mereka sambung semula, tapi Neelofa tak pilih macam tu.
“Apabila pakai niqab dan tonjolkan cara pemakaian yang ‘trendy’, ramai orang pun beli.
“Kemudian, syarikat yang buang dia datang kembali bagi tawaran berkali ganda lebih tinggi berbanding dahulu, mereka minta dan merayu Neelofa menjadi duta,” ungkapnya.
Para Muslimah Jangan Bimbang Pilih Menutup Aurat
Haris turut mengimbas penampilan awal isterinya yang berpurdah sekitar tahun 2020. Malah dirinya juga menunjukkan bahawa para muslimah tidak perlu bimbang untuk memilih gaya menutup aurat sepenuhnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Genap Setahun Hari Jadi Emirhan, Anzalna Pilih Raikan Bersama Anak-Anak Yatim. Tiada yang lebih bermakna bagi pelakon cantik Anzalna Nasir,35 apabila hari istimewa kelahiran anak keduanya diraikan dengan para ‘tetamu istimewa’.
Apa yang lebih membanggakan Anzalna sekeluarga memilih untuk meraikan sambutan harijadi anak keduanya Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang genap berumur 1 tahun pada 20 Mei baru-baru ini bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh.
Celebrated Emirhan’s first birthday with family and our special guest from @rumahanakyatimnurqaseh
Emirhan mungkin tak tahu apa-apa but kakak-kakak @rumahanakyatimnurqaseh akan bercerita pada Emirhan one day.
Emirhan is so lucky @mymumsbakery buatkan cake yang cantik walaupun mommy order last min. The kids had so much fun at @funxworld sampai taknak balik!
In sha’Allah nanti kita datang lagi. Doakan kami sentiasa dilimpahkan rezeki supaya dapat happy kan mereka selalu.
Terpancar keikhlasan Anzalna sekeluarga dan kegembiraan anak-anak yatim ini apabila turut berpeluang bermain pelbagai aktiviti bersama-sama sepanjang hari di pusat rekreasi yang ditempah khas.
Doa Dimurahkan Rezeki Santuni Anak Yatim
Ramai yang tumpang gembira dan bangga apabila Anzalna berkongsi rezeki dalam menyantuni dan menggembirakan hati anak-anak yatim. Tidak kurang ramai juga turut mendoakan semoga ibu kepada 2 orang cahaya mata ini dan keluarga diberikan rezeki melimpah ruah.
Terdahulu Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan 2 orang anak lelaki, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia empat tahun serta Mohamad Emirhan, 1.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah tumpang gembira, apabila Anzalna memilih meraikan sambutan harijadi anaknya bersama anak-anak yatim ini.Semoga bertambah murah rezeki buat Anzalna dan keluarga untuk terus menyantuni golongan yang memerlukan.
Elfira tunjuk skil bagi makan ubat pada anaknya Rayyan, peminat hargai dan berterima kasih kerana bagi idea.
Apabila si kecil anda jatuh sakit dan perlu makan ubat, ibu bapa akan mula rasa gelisah. Ini kerana ibu bapa tahu betapa sukar untuk beri bayi makan ubat tanpa sebarang pujukan atau paksaan.
Ibaratnya kalau nak bagi makan ubat terpaksa berperang dulu baru boleh masuk ubat dalam mulut.
Elfira Tunjuk Skil Bagi Makan Ubat
Menerusi perkongsian sebuah video menerusi entri di akaun rasmi Instagram pelakon, Elfira Loy menunjukkan skil dirinya memberikan ubat kepada anak kesayangannya Rayyan yang kini sedang sakit.
“Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang- sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu .
balut dia & lift his head a bit.
Duduk atas dia bagi tangan tak gerak ( jangan duduk betul pulak )
Pegang muka dia kuat kuat
Bagi dia nganga , spray ubat near to the throat. (near tu maksudnya dekat ye ibu-ibu bukan pada ) cara ini jugak di demokan oleh doktor.
“Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat , bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar .
“Orang yang tak suka ubat, kena bagi orang lain makan ubat,” tulis Elfira.
Netizen Beri Pujian, “The Dinosaur Part! Thanks Mommy Bagi Idea”
Perkongsian tersebut ternyata mendapat maklum balas yang cukup positif dari netizen yang juga merupakan kaum ibu.
“The dinosaur part! Thanks mommy bg idea, smoga Rayyan cepat sihat active macam biasa,” puji salah seorang netizen menerusi akaun _fatin.ghani.
Selain itu diruangan komen juga dibajiri doa oleh pengikut Elfiraa agar Rayyan cepat sembuh seperti sediakala.
Untuk pengetahuan, Elfira telah memaklumkan anaknya yang kerap demam, batuk, selesema sebelum ini disahkan doktor mengalami jangkita kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.